Saturday, January 15, 2011

MY HEART


THEM :


1. "Hold true friends with both your hands."


2. "A part of you has grown in me, and so you see, it's you and me together forever. Never apart, maybe in distance, but never in heart."




i have seven!



3. "My father always used to say that when you die, if you've got five real friends, you've had a great life." 


-Lee Iacocca




4. "Friendship is one mind in two bodies." 
- Mencius



5. "Truth and tears clear the way to a deep and lasting friendship." 




6."Friendship: a building contract you sign with laughter and break with tears." 
and...


"Friends are God's way of taking care of us."
my best friend 4 ever :)

"Friendship often ends in love, but love in friendship - never." 
oouch. really?







Monday, January 10, 2011

LARI BERGANTI GANTI JALANRAYA

salam kawan kawan. jam menunjukkan pukol 5.30 pg
 (sila abaikan waktu di blogku. xreti nk settg balek cane) oooh..
emm
9.1.11 jam 7.15am
kami bertolak ke stadium UPM yang jarang sekali ak pergi
unless nk g urusan hal hal sukan
berjogging di sane? ooh tidak
ak lebey prefer g bukit ekspo
hmm. semalam kami ade
event seperti tajuk di atas
malas nk taip balik. hehehe
here we go,

d owner

gud job iba!

                                            
                                   cik liyan

them

ooh. i'm proud wif u.

go artis!

atlet kolegiat

                                           
                             mr. presiden pon ade oke!


boys!


kami dapat top ten tk kategori lelaki dan perempuan keseluruhan.
oke la tuh kan.
1km untuk wanita. 1 km untuk lelaki. fuh. lari cm sekejap je.
 tapi boley thn penatnye.
.ooh. 
saya sangat bangga dengan mereka.
thx kawan kawan
thx cik pengurus dan encik pengurus
thx kolegiat
gud job!

Saturday, January 8, 2011

CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI (PART II)



dah memang lumrah manusia, kita mahukan sesutau yang sempurna.
dan sering mengharapkan dapat yang terbaik untuk diri sendiri.


begitu juga dgn aku.
sape yang nk bf macam sampah kn. (jujur cakap). 
lagi lagi  yang jenis rasa nk cuba semua jenis. lantak la kalau spesis macam tuh.
nk kawen lambat kot.
tapi, 

bagi ak...
kalau ak da jumpe orang yang sesuai. biarlah dia jadi yang pertama dan terakhir.
sebab ak malas nk mengahadapi sesi perkenalan, sesi faham memaham. ooh penat.
nk kenal orang tu perlukan tempoh masa yang lama.
bukan boleh tengok dari luaran je. lagi lagi ayat yang manis bak tebu tu. yang tu ak paling anti. maaflah ye. tapi ak rase, bila kita nk mulakan langkah pertama. berkawanlah dengan ikhlas. bukan mempertaruhkan ayat ayat manis yang hampeh tuh.
tapi, kita xsemestinya terus jumpe buat kali pertama. yelah. macam yang ak ckp dlm entry yg dulu tu. jodoh kita mungkin lambat. belum masuk lagi jodoh yang singkat. semuanya kuasa Tuhan. Dia yang menentukan.
lau da kawen. mesti dapat anak kan. :)


dan kisah hidup ak,
ak tak sangka jumpa terlalu awl. memg, dy blom tentu jodoh yang sebenar.
ntah ntah, mungkin jodoh ak dengan pakcik jual roti kt rumah ak tuh. (mintak dijauhkan~~ pakcik kot.) 
tapi setakat ni. semuanya berjalan dengan lancar. selancar mcm mane. biarlah rahsia.
dan ak tak pernah bercadang nk menempah maut cari spare part. nanti penat nk handle.
lagi pon, bukannya kita boleh kawen dua pon. buang masa dan serabutkan otak je bila nk pilih nanti:)  laen la laki. 4 pon boleh. tapi. sebelum penuhkan kuota 2. tolonglah lihat diri masing masing dulu dan niat hati.
kalau setakat nk berbangga kirim salam jela. xde ape yang boleh dibanggakn dgn kawen 4. fikirlah. bila sudah berempat, kita kena jaga empat empat hati tu. mampu kah? kalau mampu. teruskan. kawen bnyk memg tak salah asalkan mampu ikot semua syarat syaratnya. rase rasenye org yang kawen 4 ni mesti lagi expert bab2 syarat neyh. yelah. diorang yang nk kawen. so, haruslah tau.



 jgn dah tau tapi buat buat tak tahu.






ooh. dah jauh dari landasan yang sebenar. kena u turn balik neyh.

hmm. memang da lumrah kalau dalam setiap hubungan terselit pergaduhan.  banyak faktor yang boleh sebabkan benda ni berlaku. lebih2 lagi yang secara tak sengaja. kalau tak pernah gaduh confirm tipu. TIPU.



parents ak pon macam tu. tapi xde la sampai timbul masalah rumah tangga. kami maken happy bila tgk mereka gaduh. kelakar pon ade. satu kebaikan bila bergaduh, kita dapat tengok kesilapan diri masing masing. dan lepas tu, hubungan tu makin bertambah erat. tak pelik lah kalau mak dgn abah ak maseh macam orang baru kawen. mereka ade cara mereka sendiri dalam memastikan hubungan tu terus berjalan dengan baik. dan ak pasti, family korang pon macam tu. alhamdulillah kan :)


abah kate umur ak da nk sampai umur orang kawen. hmmm...
kehidupan ak lepas kawen ak pun tak pernah terfikir mcam mana. mampukah ak jadi seorang isteri yang baik. kawan ak bila  kate ak nk kawen. diorang terus gelak besar. ak sendiri pon gelak. yelah. sekarang maseh mcam budak budak lagi. masak pon lemas paras hidung. =.= ooh. besar amanah kita. tapi takpe. perjalanan maseh jauh. walaupun tak de la jauh sangat. sempat lagi tuntut ilmu dgn mak. cuma satu yang ak rasa boleh lepas. jaga budak. bukan baby baru lahir oke. dalam 3 4 bulan tu oke la kot. ak sgt sukakan budak budak. tataw kenapa. mybe sebab diorang comel. lagi lagi yang baru nk belajar merangkak tuh. baby baru lahir pon. mereka sgt suci. :) 
ahaha. mereka sgt comel :)

sweet. macm ak mase kecik2 :)
satu fakta mengenai perempuan: fakta yang ak buat sendiri setelah ak analisis hidup ak sebagai seorang perempuan dan juga orang sekeliling ak yang bergelar perempuan.

perempuan ni unik.

 walau sebrutal mane pon diorang. kalau dah jadi isteri. insyaAllah. mereka akan jadi yang terbaik. semua akan jadi perempuan melayu terakhir. demi suami tercinta. :) mungkin bukan dari segi luaran. tapi rohani. kalau cakap dengan laki laen bagai singa, dengan suami sendiri, siapa tau :). yelah. sape nak masuk dalam kubur kena azab free2 je derhaka kat suami. kan3.. kalau boleh mereka nk sentiasa taat. sepertimana taatnya puteri2 Rasulullah s.a.w pada suami suami mereka. tapi ntah la. banyak jugak kes2 curang ni. baek laki mahupun perempuan. (dunia da makin tua la katekan.)


dulu ak penah buat teori napa benda ni terjadi. teori lagi. hehehe
nk tau?


jom scroll down.


scroll lagi. 




lagik






satu:
  • mereka tak saling mencintai. mungkin jodoh ditentukan keluarga. dan hanya mampu menurut perintah demi keluarga tercinta walaupun dah mempunyai pilihan hati sendiri. alhamdulillah. family ak jenis tak kesah. asalkan dy kenal sape gerangannya baek dari asal usul dan latar belakang.(mcam same jek). oke no 1. ak da lepas.
dua:
  • masalah rumah tangga yang dibiarkan melarat dek kerana ego masing masing. tiada persefahaman yang akhirnya mengundang orang ketiga melaksanakan taktik taktik bijak mereka. (orang ketiga tu mulenye pendengar, lame2... hmm korang pun da besa dengar kan cite macam ni)
tiga:
  • jenis tak kesah. ko dengan hidup ko. ak dengan hidup ak. yang ni memg ak tak paham. selamba je biar isteri ngan laki laen dan si suami dengan perempuan laen asalkan tak campur urusan orang lain. dunia dah nk terbalik kot.
empat:
  • hilang kaseh sayang yang pernah terbina. hati kita kadang kadang mudah beralih arah. macam mana jadi.. ak tak mampu jawab.
sebenrnya banyak lagi ak terfikir. tapi biarlah. nk simpan je dulu.. lagi pun ni teori ak je. tak dapat pengesahan dari sape2 pon. :)





kadang kadang tu yang buat ak takut nk kawen. secara mulut memg semua cakap mahu jadi yang terbaek. tapi. kadang kita tak tahu tinggi mana tahap kemampuan kita. ak taknak menyakitkan hati seorang suami dan menyakitkan hati diri sendiri. sebab ak belum cukup sempurna nk jadi seorang isteri. nanti.. kalau dah tertinggi suara, haaa.... susahkan kawen ni. kalau boleh ak taknak macam tu. nk jadi isteri baek. :) cakap memg seng kan. harap harap ak mampu :) kawen bukan sekejap beb, lame. mesti la sampai akhir hayat. kena pasang strategi ni tuk kekalkan selamanya.:)

dan aku, 


ak dan dy da kenal lame. pendek kata. ak tak nak cari orang laen. cukup lah kalau ak rase dy    memg dah yang terbaek. terbaek tk ak jela. sebab ak pon bukan baek sgt. yela. masing masing ade kelemahan diri sendiri. tapi harap harapnya kelemahan tu dapat ditutp rapat dengan saling lengkap melengkapi. dan saling memahami. kami bahagia. mcam biasa.  alhamdulillah~
selebihnya biarlah rahsia. bahagia kami biarlah hanya kami yang rasa. takkan nk pegi heboh satu dunia. kan3..


   tapi,   
   bahagia tu tak semestinya kekal selama lamanya
  ada sesuatu yang meragut bahagia.  
 bukan orang ketiga. 
 tak sama sekali....

  

pelik. rasa macam dah cukup bahagia. 
kenapa tiba tiba???


yes. i do







CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI (PART I)

duhai penakluk hatiku, 



Kau cinta pertamaku

Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia


Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan
cinta terakhir - Aiman
.............................................................................................................


malam yang dingin.
sedingin sekeping hati yang sudah tiada sinarnya
saat melihat insan lain mengecapi bahagia 
kita hanya mampu mengingati sisa sisa kenangan
yang tidak lagi boleh dirasai

siapa sangka,
hubungan yang kita bina cukup lama 
terlerai.
tanpa sepatah kata.

kita tercari cari.
manakah silapnya.
sehingga,
yang asalnya bahagia
bertukar sebuah derita.

andai semua yang berlaku
suatu takdir yang sudah ditentukan.
aku reda.
mungkin.
bahagia masih milik kita
tapi, bukan milik kita bersama
rekaan sendiri :)
.............................................................................................................
 umur da hampir 21.
da tua rupanya. tak lama lagi da boleh kawen. :)
ingat lagi dulu dulu tak nak kawen. 
sebab nk jaga mak abah.
nk duduk ngn mak.
tapi bila da besar ni, semua tu da berubah
bukan tak nak jaga mak abah. mana boleh! jangan jadi anak derhaka!
tapi rasa untuk mengecapi sebuah kebahgiaan tu dah datang
apetah lagi, bila kita dah jumpa orangnya.
tipu. 
kalau ade orang kata yang dy tak pernah sukakan orang.
tipu!
nape ak kate tipu? sebab dulu aku pun macam tu.
masa zaman sekolah.
dari form 1 sampai form 5 tak pernah rasa suka orang
sampai ade orang cakap ak sombong la.
aku xde hati la.
sebenrnya bukan xde hati
tapi...
entah. rase kecik lagi. (skang maseh kecik jugak :) )
lagi satu abah penah pesan :
" pegi sekolah jangan nk bercinta."
ak pun jawab. 
"alah. takkannya, diorang bukan hensem pon "
maaf ye kawan2. hehe.


disebabkan aku memg xde rase suka kat orang, 
so, aku tak pernah couple ngn sape sape. (zaman skola kan zaman couple mengaple)
tapi ade jugak gosip gosip yang datang tanpa beri salam. 
lantaklah. 
tapi, walaupun ak tak pernah couple, 
ak agak hebat pasal bercinta cinta neyh
ak selalu jadi tempat rujukan kawan kawan yang terjebak dalam kancah neyh.
maka, ak buat la teori teori aku sendiri dengan gunakan logik akal dan perasaan.


couple mase skola takde la best sangat.
dala kena panggil dengan ustaz kalau kantoi couple (hahaha)
pastu yang paling tak best nye, bile pakwe kita jadi pakwe kawan kita plak.
aiseh. dah tak pasal pasal kena mengadap hari hari merpati dua sejoli yang semestinya menyakitkan hati dan akal fikiran. aku rase ramai yang macam tu. macam tukar2 baju. hehe
tapi biase la tu kan. time tu hormon masih tak stabil. baru nk kenal rasa cinta. haha
naseb baek ak tak terjebak.
tapi, yang paling ak tak suke, teman kawan ak pegi dating lepas prep malam
memg ak hangen. nk dting ajak ak buat ape.
tapi kawan punye pasal. teman la jugak,
tapi, naseb la budak tu. selang satu minit, ak akan panggil balik. kalau tak paham paham jugak, ak akan bt perangai smpai boyfren dy fed up. hahaha. macam mcam ak buat.
last last skali, kawan ak gtau, boyfren dy kate. lau nk dating lagi jgn ajak ak teman. hahaha. 
ak lagi suke.! tak de mase nk cakap ngn dinding sorang sorang.
kalau ak dpt pasang telinge denga ape diorang ckp tak pe jugak
ni cakap macam bunyi pijak semut.
sepatah haram tak denga. gune percakapan mata kot.
hidup ak tetap maseh macam f1. maintain solo sampai form 5. (malas nk cte pasal rmai peminat, ak tak nak buat orang muntah kt blog ak neyh) :)


tapi, dalam diam diam. hati ak takde la beku sangat. ade la jugak suhu atas 0*C. 
ak selalu pandang seseorang yang mulenye ak rase dy ni pelik.
sebab dy suke tgk ak pelik.
lepas tu, tak pernah ckp dgn perempuan.
kalau orang usik, telinge mcam lepas makan lada satu guni.
pemalu la kot.
kami pernah meja selang sebelah. mase form 3
tapi tak pernah tegur.
kasi jeling adela.
cisss..


ntah macam mane, mase form 4 ak rapat dgn dy. tapi dlm fon jela. kalau jumpe tepi koridor, ak buat bodo je. nanti orang nampak, kua gosip versi pelbagai bahase pulak. lagi pun, ak da xsekelas da dgn dy. 
kami berkwan ats dasar kawan. cume kwn2 rapat ak je yang tau. kwn2 ak pernah ckp, dy suke ak. tapi sebab ak ni tak termakan puji pujian. ak xcaye. laki kot. mane boley caye mcam 2 je.. walaupn ade bukti kukuh. (secret) ak tetap xcaye. (sebenrnye ade la jugak pcaye, tapi macam bse, saham kene jage) hehehe....bt2 tak pcaye sudah.
tapi, ak perasan sesuatu. tiap kali ak nmpk dia dengan perempuan laen, ak rase mcam laen.
lau lelaki laen. lantak ko lah. tak pernah nk kesah.
pernah terlintas dalam kepala, ak rase ak suke dy. tapi...
demi jage saham baek punye.....
ak tetap kate tak!. hehe


sampai lah satu hari, ak dengar satu gosip.
ak antare yang cepat bab2 gosip neyh. dala buat dalam surau. tyme tazkirah plak tuh..
ish3... haaaaa. gosip nye:
ade orang cakap.....
ade couple tbaru.
ak dengan pantasnye reply :
ooh sunggoh? nanti ustaz tgkap baru tau. bagi tau la sape.....
tak mungkin ak nk ketinggalan bab2 neyh. :) 
jadi, ak pon cept2 la selidik sape.
rupe2nye....
insan tadi. ooh :(
kami pon terus bergosip2. buat2 mcam xde pape. muke kene maintain beb! :)
tapi. dalam hati tetap takkan percaye selagi tak tny.
balik dorm. egt nk tny. tapi. xpayah la. nnt dy kate ape pulak.
satu malam, dy hantar msg.
katenye: kite tak yah kawan lagi la. oke slaam.
ak terkelu la jugak. jgn buat ak macam ni. da ade mkwe, lupe kawan.
disebabkan dy buat mcam 2. ak terus band dy. lantk ko la.
egt dy hensem sgt la 2. (tapi tyme 2, boley la jugak okenye) :)


tapi, jodoh menyebelahi kami. mcm2 jadi. ak tetap dgn dy. mcm mane jadi. tu rahsie.:)
ak tak mencari lelaki yang sempurna. 
sumpah. ak tak suke lekaki yang semua orang suka. sebab ak tak suka berebut.
lagipun. bukan best pun dpat bf hensem.
nnt nk tyg pon takot.
dy lari pon senang. nanti diri sendiri merana.
biarlah nampak sempurna di hati kita...
baek paras rupa sebaek hatinya.





Wednesday, January 5, 2011

biarkan cinta itu BERBICARA

hai :) i'm back. selamat tengahari rakan rakan.

tadi, tyme naek bas lepas kelas english dan fermentation,
terdengar satu lagu ni.
lagu kesukaan :)
liriknya banyak maksud yang tersirat.
dan tiba tiba terfikir mengenai sesuatu. 
sesuatu..yang kita mungkin....
sudah alami dan rasai


of course, cinta.
cinta : yang semua orang akan alami. 

cuma masa untuk setiap manusia tu berbeza. takkan sama. sama juga dengan jumlah cinta. kadang - kadang, sesetengah dari kita hanya akan jumpa cinta sekali je. cukup. hanya satu. ooh bahagia kan :) 

tapi, kadang kadang, kita perlu tempuh banyak kali cinta. 
mungkin seribu kali cinta sebelum jumpa cinta yang sebenarnya. 
jadi, jangan kita marah, kalau ada antara kita yang pernah bercinta banyak kali. mungkin pada pandangan kita, mereka spesis play2 gitu :) tapi hakikatnya, hanya mereka yang tau.. betapa sukar untuk mencari cinta yang sebenarnya. yelah. bercinta memerlukan kerjasama dua hati. hati kita dan hati si dia. tapi, kedua dua hati ni sukar untuk sama. mungkin, pada kita, hati kita hanya untuk dia. tapi bukan bagi dia. sukar kan. :) 

setiap yang bercinta..
 pasti ingin menjadi terbaik antara satu sama lain.. 
cuma kadang kadang kita tak mampu. memberikan seperti yang dipinta.
 membina sebuah persamaan dan persefahaman.  
menyayangi saja tak cukup. dan bila benda sebegini terjadi, mungkin mendorong kepada kehancuran sebuah perhubungan. 
mungkin. 

BUKAN  sebuah kepastian. 

cinta ni memenatkan. 
memerlukan masa perkenalan. 
dan masa untuk saling memahami.
cinta mungkin mudah untuk diluahkan. 
tapi sukar untuk difahami dan dirasai. 
tapi, cinta yang seindah indahnya ialah cinta selepas gerbang perkahwinan. 
tapi, macam mana bila kita telah jumpa yang terbaik sebelum masanya. hmm.
entahla. susah untuk dihuraikan. 
mungkin semuanya, terserah pada diri sendiri :) 
p/s: nikah gantung mungkin :)
"A man falls in love through his eyes, a woman through her ears." 
Woodrow Wyatt
ooh? yeke.. 



okelah. 
jom layan:)


BAIK BAIK SAYANG BY WALI BAND

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Chorus
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Ulang Chorus 2X

let's begin

assalamualaikum :)
jangan cari post yang laen lagi. sebab ini yang first :) hehehe finally,
 hasrat buat blog menjadi realiti jugak. 
fuh. susah sungguh nk menjadikannya realiti.
padahal blog je PON

untuk entry yang pertama neyh, ade dua benda je yang nak disampaikan. (because it's 1 am already) sekarang da stat skola kan. so, kena tidur awal :) okey. jom teruskan :)

  • BENDA PERTAMA.
sebab sebab ingin membuat blog.

1. teras banyak benda yang nak diluahkan yang sukar diluahkan sekiranya diluahkan pada manusia dan juga facebook yang penuh dengan manusia. blog kurang sikit kot :)
2. malas tulis diari yang memerlukan diari yang cantik dan pen warna warni. 

  • BENDA KEDUA
sebab sebab tak buat blog dari awal
1. malas nk setting design, template dan sebagainya (sepertimana nk sign up facebook dulu)
terima kaseh pada cik liyan yang banyak membantu :)
ney la cik liyan :)
2. takot nanti da tak t'update blog atas sebab kemalasan dan juga kesibukan

.....................................................................................sekian...........
ooh. sebelum tu. harini 5 hb. emmm :(
nyte :)