Friday, May 6, 2011

ketumbit, ketumbir ke ketumbut?

Korang pernah tak mengalami bengkak pada mata yang terjadi dengan sendirinya? Entah dari mana tah dia datang. Tiba tiba je da muncul dekat kelopak mata. Pernah tak. Pernah tak? Orang biasa paggil ketumbit ke ketumbr tah. Aku pun tak sure. Ala, yang kalau orang nampak mata kita bengkak, orang akan selalu cakap: " Haa. Tula, gi ngitai orang mandi la tu." Ntah pape je kan alasan tuh. 

Sebenarnya, aku sedang alami benda alah neyh. Argh. Tension betul! Aku tak ngintai orang mandi la. Tak lalu pon. -____- Dala nak start praktikal neyh. Dan dan je benda alah ni tumbuh. Tak ke nanti first day aku pegi mendaftarkan diri (ceyh), bos tempat tuh akan pandang aku slekk je. (Kalau dia pon percaya kat mitos tula) Dah dia takut nak pegi toilet kalau aku ada. hahaha

emm tak kesah la. Sekarang aku nak cari cara nak rawat benda ni. Sebab aku tak nak daftar dalam keadaan camni. arghhhh. Jom tolong jom. :) Tapi, before tu. Jom kita tengok apa sebenarnya si ketulan penyibuk neyh.


Ketumbit Mata a.k.a Chalazion
sedap namanya kan.

Apakah Ketumbit (Chalazion)?

Ianya sejenis pertumbuhan in kelopak mata atas atau bawah disebabkan oleh penyumbatan kelenjar minyak.

Kenapa seseorang sering mengalami ketumbit?

Ini biasa disebabkan oleh kekotoran di kelopak mata atau kelemumur di kelopak mata. ( Omg. Mata aku ade kelemumur? Kena cuci guna syampu anti kelemumur neyh) 
so, macam mana kita nak rawat? 
25% hilang dengan sendirinya. Kerana ketumbit berasal di bawah kulit, mengunakan ubat titis sahaja kadang-kadang tidak akan merawat ketumbit dengan sepenuhnya.

Cubalah ini:

Ambil tuala yang telah direndam dalam air panas (janganlah terlalu panas supaya tidak membakarkan kulit) dan letakkannya atas ketumbit itu. Urutkannya dengan tekanan yang ringan supaya kelenjar boleh melepaskan minyak. Ini boleh dilakukan empat kali sehari.
Jikalau, ketumbit ini tidak hilang atau terjadi balik, dapatkan rawatan daripada pakar mata. Pakar mata kadang-kadang perlu melakukan pembedahan yang kecil and memberikan anda antibiotik and ubat yang lain.
credit to: Encik Google dan  
Pusat Pakar Mata ACS

95G & 97G Jalan TKS 1,

Taman Kajang Sentral,

43000 Kajang,

Selangor, Malaysia.
Tel: 03-87348328 ----- amek no phone ni kot kot korang nak dapatkan rawatan bab bab mata ni.

say no to:
ni bukan aku. ni encik google tolong cari

ooh sebelum terlupa, terima kasih encik firdaus kerana teman saya pegi Times Square before balik sebab takot saya kempunan  dan teman pegi Pudu. Maaf, hari nak balik pon sempat lagi shopping. hehe.
 :) Thx. Saya sangat hargai. :) (maaf takde kaitan dengan tajuk) teehee

0 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?: