Assalamualaikum
Doodle. Kalau perempuan, mesti tau doodle tuh benda alah ape. Tapi, kalau laki, aku rasa diorang ingat doodle tuh spesis hanjing. yelaah. D-O-O-D-L-E. Memang macam nama anjing kan. Tapi, doodle ni kartun tau. Yang orang biasa lukis lukis, lepas tu colour kan die. So,jadilah kartun yang comel.
Aku memang menyampah kot sape yang terer lukis doodle neyh. Rasa nak curik je tangan dia lepas tu sambung kat tangan aku. Tak pun pasang jelah kat mana mana yang patut. :) Tapi, disebabkan hanya alien je yang ade tangan lebih dari satu, so, aku batalkan niat keji aku tu dan guna cara yang murni. Iaitu, belajar melukis doodle. Sungguh bagus kan aku? *Eyh, dah ada yang angguk angguk kepala* Terima kasih la ye. :)
Setelah beberapa jam buat kajian, *kajian ye, bukan lukis lagi* aku dapati ada banyak cara untuk lukis doodle neyh. Dan yang best nye, kita tak memerlukan tablet PC mahupun segala jenis iPad. Yang kita perlukan adalah laptop, software, pensil, kertas dan semestinya idea yang fressssh dari ladang tembikai.
So, jangan buang masa lagi, jom kita tengok, macam mana pelukis pelukis doodle ni nak buat doodle. :)
![]() |
| click untuk ke link blog |
Empunya blog kerana manisnya epal ni neyh, seorang student multimedia. Untuk lukis doodle, dia guna Adobe photoshop. Tapi, sebelum guna adobe, dia lakar dekat kertas dulu. Fuiyoo Hebat kan. Aku memang tak lepas lah kalau nak lukis doodle guna adobe. Buat header guna Adobe pon terkedek kedek lagi. Dekat belog dia neyh, dia ada banyak tutorial pasal doodle taw. Ada doodle lelaki pakai baju melayu, doodle perempuan pakai syria, pakai shawal pon ade. *Doodle doodle dia neyh memang ikut peredaran fesyen* Kelasss kaw maria. Doodle dia cantik cantik. Biaselah. budak multimedia. Kalau budak biotech cam aku neyh lukis doodle? Kah kah. Memang seramm.
![]() |
| click untuk ke link blog |
Si budak kuat makan ni lukis doodle guna paint je taw. Tah ye tak dia kuat makan. Hehehe. :) Ha. Kau ingat adik kau umur 10 tahun je ke layak guna paint neyh? Kita pon boleh guna ye rakan rakan. :) Aku suka ayat BKM ni: "lukis doodle ni, tak payah sempurna sangat". Yelah. Tapi kalau dapat kat aku, kalau sempurna sekalipun, belum tentu ada rupe orang. T__T Tangan tak bedung lah katekan. :)
![]() |
| Contoh doodle dari BKM- guna paint pon boleyyyy :) |
Yang ketiga neyh, tak dapat nak letak header blog dia. So, aku letak link je lah eyh. :) click ini untuk ke link blog. Dia neyh student lagi, Pandai adik neyh lukis doodle. Kalau adik ney, dia gunakan PaintTool SAI. Em, kalau nak guna yang ni, of course kena explore dulu kan. So, dekat blog adik ney, ade tutorialnye. Boleh lah terjah kalau nak belajar.
Dan, untuk doodle yang aku lukis, aku turut gunakan software PaintTool SAI.
What? Doodle yang aku lukis? Yup. Aku lukis doodle. SO? Sebelum korang gelak, boleh tengok dulu hasil tangan aku neyh. Dan, kalau nak gelak, gelak lah. Aku tak kesah. :) Bukan aku dengar pon. ehehe.
![]() |
| Doodle 1st- Muka aku waktu tengah ceriaaa :) |
![]() |
| Doodle 2nd - Muka waktu nak bunuh orang. |
Eyh korang, yang dekat tangan kanan tuh pisau tau. Bukan berus gigi. Hehe. Kesian kan aku tak reti lukis. :(
Eyh, kenapa seluar aku nampak macam sular baby umur 5 bulan eh? Frust lah camneyh!!! Cisss
![]() |
| Doodle 3rd- Muka malu malu waktu ditiup angin :) |
So, ape pendapat korang? Okay tak? Adekah aku berbakat? Kalau tak, aku nak tinggalkan dunia doodle neyh. Sob sob sob. Tapi, lukis doodle neyh best taw. Tiba tiba aku rasa macam aku boleh main mix and match untuk kaler baju. Means that, aku boleh tahu gabungan warna yang sesuai untuk baju baju. Dari alam fantasi, kita bawak ke alam realiti. Hehe. Okay, Aku dah merapuuu.
p/s: Korang, selamat mencuba taw!
Thx for reading. :)
Assalamulaikum.





