Wednesday, June 15, 2011

Kurus? - Tak susah oke (II)

Assalamualaikum.

Entry ni adalah sambungan dari entry  ini. Aku cuba ringkaskan seringkas yang mungkin. Sebab korang malas baca panjang panjang dan aku malas tulis banyak banyak. Win win situation kan. EHE. Okay! Ape lagi. Jom baca!

6. Wajib sarapan pagi

Mereka yang berdiet biasanya akan skip segala benda yang diorang boleh skip termasuklah sarapan pagi. Tapi, realitinya, saat anda meninggalkan sarapan pagi, anda telah say hi to berat badan. Kenapa? Em. Sebabnya sangat simple. Once kita tak makan pagi, kita akan rasa lapar, dan bila kita rasa lapar, kita akan makan extra kan? Mungkin tak untuk hari ni, tapi esok lusa? So, korang fikir lah sendiri. Oh ye. Kalau korang nak tahu, waktu nutrient paling senang nak diserap oleh badan adalah pada pukul 7pg-9pg. SO, mulai saat ini, sila bangun awal dan dapatkan sarapan yang berkhasiat. Kau makan lah bape banyak sayur dengan buah selagi kau terdaya. Dan, say NO kepada istilah BRUNCH. Breakfast + lunch dah takde okay!

7.  Bersenam

Ironinya, kalau cakap pasal senaman semua orang tahu akan kebaikannya tapi paling susah untuk kita buat. Kenapa ek? Kalau aku, sebab malas nak basuh baju banyak banyak.Malas nak iron tudung. Dan malas nak basuh stokin. Korang? Tapi, walau ape pon alasan yang kau, dia, mereka dan aku berikan, aku ada satu benda je nak cakap. 
Sila malu pada makcik, pakcik, uncle dan aunty kat luar sana yang pergi jogging tiap tiap petang saat kau sedang mengular atas katil. Sekian terima kasih! :)
Kita muda lagi eyh. Sila ingat, bukan setakat muka je yang akan kedut dan kerepot. Tapi organ dalam badan kau tu, ada tarikh luput jugak. Sila ingat dan sila sayangkan mereka juga. Btw, manusia perlu bersenam 30 minit at least setiap hari. Buat lah ape yang korang rasa nak buat. Usha mamat hensem sambil jogging mungkin dapat membakar semangat korang untuk bersenam. :)

8. Tabung duit untuk beli stok chewing gum.

Gula gula getah mampu mengurangkan nafsu untuk melantak snek atau makanan ringan. Hebat kan? Hehe. :) Kalau takde gula gula getah, pergi gosok gigi atau ambil apa apa yang bersifat 'mint'. Aku dah cuba. Memang terbantut rasa nak makan tuh. *Padahal rasa cam bazir je ubat gigi tuh kalau makan after gosok gigi kan* :)

9. Tidur before 12.00pm. 

Okay. Last. Ingat tak point pertama dulu? Kalau tak ingat, pegi baca balik. Aku pon sebenarnya agak menyampah dengan point yang neyh, tapi, after baca sebab musababnya, aku terpaksa terima dalam keadaan keterpaksaan. Kenapa manusia perlu tidur awal? Sebabnya, waktu kita sedang tidur sambil bermimpi tengah dating, badan kita sebenarnya sedang melakukan proses menyahtoksin. Kira dalam bahasa kampungnya, buang segala toksin dari badan. Dan semua proses tu mesti berlaku dalam keadaan relaks iaitu waktu kita tidur. Dia malu nak bekerja kalau kau tengah berjaga. Sebab tu kau kena tidur awal. Ada paham? 

Sekarang memang banyak produk yang katanya dapat membantu buang toksin dengan cepat. Contohnya macam Detox Foot Patch dan segala patch patch yang lain. Kalau contoh klasik pulak macam bekam. Tapi, aku nak korang baca ayat kat bawah ni:

Disebabkan sumber racun yang memasuki tubuh terlalu banyak, sesetengah orang mencari penyelesaian alternatif bagi membuang kekotoran atau toksin yang terperangkap itu dengan pelbagai cara. Antaranya ialah mengambil pil, pelekat, minuman serta makanan yang dikatakan mampu membuang toksin daripada tubuh. Bagaimanapun, menurut pakar terapi nutrisi di My Life Center, Esther Peh, cara terbaik untuk menyahtoksik ialah melalui proses semula jadi oleh organ tubuh. 
“Organ penting seperti buah pinggang, hati, kulit dan kolon mempunyai sistem yang tersendiri untuk membuang kekotoran yang mendap di dalam tubuh,” terang beliau.
Aku tak kata. Dia yang kata. Selamat mencuba ye rakan rakan! :) Satu je harapan aku. Semoga korang dapat kurus dengan SIHAT!. Aku? Semoga dapat mencapi BMI yang sepatutnya. uh. >.<


0 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?: