Monday, May 23, 2011

mereka sudah tua tapi mereka kacan. (kacak+cantik)

pum pam pum pam pum pam pum pam. 
dang dang dang.

Don't worry about that extra line
That's creeping up upon your face
It's just a part of nature's way
To say you've grown a little more
Trees have rings and thicker branches
Kids shoes get a little tighter
Every year we're getting closer to who we're gonna be
It's time to celebrate the story of how you've come to be

Happy birthday my friend
Here's to all the years we've shared together
All the fun we've had
You're such a blessing
Such a joy in my life
May the good Lord bless you
And may all your dreams come true

The Birthday Song by: Corrinne May
cik sarah yang cantik
ooh. cakap pasal sarah, rasa jeles akan datang tiba tiba. gadis yang lesung pipitnya yang sangat dalam. cik sarah ni sangat 'ayu' saat sedang berfutsal mahupun ber'badminton. dia mampu menangkis cork dengan menggunakan perut, kaki, hidung dan juga mulut! wah hebat kan. dan juga sangat bagus jika ditempatkan sebagai keeper masa main futsal atas kehebatan menghayunkan tangan dan kaki secara serentak. cik sarah ni sangat sporting dan happy go lucky orangnya. :)
encik uzair yang kacak bergaya
encik uzair kita ni, sangat baik dan talented orangnya. dia mampu mereka sesuatu yang unik yang kita semua tak terbayang.dan mampu buat sesuatu yang buruk menjadi cantik. so, kalau agak agak nak  nampak sebijik macam artis walaupun anda sebaliknya, boleh lah contact dia ye :)
jaga jaga. mata dia sangat tajam. *kelebihan *kelebihan :)
dan cik asyi yang ayu :)
em. ni name penuh dia cik aisyah zafirah. sedap kan name dia. (depan xpenah nak puji sebab buruk padahnya kalau puji. tahun depan pon dapat rasa akibatnya). walaupun nama dia sedap, kitorang banyak bagi nama  yang tak kurang bestnya. contohnya: aci. aaasssssshhhhhhi. dan sebagainya. cik asyi ni sangat lembut dan agak manja orangnya. :) ditambah pula dengan baik hati. sape sape yang berkenaan sila simpankan hasrat anda. sebab dia neyh da berpunya. :)


 Buat cik asyi, buat cik sarah dimples, hepy belated bufday!!! dan encik uzair, hepy birthday. :)
nah. kongsi 3 oke. jangn lupe tambah dua depan satu tu :)



semoga anda semua sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dicantik dan dikacakkan iman, dan dipermudahkan segala urusan. :) 
forever 21 okeh!


Wednesday, May 18, 2011

kisah hidup aku sebagai penghidap alzheimer


saat aku lahir, aku tak pernah terpikir akan dapat sakit neyh. jauh sekali tak. tengok balik surat beranak, aku rasa nak pengsan. umur aku baru 20 weyh! tak cukup bulan lagi nak 21. dah tu, awat awal sangat dapat penyakit neyh? dan kenapa aku. kenapa? kenapa bukan dia. dia. dan dia!!!! arrrgh -.- 
uh. seriously, aku memang tak sangka. yelah. nak kate aku dapat rasa simptom simptom awal penyakit neyh tak de pon. aku tak rasa pape pon. dan yang lebih mengundang kekecewaan adelah.... nenek aku yang gigi pon tak sampai separuh, colour rambut di 'dye' kan dengan warna putih dan sedikit kelabu xde pon penyakit neyh. siap boleh eja name aku penuh lagi. kenapalah aku yang ade. T__T kalaulah diorang tahu, mesti mereka gelakkan aku sampai terguling guling. uh. rasa tak nak balik raya je tahun neyh.  emm. bila pikir pikir balik, mungkinkah ni petanda aku akan mati awal? oh. amalan pon tak sampai satu sudu. berbakti dekat mak bapak pun belum. kahwin pon belum. apetah lagi nak rasa ubun ubun baby sendiri. mintak mintak lah dijauhkan segala perkara buruk. amin

bersabarlah makcik. kita senasib. T__T


aku benci bila aku selalu lupa tajuk entry yang aku nak post walaupun baru je 5 minit berlalu. -.- tak ke tandanya aku ni penghidap penyakit alzheimer. dush!
dan entry ni wujud sebab... emm, macam biase, aku lupa tajuk entry tuh walaupun dah siap karang dalam kepala otak segala isi isi ciap dengan penutupnya sekali.


Tuesday, May 10, 2011

hari pertama - mesti jadi rajen okeh!

9 mei 2011:

1. 5.45am. bangun pagi gosok gigi mandi pagi. semangat semangat. hari pertama praktikal neyh! di UMP ye kawan kawan :)

2. bertolak : 7.10 pg. sampai : 7.45pg. (puntual kan. kan. kan.)

3.abah kate: selamat tinggal. sila uruskan sendiri. abah nak pegi keje. 
diri sendiri: baek! (dengan sangat yakin mampu buat sendiri dengan lancar)
tapi last last sesat dalam bangunan UMP tu yang seakan akan sama -.- 

4. geledah satu bangunan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli untuk cari : En. Shaiful Zaidi bin Mat Desa. panjat tangga. turun tangga. tak jumpa jumpa jugak. dah habes tanya orang dah. tanya makcik cleaner lah. tanye abang yang tengah angkat barang lah. tanya orang tengah jalan lah. aiisyh.

5. tahan abang berbaju baju UMP.
diri sendiri: "emm. tumpang tanya. kami nak cari bilik En..........". 
abang berbaju biru UMP:  "oooh.....emmmm"
diri sendiri: "eyh. aaa.jumpe da..."(tiba tiba nampak nama En tersebut dekat dinding. siap dengan no bilik lagi)
abang berbaju biru UMP: "-.-"

6. bergegas ke bilik En tersebut dengan cik wawa. ketuk ketuk. bagi salam. senyap je. so, kitorang tunggu jelah. jalan kiri. jalan kanan. duduk kat tangga. bangun balik. ngumpat sana. ngumpat sini. alah. tak datang datang. dah sejam dah ni. tak boleh jadi neyh. 

7. nampak satu bilik lecturer terbukak. so, pegi ketuk bilik lecturer tersebut, En. A.

diri sendiri: "salam. emm tumpang tanya. Kami nak cari En........"
En. A: " ooo... dia tak masuk lagi kot. tak try kol dia?"
wawa : "kami tak ada no dia. kami nak daftar buat praktikal. En.... da bagi confirmation ekot email, then suruh daftar hari ni.....bla bla bla bla."
En. A: " ooo. ekot email tu pon dah oke. kira dah lulus dah. print je. then bagi dekat unit LI"
wawa dan diri sendiri: "unnnniiiitttt LI? eemmmm. kat mane ye"
En. A: "ala.. yang dekat JT....takkan tak tahu. kamu kelas ape?(apetah. aku pon tak engat dia sebut ape)
wawa dan diri sendiri: pending--------------------(lame jugak kami pending)
diri sendiri: " emm. kami bukan student UMP. kami student UPM." (sambil tersengih)
wawa: "aa terbalik sikit je. UPM UMP"
En. A: -.- (sambil tersengih) " padan la. nah amek no neyh.... 013-XXXXXXX. kan senang"

8. tak dan kuar dari bilik EN. A, terus dail no En. Shaiful. "emmm terima kasih ye En. A" sambil phone berbunyi tet.tet.tettt.........

En. S: "assamualaikum.. yee?"
diri sendiri: "waalaikumussalam. En. Shaiful ke ni? eemmm saya student UPM yang nak daftar praktikal hari ni"
En. S: "ooh. ya. ya. emmm hari ni ke? yeh?"
diri sendiri: sambil pandang wawa "-.-. ye. hari ni (sambil senyum paksa)
En. S: "awak kat mana?"
diri sendiri: "emm depan pintu en. Shaiful :) "
En. S: "okeh okeh. saya kat luar ney. kejap ye. tunggu kat situ"

dan bermulalah episod kami berpraktikal. untuk yang seterusnya... tengok lah gambar kat bawah. penat dah tulis. hehehe :)

hehehe malus :)

tengok. kemaskan. cantik kan.
kami la tu yang kemas. :)
abaikan plastik hitam besar neyh. 

kami guna sangat sangat sangat banyak. hehehehe
agak agaknya satu botol ni cukup untuk dua hari je kalau kitorang guna :)

nilah cik wawa

emm. sekian sahaja. mata dah ngantuk. salam. :)
maybe mungkin ada antara dialog tuh yang aku pakai tambah + edit sendiri. tah. aku pon dah tak engat :)

Sunday, May 8, 2011

The Funniest Skater Faces

disebabkan malam ni aku tak boleh tido,  (sebenarnya baru bangun tido) so jari aku pon tergedik gedik la nak update blog. Tiba-tiba terkeluar kat kepala otak nak tengok pasal ice skater. Aku actually adore ngn diorang neyh. Boleh buat macam macam gaya kot. Aku boleh jugak. Macam macam gaya jatuh :) ooh. tiba tiba rindu nak skate kt sunway. + nak usha mamat hensem yang selalu buat practice kat situ. hensem hensem. muahahaha. tapi ada jugak encik encik dari seberang yang tertiba perasan hensem. siap nak tolg jadi tenaga pengajar plak. -.- yang tu aku tak nak jumpe. hehe
okelah. Jom tengok!
|
|
|
|
|
|
|






er. agak agak pe naseb dy ek? 

Friday, May 6, 2011

ketumbit, ketumbir ke ketumbut?

Korang pernah tak mengalami bengkak pada mata yang terjadi dengan sendirinya? Entah dari mana tah dia datang. Tiba tiba je da muncul dekat kelopak mata. Pernah tak. Pernah tak? Orang biasa paggil ketumbit ke ketumbr tah. Aku pun tak sure. Ala, yang kalau orang nampak mata kita bengkak, orang akan selalu cakap: " Haa. Tula, gi ngitai orang mandi la tu." Ntah pape je kan alasan tuh. 

Sebenarnya, aku sedang alami benda alah neyh. Argh. Tension betul! Aku tak ngintai orang mandi la. Tak lalu pon. -____- Dala nak start praktikal neyh. Dan dan je benda alah ni tumbuh. Tak ke nanti first day aku pegi mendaftarkan diri (ceyh), bos tempat tuh akan pandang aku slekk je. (Kalau dia pon percaya kat mitos tula) Dah dia takut nak pegi toilet kalau aku ada. hahaha

emm tak kesah la. Sekarang aku nak cari cara nak rawat benda ni. Sebab aku tak nak daftar dalam keadaan camni. arghhhh. Jom tolong jom. :) Tapi, before tu. Jom kita tengok apa sebenarnya si ketulan penyibuk neyh.


Ketumbit Mata a.k.a Chalazion
sedap namanya kan.

Apakah Ketumbit (Chalazion)?

Ianya sejenis pertumbuhan in kelopak mata atas atau bawah disebabkan oleh penyumbatan kelenjar minyak.

Kenapa seseorang sering mengalami ketumbit?

Ini biasa disebabkan oleh kekotoran di kelopak mata atau kelemumur di kelopak mata. ( Omg. Mata aku ade kelemumur? Kena cuci guna syampu anti kelemumur neyh) 
so, macam mana kita nak rawat? 
25% hilang dengan sendirinya. Kerana ketumbit berasal di bawah kulit, mengunakan ubat titis sahaja kadang-kadang tidak akan merawat ketumbit dengan sepenuhnya.

Cubalah ini:

Ambil tuala yang telah direndam dalam air panas (janganlah terlalu panas supaya tidak membakarkan kulit) dan letakkannya atas ketumbit itu. Urutkannya dengan tekanan yang ringan supaya kelenjar boleh melepaskan minyak. Ini boleh dilakukan empat kali sehari.
Jikalau, ketumbit ini tidak hilang atau terjadi balik, dapatkan rawatan daripada pakar mata. Pakar mata kadang-kadang perlu melakukan pembedahan yang kecil and memberikan anda antibiotik and ubat yang lain.
credit to: Encik Google dan  
Pusat Pakar Mata ACS

95G & 97G Jalan TKS 1,

Taman Kajang Sentral,

43000 Kajang,

Selangor, Malaysia.
Tel: 03-87348328 ----- amek no phone ni kot kot korang nak dapatkan rawatan bab bab mata ni.

say no to:
ni bukan aku. ni encik google tolong cari

ooh sebelum terlupa, terima kasih encik firdaus kerana teman saya pegi Times Square before balik sebab takot saya kempunan  dan teman pegi Pudu. Maaf, hari nak balik pon sempat lagi shopping. hehe.
 :) Thx. Saya sangat hargai. :) (maaf takde kaitan dengan tajuk) teehee

Thursday, May 5, 2011

Dunia yang bakal TAMAT?


Hi dan Assalamualaikum. :)
Korang tau tak dunia hampir tamat. Dunia dah tua. Dunia dah tak mampu nk ingat berapa dah umur dia. Dunia dah nyanyuk. Dunia dah rabun. Kesian kan dunia. Tak percaya? Let's pictures do the talk.

Uhuk uhuk. tok da tua cu!




menu untuk breakfast

agak agak kalau mak kita sembelih ayam lepas tu jumpa benda 
alah ni dalam perut ayam, korang agak agak nak buat ape?

i paling slim taw. tak payah pegi London Weight Management pon.
- effect dari plastic bags yang dibuang dengan sesuka hati

new invention :)
err -.-


Di bawah ni adalah top 3 most polluted places. Take a look!Ingat nama tempat dibawah sila jangan melawat tempat tempat tersebut ye. :)

1. Chernobyl, Ukraine
Sedikit info: The fallout from the world’s worst nuclear power accident continues to accumulate, affecting as many as 5.5 million people and leading to a sharp rise in thyroid cancer. The incident has also blighted the economic prospects of surrounding areas and nations due to their agricultural heritage.
detail nanti aku post dekat entry lain ye :)
Gambar lagi.
Chernobyl Nuclear Power Station
Most safest and modern nuclear power station la konon. Ceit!
Kindergarten 461
after the tragedy
2. Sumqayit, Azerbaijan
29014986.Neuebilderinternet2Jpgcrw 3898
Info: Yet another heir to the toxic legacy of Soviet industry, the city of 275,000 souls bears heavy metal, oil and chemical contamination from its days as a center of chemical production. As a result, local Azeris suffer cancer rates 22 to 51 percent higher than their countrymen and their children suffer from a host of genetic defects ranging from mental retardation to bone diseases.
3. Vapi, India
Vapi+5+Lampu
Info: This town at the end of India’s industrial belt in the state of Gujarat houses the dumped remnant waste of more than 1,000 manufacturers, including petrochemicals, pesticides, pharmaceuticals and other chemicals. “The companies treat wastewater and get most of the muck out,” Hanrahan says. “But there’s nowhere to put the muck, so it ends up getting dumped.”


Menakutkan kan. Sebenarnya banyak lagi tempat tempat yang tercemar  kat muka bumi neyh. Jangan nak pandang kiri kanan cari sape salah. pergi depan cermin lepas tu tunjuk sepuluh sepuluh jari dekat cermin tu. Ha. Da dapat identify sape?
cermin suka hati.


 p/s: Petang ni langit sangat gelap. Hujan turun dengan lebat tanpa malu malu lagi. Hujan yang lebat di petang hari kita boleh ibaratkan seperti  sebijik bantal yang disorongkan ke kepala orang yang mengantuk. Memang syookk habeslah unutk tidur. Tapi ape yang aku buat sekarang ni? Tak tidur? Oh. Agak amazing

Wednesday, May 4, 2011

tamat sebagai pelajar biotech second year

dengan berakhirnya exam paper SAK3002 tadi, maka berakhirlah perjalanan hidup aku sebagai student biotech second year. gembira gembira. hehehe. selamat berpraktikal buat diri sendiri dan rakan rakan. adios :)






simple je kan entry kali ni. sebab ak dalam kepenatan lepas kemas barang yang sangat banyak. da free la katekan. so, tunggu ape lagi. balik rumah la\:) tahun depan ak dah taubat taknak bawak barang banyak banyak dah!