Tuesday, August 16, 2011

Employed.

Assalamualaikum

Maaf belog, lame tak update. Semuanya gara gara mencari rezeki khas untuk anak anak cacing dalam perut. Cacing cacing sekarang maken membesar nampaknya. Makan kena banyak, makan kena sedap. Haish  demand sungguh. 

Tapi, disebabkan aku sayang bangat dekaat cik cacing, aku gigih laa bekerja sampai sekarang. Keje pulak dalam aircond. takut cik cacing panas. Haish. Bertuah betul cik cacing kan :) 

Ah, tinggalkan pasal cacing. -.-'

Saje je kerja nak carik duit lebih oi. Kalau nak mengharapkan JPA yang macam segan segan ayam nak masuk tuh, memang kebulur lah aku dua bulan. Nak nak UPM turn last duit JPA masuk. Ni yang aku nyesal ni tak mintak UM. Tapi takpe. Aku tetaap bersyukur. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

Bila dah jadi wanita bekerjaya ni, adelah sedikit sebanyak dugaan yang datang. Hari pertama dan kedua kerja, aku rasa macam kaki aku tertinggal dekat ECM lupe nak ajak balik rumah. Serius oi. Penatnyee berdiri sampai nak be*** pon tak jadi. Tapi lame lame dah immune dah. So, aku dah tak pelik dah bile tengok abang abang hensem yang berdiri jage pintu dengaan coolnye sampai mata pon tak berkelip. :) 

Ha. Mereka laah yang aku maksudkan.
Haish. cuba kau kencing atas kaki dia,
tengok ape dia buaat :)

Aku sekarang pon dah terer iron baju gune steamer tuh. Kalau dulu, dok kagum tak habes habes tengok orang  guna iron tuh, sekarang wa tak heran dah lu tau?! Sekarang, orang pulak kagum tengok aku. Kah kah. :D So, pakcik makcik luar sane, bolehlah beli bende alah tuh. Konpem takkan pernah terbakar baju. Tapi sila prepare duit bayar bil elektrik yang bakal melambung :)
Aku memang jakun dengan benda alah ni.
Kalau kau tak, kau senyaap. Biar aku jakun sorang sorang :)

Benda yang paling best waktu keje of courselaah mengusha oraang kan. Habes semua dah aku usha. Keh keh. Macam macam orang dah aku jumpa. Serius. Tapi, aku simpan sendiri jelah. Malas nak ajak korang buat dosa. Baik kan akuu :)



Tapak tangan: 

Menanges tengok gelagat  si isteri yang duduk sibuk cari baju melayuu sedondon untuk si suami. Si suami pulak sibuuk tolak baby trolley sambil bimbit beg susu baby. Aku harap, raya raya akan datang pon masih macam tuu jugak. Sweet oi.  Sungguh menyebabkan aku rasa nak kawen. Keh keh. 

Okelah. Penat daah.

Thx for reading :)
Assalamualaikum.

Saturday, July 23, 2011

Ini bukan entry keputusan perlawanan bola.

Assalamualaikum.

Kabare wak? Paham tak? Aku hentam je neyh. 
Sedang aku pegang bekas parut jerawat yang bikin aku didih, jantung aku tiba tiba berhenti sekejap bila dengar suara jerit GOOOLLL!!! Mak aih, kuat nak mampus. Bak kate orang zaman sekarang, kalau taik telinga penuh sekalipun, tetap boleh tembus. Tapi takpe, kita tinggalkan kisah tahik telinga dan adik aku ye. 

Uh. Sekarang Harimau tengah test power kot. Mule mule lawan dengan kolam hati, lepas tu lawan dengan pokok sena, lawan ceksi lah, dengan singa pon lawan. Memang nak test power. Dan dengan kurang bangga nya aku nak cakap, satu habuk pun aku tak tengok. 


"Kau neyh memang boleh buang kerakyatan. Lempar dekat tepi sawah bendang tanam hidup hidup pon takpe. Dahlah scholarship mintak sedekah dengan kerajaan, mak bapak pulak kuli kerajaan, tapi hati tak pernah lekat dengan kerajaan. Ish ish ish" - Kata kata yang terbit dengan ikhlas dari hati aku.


Tapi kejap, ada sebab nape aku tak tengok bola. 

#1 Aku takot kalau aku tengok, tibi rumah aku akan pecah. Biaselah, emosi terlebih.
#2 Aku selalu tanya adik, "eyh no 8 tu sape? yang 9 tu? Penjaga gol die sape? Rooney tu sume oarng sebut   sebut tu ke? Yang mana satu die? " Tapi satu pon adik aku tak jawab. Siap halau lagi. Touching taw!
#3 Tak sampai 5 saat gol, dah ade orang buat status gol dekat fb. Macam orang lain takde tibi je dekat rumah. *Agaknya sapa paling up to date paling gojes kot.*
#4 Perlawanan belum habes, dah ade orang buat entry. Jangan main main. Bukan sebarang manusia. Juruanalisa bola tak bertauliah kau!
#5 Dosa aku bertambah berguni guni dalam masa 90 minit perlawanan gara gara menghentam pemain yang kakinya tak bedung masa kecik kecik. 
#6 Aku tak minat bola. -.-' 


Tapi, walaupun aku tak tengok bola,

#1 Aku tetap tahu bila Malaysia lawan, lawan siapa, dekat mana, dan yang paling penting keputusan perlawanan. *keh keh keh*
#2 Tiap kali dengar adik aku gol, aku steady tepuk tangan dari dalam bilik. 3 4 kali je pun. Tu pun slow slow takot mak aku ingat aku gila meroyan sorang sorang. 
#3 Aku selalu doa Harimau menang sebab yang geng lain tuh set set minum arak. Mulut busuk. 


So, lepas korang baca ni, perlu ke kerakyatan aku dibuang? Tak kan? Haa. Aku ni kalau nyanyi lagu negaraku tak pernah tak berdiri straight taw.! :)

Tapak tangan : Title entry aku tah pape kan? Biase lah. Aku memang slow bab tajuk neyh. :)

thx for reading,
Assalamualaikum

Air oh Air

Rumah tepi sekali, colour kelabu, Tmn PJ, Kuantan

8.00 pagi :
Mak telah keluarkan sirennya :D


10.00 pagi :
Tapi, kitorang menten tido sebab dah kebal.
kih kih kih


11.00 pagi :
Perasaan menyesal tak bangun awal datang berbaldi baldi

pernah tak korang mengalami situasi seperti diatas. Mesti pernah kan. Oh. Kalau lah benda di atas neyh terjadi, aku memang rasa nak pengsan. Sebabnya:

SATU: 
Paiz : Waaaaaaaa. HUaaaaa. Waaaaa
Aku : eyh Nape nanges nanges neyh? Sekeh nak?
Paiz : Waaaaaa. Huaaaaaa. Waaaaaa. Sambil tangan tunjuk ke arah jamban duduk.
Aku : Erk. Coklat, Hitam, Bujur sirih, bulat ketul ketul pon ade? Sebijik macam taik kambing. -.-' Nape paiz berak kalau tau xde air?
Paiz : Mana paiz tahu cane nak tahan. Mak tak pernah ajar pon.

Haa kau. Mana aku nak cekau carik air? Kalau peram kang, sebulan tak hilang. Terpaksa lah ayah aku cekau air dekat stesen minyak petronas tuuh. Gigih tak?

DUA:
Adek aku selamber je siap buat drama dalam bilik air. Time ni lah nak syampu, time nilah nak sabun due tiga kali. Selame ni mandi 5 minit pon tak sampai. Memang aku didih. -.-' Sebab sampai turn aku, tak sampai 5 cebok yang tinggal. Nak buat ape ngan 5 cebok tuh? Basuh be*** pon tak cukup. -.-'

TIGA:
Aku : eyh awak. Rumah takde air laaah pulak. Sedihnyeee. Sobs sobs. T__T
C    : Dah tu tak mandi lagi ke neyh? *dengan suara agak sinis*
Aku : Mestilah belum.
C     : KAH KAH KAH. Padanlah bau macam kambing. KAH KAH KAH.

Sia sia je kan cakap dengan orang macam ni. -.- Aku konon konon bagitahu dengan harapan dia offer lah aku mandi kat rumah die. Rupa rupanye menambah didih di dada. Grrr. Agaknya dia seronok sangat kot jumpa manusia tak mandi. 

EMPAT:
Rasa macam miskin gila sebab makan dalam polisterin walau hakikatnya sedang makan di meja makan. 
*eyh. Miskin ke? Kaye lah kan? Sebab pakai buang. Ehehehe*
KEJAP. Polisterin tu bahagi dua ye. Sebab tak cukup. Okay! Memang miskin. T__T

LIMA:
Waktu takde air adalah waktu dimana semua pundi pundi dalam badan sibuk nak bermanja manja. What i mean is, bila takde air, kita akan sibuk rasa nak kencing, rasa nak berak laah. *Perasan tak perasan tak?* Padahal waktu ada air, sembelit je manjang. Tak ke ngade namenya tuh? Uh. Aku pernah pergi satu camping neyh, dimana dekat situ takde toilet kau! Camping pulak seminggu. Rasa macam tarzan sekejap. Mujur pakai baju. Kalau tak, aku nak ngaku dah bahawasanya aku akan ganti Jane dalam cite tarzan yang akan datang. :) Dan disebabkan tu, seminggu aku tak berak. Aku tak tipu taw! Balek tuuh aku sembelit -.-Dan jangan tanya aku kencing kat mana. Perlu ke aku bagitahu kau? -.-

Aku tak kesah kalau takde air separuh hari sebabnya aku memang biasa mandi waktu hari dah habes separuh. So, takde hal laah. Keh keh keh Tapinya. Kalau berlarutan sampai dua tiga hari, memang cari HAL. Ada satu kali tuh, air takde sampai due hari kau. Kalau kat area rumah aku takpe jugak, tapi mak cakap nak dekat satu kawasan takde air. Adik aku sorang ada jadi kambing selama dua hari. Kah kah kah.  Aku memang gelak guling guling sebab waktu tuh aku kat hostel. Ngehngehngeh. Terselamat kejap.




Jemput jumpa blogger separuh ayu : cikjue

Friday, July 22, 2011

Sampai hati kau simbah aku.

Assalamualaikum


uh. lame rasenyee tak update belog. Tak payah cakap kenapa pon orang dah tahu. Haruslah malas kan. :) Part intro neyh yang paling malas. Same seperti saat form five dulu. Kalau buat karangan, setengah jam untuk intro sajee. Lepas intro siap, fuh ayat yang seterusnye macam air terjuun je keluar. *Maaf intro tiade kena mengena*


Hari ni baca paper. Haruslah Berita Harian kan. Walaupun orang label BH sebagai akhbar putar belit alam gara gara bersih, tapi at least tak selucaah Metro. Aku memang menyampah dengan Metro neyh. Kalau tak melucah, die sibuk nak bukak aib orang. Suami pondan lah. Nenek gersang laah. Ayat  nak high class je. -.-'

Eyh. Aku bukan nak bebel sal metro. Bukan. Bukan. Tadi, aku tersentap kejap bace paper. Lame lah jugak tersentapnyee.  Aku ingat benda alah ni dah ketinggalan zaman dah. Rupanya ade lagi. Bapak simbah anak lah, jiran simbah jiran lah. Memang gila! Serius aku rasa nak simbah balik asid kat muka penyimbah asid tuh.

Bagi aku, isu simbah asid neyh sangat serius. Mangsa tu memang tetap akan hidup. TAPI JIWA DIA MATI BEB! Kau simbah dekat muka. MUKA. Atau dalam bahasa inggerisnya, FACE. Bahasa arab nak jugak? Okay, dalam arabic kita sebut Wajhun ye adik adik. :) Muka tuh aset paling berharga. Kita kalau nak kawen pon, tengok jugak waktu merisik. Bukan ape, nanti salah orang pulaak. Ye daak??

Aku tak tahulah nape manusia ney kreatif sangat. Susah jugak kalau bijak bijak belaka neyh. Orang guna asid buat kerja kerja luntur cat, lunturkan kekotoran. Depa buat pi simbah atas muka orang. Kau nak tolong cuci bekas jerawat die ke wei?? Ke nak cuci bekas jeragat? Tapi maaflah sedara, cara kau yang kurang berpelajaran tu telah cucikan semua sel sel muka dia. -.-' Aku rasa jerawat pon takot nak hinggap dah. 

Aku paling tersentuh yang ayah dia simbah dekat anak perempuan dia tuh. Serius aku tersentuh. Walaupun ayah dia dah menyesal. Tapi, nasi dah jadi bubur wei. Bukan bubur dah ha. Dah basi dah pun. Kalau bubur  boleh makan lagi. Budak tuh mungkin belum kenal lagi bedak compact, mungkin jugak belum pernah calitkan lip balm lagi dekat bibir dia, apatah lagi pergi saloon buat facial seperti kebanyakan perempuan buat semata mata nak jaga muka. Tapi pakcik, selaku ayahnya telah rosakkan segalanya.

Kita mungkin nampak kesan luaran je. Tapi mangsa mangsa tuuh? Rasa sedih, rasa kecewa setiap kali pandang cermin kita tau? Tak kan? So, Kepada mereka yang pernah terlintas nak simbah asid, aku ada sedikit idea untuk kau melunaskan segala kemarahan kau. Tapi mungkin idea aku neyh kurang bernas sebab aku memang bengap bab bab nak kenekan orang neyh. :P

Apakata, kau simbah je air lebihan mop tuh.  Takpun tenggelamkan je dalam longkang. *jangan lame sangat, nanti mati pulak. Lagi berat
AMARAN: Mangsa mungkin alami sedikit kesan iritasi gara gara air kotor. 
Tapi don't worry. Mereka akan rujuk doktor. :)

Tindakan ketika marah adalah tindakan yang paling dikesali kerana itulah tindakan paling bodoh. Serius aku cakap. Kau akan menyesal lepas kau buat sesuatuu tuh. Dah pernah dengar dah kan kes anak menyesal sebab bunuh mak, suami menyesal sebab bunuh bini yang main kayu tiga.? Dah kan? 

So, jangan jadikan anda sebahagian dari mereka. :)

Ni lah bapak segala asid. 
Pencetus idea yang sangat BERNAS. 
Dulu kau tak belajar sains ke weyh? 

Tapak tangan : Sila jangan bagitahu  orang akulah dalang yang bagi idea kurang bernas tuuh yee :) 

Thx for reading.
Assalamualaikum

Saturday, July 16, 2011

Cinta matiku

Assalamualaikum

Ah. Hari ney aku depressed kot. Sangat. Dan disebabkan semua tuuh, aku tercongok depan tv, merawat hati. Nak pergi shopping tak de mood. Takde duit ye jugak. So, tengok tv jelah.

Eyh. Bukan pasal aku ni sebenarnya aku nak bagi tahu. 

Korang pernah dengar lagu cinta matiku? 6ixth sense punya lagu kot. Mesti pernah dengar kan. Menurut vokalis kumpulan tuuh, ape tah namenye *aku tak tahu*, lagu ni berkonsepkan ketuhanan. 
Hanya cinta pada Allah yang tak pernah mati.
Okay. Aku sangat setuju kot dengan ape yang dia cakap tuuh. Tapi, aku terkejut, lagu ney berkonsepkan ketuhanan rupeenye. Dari cara dia sampaikan lagu tuuh, nampak macam tak. Bagus sebenarnya buat lagu berkonsepkan ketuhanan, at least ada jugak alternatif ke arah ketuhanan berkonsepkan muzik. Tapi biarlah bersesuaian. Jangan nak terkinja kinja, baling baling mic sangat laah. -.-'. *mungkin mereka terlalu menghayati kot* :) 

Oh yee. ni pendapat aku jee. :) Mungkin korang ada pendapat masing masing kan. Papepon, lagu ni best. Aku pon suka layan walaupun baru hari ni aku tahu tajuk lagunye. Tu pun gara gara tengok muzik-muzik. Ehe. *aku memang fail ingat name lagu. Apetah lagi lirik* Slame ney, aku duduk ingat chorus die jeee. :)


"Jangan pernah tinggalkan diriku. Jangan lepaskan aku"

Tuhan tak pernah tinggalkan kita wahai rakan - rakan. Tapi sebaliknya. Sama - sama laah kita berusaha mendekatkan diri kepada Allah. :) 

Teringat pulak kata kata ahli group 6ixth Sense neyh:

"Moga Tuhan terima". *camtuh la kot ayat die lebih kurang. 
Aku no komen. --------

Tapak tangan : Aku suka paduan 3 suara untuk lagu beribu sesalan. Tapi nyampah tengok jac asyik  pakai baju lupa nak buat lengan sebelah. Nape tah die suka pakai baju camtuuh.

Thx for reading
Assalamualaikum

Friday, July 15, 2011

Isteri separuh mithali

Assalamualaikum.

Sejak habes praktikal neyh, aku duduk merempat je dekat rumah. Nak keje, banyak pulak halangan. So, berbakti kat mak bapak jelah. :) Kalau orang lain ternak lemak, aku dekat rumah tak sempat nak ternak sekilo pon. Sebabnye dok puase ganti je keje. *hehe* 

Tapi aku rasa cuti kali ney sungguh amazing. Kih kih kih. *amazinglah sangat kan* Tapi betuul. Sebabnya, ada banyak benda amazing yang aku buat. Sejak balik rumah ney, aku tak pernah tidur petang lagiii. *sangat amazing kan* Aku pon sugguh tak percayeee. hahaha. Tapi itulah realitinyee. Dan yang kedua, aku TIAP- TIAP hari duduk dapur. Wah. Ni part paling amazing. Aku dah start memasak weyh. 

Uh. Jujur aku cakap. Aku bukan macam gadis melayu terakhir yang kat luar sanee tuh. I'm definetely NOT. Kalau kawan - kawan baya aku dah pandai buat macam - macam lauk, aku baru reti buat nasik goreng. Memang sangat sadis kan. Tapi itulah kenyataannye. Sebab kenyataan tulah mak aku tak pernah susuh aku masak untuk lunch. Kah kah kah. Potong sayur, potong bawang, buat sayuur jelah kerja akuu.

Tapi, tu dulu weyh. Sekarang tak dah. Hehe. Aku dah belajar memasak. Seriuuus. Terima kasih internet sebab jadi cikgu aku. Tanpa kau, pasti aku kat takuk lama. Terima kasih! Dan tak lupe jugak, en google selaku driver aku. Hari hari anta aku pegi belajar. Trimas! Ye. Memang internet lah cikgu aku. Pelita memasakku. *cewwah*. Kalau orang lain pergi berguru dengan mak bapak, aku tak. :( Sebab mak aku sibuk. Balik pon dah petang. Kalau tunggu mak aku, memang kebulur lah akuu. 

Eyh, cakap banyak pon tak gune. Tengok gambar juuum. :)

Oh yee. Ikan cencaru masak sumbaat

kite close up sikeet :)

Air asam nyee lupe nak snap. Bila ingat, dah licin le pulak. :) Actually, aku pon tak ingat bile aku buat ikan cencaruu neyh. Kire okay laah kan beginner macam aku neyh. Kan kan? Tapi, aku tak totally ikut macam resepi kat internet tuuh. Aku modified siket siket. Aku memang suke buat resepi sendiri. haha.  Bile tanya abah, dia bagi A-. Ah tu pon aku dah syukur gile. Sebabnye, abah sangat cerewet. Makan kat kedai pon dy complain. Haish. Biaselah, orang pandai masak memang camtu ._. 

uh. weekend ney nak buat chocolate moist cake. Yang ni haruss ade mak. Sebab kalau mak takde kat sebelah, aku rasa cake tuu tak jadi moist daah. Dan, aku sungguh kecewa sebab masa buat apam kukus baking powder aku dah luput tarikh. So, die kembang separuuh jeee. sangat kecewa okay. Tapi, taram je makan. Abah kate takpeee. :)

Dan, kepada yang spesis macam aku neyh, aku ada sedikit saranan. Korang hanya perlukan:

1. Satu situasi dimana korang je yang ada dekat rumah. Kalau ade orang lain pon takpe asalkan mereka tak reti memasak langsuuung.
2. adik  yang akan merengek lapar bila balik sekolah
3. perut yang cepaat lapar macam ade jin kat dalam.

Simple as a b c kan!

P/s : Dulu aku pernah kena gelak sebab masak sardin isi gulaaa. Dan aku rasa aku dah jatuh cinta dekat main masak masak neyh. Segala resepi aku cuba. Tak kesah lah kuih ke ape. Walaupun ada yang kurang jadi, tapi takpe. Pengalaman kaan. :) 

eh. lupe pulak. nah ni header untuk cik asmaa. dah lame siap, lupe nak kasi. ehehe :)



Sekian,
Thx for reading. 

Saturday, July 9, 2011

Hari jadi emak

9. Julai. 2011











Sesungguhnya, doa adalah hadiah yang paling istimewa. Selamat hari lahir mak. Moga dirahmati Allah selalu. :) Terima kasih, atas segala jasa membesarkan kami. Dan, terima kasih jugak atas segala bebelan yang selalu menerjah ke cuping telinga. Sungguh sakit, akan tetapi,  bebelan itulah yang menyebabkan kami berjaya seperti sekarang.  *Walapun takdelah sampai pegi ober the sea* Tapi, Alhamdulillah.

p/s: Hadiah, lewaat sikit yeeee. :) Biasalah, cuti = tiada wang masuk. Sobs. T__T

doodle oh doodle

Assalamualaikum

Doodle. Kalau perempuan, mesti tau doodle tuh benda alah ape. Tapi, kalau laki, aku rasa diorang ingat doodle tuh spesis hanjing. yelaah. D-O-O-D-L-E. Memang macam nama anjing kan. Tapi, doodle ni kartun tau. Yang orang biasa lukis lukis, lepas tu colour kan die. So,jadilah kartun yang comel.

Aku memang menyampah kot sape yang terer lukis doodle neyh. Rasa nak curik je tangan dia lepas tu sambung kat tangan aku. Tak pun pasang jelah kat mana mana yang patut. :) Tapi, disebabkan hanya alien je yang ade tangan lebih dari satu, so, aku batalkan niat keji aku tu dan guna cara yang murni. Iaitu, belajar melukis doodle. Sungguh bagus kan aku? *Eyh, dah ada yang angguk angguk kepala* Terima kasih la ye. :)

Setelah beberapa jam buat kajian, *kajian ye, bukan lukis lagi* aku dapati ada banyak cara untuk lukis doodle neyh. Dan yang best nye, kita tak memerlukan tablet PC mahupun segala jenis iPad. Yang kita perlukan adalah laptop, software, pensil, kertas dan semestinya idea yang fressssh dari ladang tembikai.

So, jangan buang masa lagi, jom kita tengok,  macam mana pelukis pelukis doodle ni nak buat doodle. :)


click untuk ke link blog
Empunya blog kerana manisnya epal ni neyh, seorang student multimedia. Untuk lukis doodle, dia guna Adobe photoshop. Tapi, sebelum guna adobe, dia lakar dekat kertas dulu. Fuiyoo Hebat kan. Aku memang tak lepas lah kalau nak lukis doodle guna adobe. Buat header guna Adobe pon terkedek kedek lagi. Dekat belog dia neyh, dia ada banyak tutorial pasal doodle taw.  Ada doodle lelaki pakai baju melayu, doodle perempuan pakai syria, pakai shawal pon ade.  *Doodle doodle dia neyh memang ikut peredaran fesyen* Kelasss kaw maria. Doodle dia cantik cantik. Biaselah. budak multimedia. Kalau budak biotech cam aku neyh lukis doodle? Kah kah. Memang seramm.


click untuk ke link blog

 Si budak kuat makan ni lukis doodle guna paint je taw. Tah ye tak dia kuat makan. Hehehe. :) Ha. Kau ingat adik kau umur 10 tahun je ke layak guna paint neyh? Kita pon boleh guna ye rakan rakan. :) Aku suka ayat BKM ni: "lukis doodle ni, tak payah sempurna sangat". Yelah. Tapi kalau dapat kat aku, kalau sempurna sekalipun, belum tentu ada rupe orang. T__T Tangan tak bedung lah katekan. :)

Contoh doodle dari BKM- guna paint pon boleyyyy :)


Yang ketiga neyh, tak dapat nak letak header blog dia. So, aku letak link je lah eyh. :) click ini untuk ke link blog. Dia neyh student lagi, Pandai adik neyh lukis doodle. Kalau adik ney, dia gunakan PaintTool SAI. Em, kalau nak guna yang ni, of course kena explore dulu kan. So, dekat blog adik ney, ade tutorialnye. Boleh lah terjah kalau nak belajar. 
Dan, untuk doodle yang aku lukis, aku turut gunakan software PaintTool SAI.


What? Doodle yang aku lukis? Yup. Aku lukis doodle. SO? Sebelum korang gelak, boleh tengok dulu hasil tangan aku neyh. Dan, kalau nak gelak, gelak lah. Aku tak kesah. :) Bukan aku dengar pon. ehehe.


Doodle 1st- Muka aku waktu tengah ceriaaa :)

Doodle 2nd - Muka waktu nak bunuh orang.
Eyh korang, yang dekat tangan kanan tuh pisau tau.  Bukan berus gigi. Hehe. Kesian kan aku tak reti lukis. :(
Eyh, kenapa seluar aku nampak macam sular baby umur 5 bulan eh? Frust lah camneyh!!! Cisss


Doodle 3rd- Muka malu malu waktu ditiup angin :)

So, ape pendapat korang? Okay tak? Adekah aku berbakat? Kalau tak, aku nak tinggalkan dunia doodle neyh. Sob sob sob. Tapi, lukis doodle neyh best taw. Tiba tiba aku rasa macam aku boleh main mix and match untuk kaler baju. Means that, aku boleh tahu gabungan warna yang sesuai untuk baju baju. Dari alam fantasi, kita bawak ke alam realiti. Hehe. Okay, Aku dah merapuuu. 

p/s: Korang, selamat mencuba taw! 

 Thx for reading. :)
Assalamulaikum.

Thursday, July 7, 2011

Bersih - demokrasi yang diharuskan. Provokasi yang diharamkan

Assalamualaikum.

Bersih. Topik yang agak hangat waktu sekarang. Ramai yang marah. Dan tak kurang juga ramai yang sokong. Aku pon dah naik bosan. Bukak tv nak tengok cite, haa dapat pulak iklan tak berbayar. Aih. So, bagi sesiapa yang nak tahu pasal bersih. There you go. Sila klik link ini. 

Tengoklah sendiri. Dan anda boleh nilai sendiri. Actually,  dah banyak blog aku baca, dah banyak sumber aku singgah. Tujuan aku cuma satu. Mencari jawapan. Masing masing dah besar kan. Kita ada akal. Just gunakan dengan sebaiknya. Jangan malukan diri sebagai seorang manusia.


Tapak kaki: Kita sering jadikan Iraq, Pakistan, Bosnia, Serbia sebagai sebuah pengajaran. So, jangan sampai negara lain turut jadikan kita sebagai sebuah pengajaran. Aku cuma nak Malaysia yang aman. Not more than that. :)



gambar hiasan


Thx for reading.
Assalamualaikum.

Monday, July 4, 2011

Si gadis berbaju kurung

Assalamualaikum.

Ah. Aku suka usha usha gadis pakai baju kurung. Cantik. Sopan. Ayu. Cukup lah tiga perkataan je kan. Cakap banyak banyak nampak macam les pulak. Tapi betul, bagi aku perempuan akan nampak sangat cantik saat dia berbaju kurung. Memang kalah lah saat pakai skirt ke, jeans ke, ntah benda alah pape lagi lah. Baju kurung jugak boleh buat saham kita naik depan mak mentua. Banyak lagi lah kebaikan baju kurung neyh. Tapi, kalau nak fikir fikir balik, kalau kita pandang kiri kanan depan dan belakang, makin kurang insan insan spesis aku pakai baju kurung UNLESS kau dekat kenduri kawen. Tapi pernah jugak aku nampak ade pakai jeans gi kenduri kawen. Sangat EROPAH okay! 

Aku actually kurang suka juga pakai baju kurung. Bukan sebab lupa asal usul. No no no. Aku tak pernah lupa. Cuma aku ada sebab tersendiri. Yelah, aku sedar. Rambut memang sedia hitam, makan pulak sambal belacan, tabur bedak lima puloh kati, tuka mata kaler biru laut pon nampak jugak melayunye. Tak gitu? :)


So, bawah ni adalah sebab sebab kenapa aku kurang suka berbaju kurung, nak nak sewaktu bergelar seorang student :)

1.  Selalu kena kejar bas saat nak pergi kelas pukul 8 pg. Mane boleh lari pakai baju kurung oii!! Aku dari kolej tu, kena turun tangga 2 tingkat, lepastu turun bukit pulak. Mak ai, kalau aku lari pakai baju kurung, memang sebijik macam seekor penyu lari pakai kaki penguin. -.- Pakcik bas pulak sibuk dok hon hon, takpun keluarkan kentut asap hitam. Cis!

2. Kain baju kurung yang sangat sempit buatkan aku nampak macam anak itik. Dan kadang kadang buatkan aku tertinggal di belakang keseorangan. Oh ye. Semua ni gara gara baju kurung aku yang kebanyakkannya kain dia jenis 'lipat batik' dan kain 'kipas belakang'. Memang seksa!

3. Hanya ada setengah jam je untuk bersiap. Ah. Nak iron baju kurung je dah makan masa 15 minit! Dan baju aku semua spesis kena iron. 

4. Pakai baju kurung sehari ibarat pakai baju untuk tiga hari. Kalau lima hari pakai baju kurung, tak ke mampus nak basuh baju? 

5. Tudung kena nak matching. Tak matching, memang nampak macam makcik nak pergi pasar beli ikan.

6. Nampak orang pakai baju sebijik waktu dalam bas. Cis! Memang aku sumbat terus baju tuh masuk luggage. Kalau boleh, dengan orang  orang tu sekali aku nak sumbat. 

7. Tak boleh main mix and match macam t shirt and blouse. 

8. Kaki kejang kesejukan akibat tak dapat duduk bersila time lecture.

9. Ruang angin keluar dan masuk yang kurang mencukupi. Aku rasa kalau pakai baju kelawar pergi kelas lagi best! 

10. Terpaksa berkelakuan ayu sepanjang hari. Tiada aksi tendang kaki orang dan sebagainya. :(

11. Snickers dan baju kurung? Oh. Tidak. Aku belum gila. :)

12. Kain selalu dipijak orang waktu naik bas. Ah. Yang ni memang aku fobia. Kalau tertanggal kain? OMG!

13. Boleh pakai tshirt lengan pendek dengan cardigan. *Part yang paling aku suka* Pakai tshirt tidur pon orang tak tahu kan. *Kah kah kah* Tapi, aku tak pernah try okay!

14. Bangla cair tengok gadis macam aku pakai baju kurung buat aku rasa nak muntah. Okay. Yang ni aku tipuu. :)

Em. aku pasti ada antara korang yang sama macam aku. Kita bukan tak suka kan? Kurang suka je. yelah, tengok keadaan lah. Tak delah aku tak pakai langsung kan. Adelah 5 6 kali dalam sebulan tuh. Kalau waktu hujung hujung sem, memang straight seminggu aku pakai. Sibuk nak present lah katekan. Hehe. 

Em. Ada lelaki yang complain perempuan sekarang ni bla bla bla, sekian dan sekian. Aku ada sesuatu nak beritahu dekat spesis spesis nih.
Aku, bukan rasa cun pakai blouse, bukan rasa hot pakai jeans dengan tshirt, bukan rasa up to date pakai cardigan je, tapi aku rasa selesa. Bagi aku, baju kurung sesuai untuk aktiviti yang kurang aktif. Means, memang tak sesuai untuk  aktiviti kejar kejar bas. Nak nak waktu hujan. Aku ni si pejalan kaki dan si penaik bas. Terselak dek angin lah, Macam macam. Dan aku rasa tak salah berseluar selagi tak melampau dari sudut berpakaian. Paham paham sendiri lah kan. :) So, yang duduk bising bising sangat kata tak memartabatkan baju kurung, tapi mereka golongan yang memakai seluar pon nampak boxer kaler kuning dan merah, baek kau pikir sepuluh kali sebelum sambung ayat kau tuh. Takpun, kau try pakai baju kurung sehari pergi kelas. Then, pergi lah kejar bas macam aku selalu buat bila ada kelas pukul 8 pg. OR, kau pakai baju melayu. tak yah samping pon tak pe. Jomlah sama sama memartabatkan. hehe. :) 

Tapak kaki : Aku pernah pergi pasar pakai baju kurung, pernah pergi mall pakai baju kurung, pernah jalan tepi pantai pakai baju kurung, dan pernah main badminton pakai baju kurung. :) Adakah aku kategori perempuan melayu separuh akhir? KAh kah kah.

And, aku rasa ramai jugak gadis gadis kat luar sana tu ada alasan mereka sendiri. Tapi, aku tak tahulah alasan aku sama tak dengan korang semua. Dan. aku memang salute dengan mereka yang sentiasa berbaju kurung. :) Korang memang cun, cantik dan ayu! Oh. dan tak lupa, aku bangga tiap kali pakai baju kurung pergi kelas. Rasa kemelayuan tuh sangat tinggi :)

Thx for reading. Assalamualaikum.

Wednesday, June 29, 2011

Monday, June 27, 2011

Saat tangan tergedik gedik

Assalamualaikum.


Cik liyan punye.


Cik jue punye.


Sekian. Malas nak update belog. Nak kasi can labah labah datang buat sarang. :)

P/s: cik asma dan cik zety, sabar sat naa. Nanti idea datang + report LI siap, saye setelkan. ehe. InsyaAllah. :)

Thursday, June 23, 2011

Skandal Manusia



Iklan berbayar
Assalamualaikum. 10 perkara tentang haiwan. Sama ada kita sedar ataupun tak berapa nak sedar. Aku bukan pecinta haiwan. So, aku dapat kupas 10 benda je. Lain lah kalau aku amek veterinar kan. Boleh lah cakap sampai 100. Ni tak. Aku amek biotech. Hari hari tengok microb. Dah. Cepat scroll! *Aku malas nak ulas panjang panjang :)

1. Cute


Oh. Mereka memang suka buat aksi cute miut. Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab muka diorang dari sejak azali memang baby faceee kot. AMARAN: Terhad kepada haiwan berbulu sahaja. Cuba korang bayangkan kalau cicak tak pun tenggiling buat muka macam kucing kat atas neyh. Mahu aku bagi pelempang. 

2. Teringin pakai kasut


Aaa. Perasan tak kalau binatang macam kucing tak pon doggie, diorang selalu main dekat kasut. Tu tandanya mereka mereka neyh sangat sukakan kasut. Kau ingat kau sorang nak jaga kaki. Eyh diorang pon nak oke. Tak macho lah kalau kaki pijak taik sendiri waktu be*** kan. 

2. Kuat melantak 


 Aaa. Dulu coursemate aku ade bela hamster. Orang kata, sape sape yang bela hamster, lame lame kita akan nampak macam hamster tuh. Aku pon penah la selidik kawan aku neyh. Memang adelah simptom simptom nye. Bila fikir fikir balik, memang betul lah jugak benda alah tu. Sebabnya:

Hamster dia gemuk. Sama macam dia.
Hamster dia kuat makan. Sama lagi.
Hamster dia kuat ber**. Aah. Yang ney memang sebijik.
*Korang yang ada hamster tu, baek pegi check. same ke tak.*

5. Romantik

Aku pon tak penah dating macam neyh -.-

 Kau ingat kau je yang romatik? Zaman dah maju beb. Binatang pon romantik. Tak main lah ngawan ngawan terus. Diorang pun ikut step jugak.

6. Lupa asal usul

 Aaa. Anak luar nikah kot. Tu yang jadi camney neyh. :)

7. Miang

Salah satu sebab nape aku tak suka bela kucing. Selain dari suka berak dalam kasut aku, kucing jugak suka sendeng sendeng dekat orang. Ish! Rimas lah! Kita tak sama spesis pon. Tak boleh hidup bersama pon. Paham tak? -*dah kau kenapa emo?*

8. Racist

Aaa. Mereka memang racist. Nak nak yang ade tompok tompok. Takpon yang set belang belang tuh. Tidur nak sama. Makan nak sama. Kencing pon nak sama sama. Mak aku cakap, kalau kawen dengan sedara dekat, anak tak berkembang. Kau paham tak? -.-

9. Hybrid

Ni sape punya keje lah buat benda alah neyh. Dah la huduh. Tak katang langsung. Binatang lain berbulu cantik, nampak manja. Kau? Kau pikirlah sendiri. Rasa nak lempang je laju laju -.-
Btw, binatang ney nama nya Bari-Bari. Nama nak manja je kan. Tapi jangan terpedaya. Dia ney Ba** campur biri biri. Dah Khin tu khin lah jugak...

10. Best friend manusia. Aaaww
*Sila jangan percaya pada gambar ini.
Besar kemungkinan lelaki tersebut sudah selamat dikebumikan
beberapa minit selepas gambar ditangkap.*

Walau haiwan ni suka buat hal. Suka berak dalam kasut, suka curik ikan dekat dapur, suka lempar taik atas tudung, suka sondol orang dan suka kencing orang, haiwan tetap dalam hati manusia. Tapi awas, dalam banyak banyak haiwan, ada satu haiwan yang sangat bahaya. Haiwan jenis ni mutant, sukakan wanita dan mungkin golongan gay. Beware guys!











Inilah yang aku maksudkan.
Jaga-jaga. Dia mungkin disebelah anda sekarang :)

*Maaf aku tipu. Sebenarnye ada sembilan je. Biasalah. Aku kucing pon tak penah sentuh, nak cakap pasal haiwan memang noob lah siket kan. Heheh. Eh. Aku kena samak balik blog aku neyh. Semuanya kerana ada bari - bari. Ciss. Korang yang baca, jangan lupe samak jugak taw.

 Btw, thx for reading. Sila tinggalkan komen mahupun kritikan bagi memantapkan skill penulisan.- Ayat skema

Wednesday, June 22, 2011

22.6.11 : WORDLESS Wednesday

Assalamualaikum.






P/s: Korang define lah sendiri apa yang vulture tu tunggu. Malas nak bagitau. Dah nama pon wordless kan. :). Dan satu lagi, kanak kanak neyh dah mati saat korang tatap gambar dia - sumber.

Nota tangan :
Kita mungkin belum punya segalanya. Akan tetapi, bersyukurlah wahai manusia atas apa yang kita TELAH ada.

Monday, June 20, 2011

Open.Conteng.Save.

Assalamualaikum.

Saat terasa sangat bosan, tangan aku ni tergedik gedik la nak bukak Adobe. Sebabnya, tibe tibe teringat la dekat cik jue neyh. Hari tu dia ada mintak tolong suruh buatkan header untuk dia. Aaaa. Aku tak pandai nak buat header. Otak da la tak kreatip. Tapi, cuba jela. :)







Wednesday, June 15, 2011

Kurus? - Tak susah oke (II)

Assalamualaikum.

Entry ni adalah sambungan dari entry  ini. Aku cuba ringkaskan seringkas yang mungkin. Sebab korang malas baca panjang panjang dan aku malas tulis banyak banyak. Win win situation kan. EHE. Okay! Ape lagi. Jom baca!

6. Wajib sarapan pagi

Mereka yang berdiet biasanya akan skip segala benda yang diorang boleh skip termasuklah sarapan pagi. Tapi, realitinya, saat anda meninggalkan sarapan pagi, anda telah say hi to berat badan. Kenapa? Em. Sebabnya sangat simple. Once kita tak makan pagi, kita akan rasa lapar, dan bila kita rasa lapar, kita akan makan extra kan? Mungkin tak untuk hari ni, tapi esok lusa? So, korang fikir lah sendiri. Oh ye. Kalau korang nak tahu, waktu nutrient paling senang nak diserap oleh badan adalah pada pukul 7pg-9pg. SO, mulai saat ini, sila bangun awal dan dapatkan sarapan yang berkhasiat. Kau makan lah bape banyak sayur dengan buah selagi kau terdaya. Dan, say NO kepada istilah BRUNCH. Breakfast + lunch dah takde okay!

7.  Bersenam

Ironinya, kalau cakap pasal senaman semua orang tahu akan kebaikannya tapi paling susah untuk kita buat. Kenapa ek? Kalau aku, sebab malas nak basuh baju banyak banyak.Malas nak iron tudung. Dan malas nak basuh stokin. Korang? Tapi, walau ape pon alasan yang kau, dia, mereka dan aku berikan, aku ada satu benda je nak cakap. 
Sila malu pada makcik, pakcik, uncle dan aunty kat luar sana yang pergi jogging tiap tiap petang saat kau sedang mengular atas katil. Sekian terima kasih! :)
Kita muda lagi eyh. Sila ingat, bukan setakat muka je yang akan kedut dan kerepot. Tapi organ dalam badan kau tu, ada tarikh luput jugak. Sila ingat dan sila sayangkan mereka juga. Btw, manusia perlu bersenam 30 minit at least setiap hari. Buat lah ape yang korang rasa nak buat. Usha mamat hensem sambil jogging mungkin dapat membakar semangat korang untuk bersenam. :)

8. Tabung duit untuk beli stok chewing gum.

Gula gula getah mampu mengurangkan nafsu untuk melantak snek atau makanan ringan. Hebat kan? Hehe. :) Kalau takde gula gula getah, pergi gosok gigi atau ambil apa apa yang bersifat 'mint'. Aku dah cuba. Memang terbantut rasa nak makan tuh. *Padahal rasa cam bazir je ubat gigi tuh kalau makan after gosok gigi kan* :)

9. Tidur before 12.00pm. 

Okay. Last. Ingat tak point pertama dulu? Kalau tak ingat, pegi baca balik. Aku pon sebenarnya agak menyampah dengan point yang neyh, tapi, after baca sebab musababnya, aku terpaksa terima dalam keadaan keterpaksaan. Kenapa manusia perlu tidur awal? Sebabnya, waktu kita sedang tidur sambil bermimpi tengah dating, badan kita sebenarnya sedang melakukan proses menyahtoksin. Kira dalam bahasa kampungnya, buang segala toksin dari badan. Dan semua proses tu mesti berlaku dalam keadaan relaks iaitu waktu kita tidur. Dia malu nak bekerja kalau kau tengah berjaga. Sebab tu kau kena tidur awal. Ada paham? 

Sekarang memang banyak produk yang katanya dapat membantu buang toksin dengan cepat. Contohnya macam Detox Foot Patch dan segala patch patch yang lain. Kalau contoh klasik pulak macam bekam. Tapi, aku nak korang baca ayat kat bawah ni:

Disebabkan sumber racun yang memasuki tubuh terlalu banyak, sesetengah orang mencari penyelesaian alternatif bagi membuang kekotoran atau toksin yang terperangkap itu dengan pelbagai cara. Antaranya ialah mengambil pil, pelekat, minuman serta makanan yang dikatakan mampu membuang toksin daripada tubuh. Bagaimanapun, menurut pakar terapi nutrisi di My Life Center, Esther Peh, cara terbaik untuk menyahtoksik ialah melalui proses semula jadi oleh organ tubuh. 
“Organ penting seperti buah pinggang, hati, kulit dan kolon mempunyai sistem yang tersendiri untuk membuang kekotoran yang mendap di dalam tubuh,” terang beliau.
Aku tak kata. Dia yang kata. Selamat mencuba ye rakan rakan! :) Satu je harapan aku. Semoga korang dapat kurus dengan SIHAT!. Aku? Semoga dapat mencapi BMI yang sepatutnya. uh. >.<


Tuesday, June 14, 2011

Kurus? - Tak susah oke.

Assalamualaikum. 

Entry ini diharapkan dapat membantu sesiapa yang nak kurus, dalam proses nak kurus ataupun yang tengah berazam nak kurus. Aku tak buat kajian yang mendalam, just search dekat internet, fahamkan, selidik, dan rangkumkan agar senang dibaca. At least, sape sape yang nak tips kurus tu, tapi malas nak google, boleh baca je dekat sini. :) And, aku just pick tips yang senang untuk dicuba. Sebab aku tahu, korang pon malas macam aku. :) Kan kan kan? Okay! Selamat membaca.

1. Jangan gatal gatal makan makanan berat berat after 6.30 pm! 

Sebabnya, kita memerlukan 4 jam untuk proses penghadaman yang selengkapnya. Jangan biarkan perut anda bekerja samentara anda tidur. Oh! sungguh tidak adil ye rakan rakan. Kau rehat, perut kau kerja. Ko ade bayar gaji lebih ke untuk dia OT? Tak kan? So, stop it please.... Oh ye.. Mungkin ada yang berpendapat: 

"Ala. aku makan pukul 9.30 pm, aku tidur lah pukul 1.30pm" Cukup je 4 jam. 
No. no. no Okay! Ada sebabnya. Kalau nak tahu. Please stay tune~~~ :)

2.  Berhenti makan bila terasa HAMPIR NAK kenyang. UNLESS kau kuat bersukan.*baru kau boleh teruskan*

Sejak 21 tahun hidup neyh, aku suka makan sampai aku kenyang. Bila terlebih kenyang baru aku berhenti. Tapi, aku menten kurus. Bukan aku bela saka. *Ayat orang yang selalu jeles aku kurus* Nononono. Tapi maybe sebab metabolisme aku terlalu tinggi. okay. Sila jangan kesah pasal aku. Jom kita teruskan. 

3. Suka makan daging? Makan waktu pagi sahaja ye rakan rakan. :)

Ini kerana, daging memerlukan 36 jam untuk dihadamkan! OMG. Lame bebenau kan. So, lepas ni kalau sape sape nak buat kenduri kahwen tu, sila tukar lauk ye. Buat la lauk ikan ke, lauk ayam ke. Kesian tetamu yang datang. You will make them more fattter. :) Nak nak yang suka datang waktu petang tuh. :)

4. Say hi to POTATO! 

Yup. Kentang dalam bahasa melayunya. Ini petua dari abah yang sangat mementingkan kekempisan perutnya bagi memastikan mak sentiasa sayang. ._. Korang silalah makan kentang banyak banyak untuk gantikan nasi. Sebab kentang mengenyangkan. *Abah kate. Aku tak pernah try pulak* Jangan tanya aku nak buat macam mana dengan kentang tu. Of course lah rebuskan! Kau goreng, maksudnya kau mintak combo set. Kentang + minyak. Bila minyak ade, lemak pon mestilah ade kan. :) 

5.  Sila minum 30 minit atau selewat lewatnya 2 jam selepas makan. 

Tak nak buncit sebelum masanya? Okay! Ni petua yang bagus untuk elak  buncit. InsyaAllah korang akan buncit waktu pregnant dan waktu period sahaja.*Khusus untuk perempuan* Waktu period, memang akan buncit, so, jangan risau. It's normal okay! Dan sila elakkan minuman berais waktu makan! Sape budak yang belajar biologi tapi still buat jugak, aku memang cepuk kepala korang. *Tapi, aku kena cepuk kepala aku dulu.* Oh ye. Minuman berais sangat membantu untuk membekukan makanan kita yang berminyak dan menyebabkan saluran tersumbat selain dapat membantu menghasilkan perkara yang paling kita anti : LEMAK. Oh. kalau takot lemak, so silalah membenci minum ais selepas makan ye. :)

Yang ikhlas,
Si kurus yang terlebih kurus


Ada lagi tipsnya. Nanti aku sambung. Semoga korang berjaya kurus ye. Aku gembira bila ramai orang kurus.  Nanti kita boleh share baju. Kan kan kan. :) Emm Ada sape sape tahu tips untuk gemuk tak? Share dengan aku okay?

Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Entry ni berunsurkan personal dan tak penting sangat untuk dibaca. Kalau nak baca, bacalah. Kalau tak nak tak pe. :)

10 June 2011: Result dah keluar!! - Sumber: Hasif

Aku check. Log in dengan password yang hampir hampir lupa. Sambil sambil tu, perut dah rasa semacam. Hati dah bergendang kencang. Cuma muka je yang toye. *tak tau perkataan ni wujud ke tak.*

Tak ada ape yang menggembirakan kita sebagai student selain dari result yang baik kan. :) Same goes to me. Alhamdulillah. Kali ni mungkin rezeki aku. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih rakan rakan yang banyak membantu. Sanggup ajar aku. Terima kasih mak ayah yang selalu mendoakan. Terima kasih en kesayangan yang selalu marah aku saat aku malas belajar. Terima kasih Prof, Dr. tak jemu jemu ajar kami bagi paham. Dan terima kasih diri sendiri kerana sanggup berkorban masa dan tenaga untuk belajar.

Alhamdulillah. . Dah lama sangat rasanya tak nampak result yang cantik.  Aku tak pernah sangka akan dapat dekan sebagai student biotech. Terima kasih Ya Allah kerana bagi aku peluang ni.  Terima kasih Dr. Hidayah sebab paper ferment aku A-. Aku target paling tinggi pon B.

Kenapa aku post di sini? Bukan niat aku nak membangga diri. Tak. Sebab aku tahu apa itu Karma. Entry ni sekadar berkongsi rasa gembira. Dan ucapan terima kasih untuk rakan rakan.

Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya. Aku paham perasaan korang. Sebab aku pernah rasa. Teruskan mencuba. Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba hambanya.
Kejayaan takkan dapat dicapai sendirian walaupun kita jawab sendirian. - iffah nabilah.

Kau lelaki, kau hebat???

SK BESERAH, Kuantan, Pahang
2002 : Peperiksaan percubaan UPSR



Keadaan dewan  sangat bingit. Riuh rendah. Meja berterabur. Kerusi tunggang langgang. Kanak kanak yang pelbagai saiz, dari badan macam bigfoot dan sekecik kecik alam berlari keliling dewan yang sebenarnya adalah 3 buah kelas. Ada yang main baling baling jet kertas sebab tak mampu beli jet mainan, ada yang main tarik tarik tudung. Ada yang main main mata sambil tangan tulis surat cinta guna pensil 2B. Dan ada jugak yang macam kerang busuk tersengih sorang sorang.

Aku?

Tersadai atas kerusi sudut paling hujung sekali sambil memerhati kanak kanak darjah enam ni yang rata rata belum baligh lagi. Mulut aku keriut keriut merungut sendirian. Bukan kerana tak dapat jawab trial exam tadi, *kacang je* tapi, dek kerana sendirian dan keseorangan tanpa seketul rakan pon disisi.

Biasalah, bila waktu exam besar, dia akan susun ikut alphabet. Disebabkan nama aku bermula dengan I, so, aku akan ditempatkan di dewan. Kawan kawan aku rata rata nya start dengan huruf N. Time tu kan semua parents sibuk nak letak nama anak Nur, Noor. Tak pun Nurul. Nur Iffah Nabilah. Ooh. sungguh tak masuk. Nasib baik tak letak :)

Tengah sedap sedap  lepak lepak sorang sorang, tiba tiba ade suara halus jerit. 

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah... Awak ni jahat lah! Jahat jahat!". 
(dengan suare yang agak gedik)
Aku nampak, ada sorang mamat, badan boleh tahan besar, sedikit bulat, mulut yang kecik tanpa misai, dan kaki yang tak seimbang dengan badan, tengah sibuk lari lari kacau budak perempuan. Sungguh gatal ye kawan kawan. Sebab mamat tuh, habes semua budak perempuan lari terkedek kedek. Lari takpe lagi, jerit jerit ni yang aku tak tahan. Sangat menambahkan tahap emosi aku ke arah maksimum.

Tak sampai 10 minit, aku nampak mamat tuh jalan terkedek kedek sambil ketawa terkekek kekek datang ke arah aku. Agaknya, sebab semua perempuan dia dah kacau, tinggal aku je belum. Saat tuh, aku nak sangat tunjuk cermin depan muka dia. Biar dia tahu betapa 'comel' dan 'cute' nye dia buat muka macam tuh.
"Heee... Anak teacher laaaa... Hehehe" - Mamat badan besar kaki kecik
"Badan besar, kaki kecik, muka tak hensem, perangai jahat. Cukup 4. " -  aku *dalam hati je*
 Dia berdiri tepat tepat depan badan aku. Jarak cuma dalam 15 cm je. Sambil pandang muka aku, dia angkat tangan. Goyang kan tangan sambil :

"Aaaaaaaeeeeeeaaaaaeeeeeeee. Pon. Pon." 
*gaya pegang stereng sambil tekan hon*


maaf gambar tak bertapis. Google tak kasi


"Bodoh! Badan besar, kaki kecik, otak lagii kecik. Kau. Tunggu sini!" - aku
Tak sampai 5 minit, datang sorang cikgu bawak rotan.

"Mana budak yang kacau anak saya tuh? Mana? Mana?" *sambil tangan melibas libaskan rotan* kah kah kah:)

**********************************************************************************
Hey budak. Ada tiga benda aku nak cakap.

1. Kau. Kaki kecik tapi badan kau besar. So, tak guna kau pergi menyorok bawah meja. Lain kali pergi menyorok dalam almari sebelah kau tuh. Tu baru seswai. Paham?!

2. Jangan sesekali usik anak cikgu. Kau usik, kau kena.

3. Ape yang kau cuba buat adalah sangat sensitif kepada kaum wanita. Mak kau pon sensitif. Mujur aku tak tahu hak asasi wanita time tuh. Kalau tak, aku dah heret kau masuk mahkamah. :)

Gua tak main lah nangis nangis neyh. Gua pergi bilik guru je terus. Takde mak, kawan mak pon jadi :)

Lepas je tragedi tuh, budak tuh pandang semacam je kat aku. Slekk habes lah. Tapi, kau ingat aku takut ke? hahahaha. TAK!