Tuesday, June 14, 2011

Kurus? - Tak susah oke.

Assalamualaikum. 

Entry ini diharapkan dapat membantu sesiapa yang nak kurus, dalam proses nak kurus ataupun yang tengah berazam nak kurus. Aku tak buat kajian yang mendalam, just search dekat internet, fahamkan, selidik, dan rangkumkan agar senang dibaca. At least, sape sape yang nak tips kurus tu, tapi malas nak google, boleh baca je dekat sini. :) And, aku just pick tips yang senang untuk dicuba. Sebab aku tahu, korang pon malas macam aku. :) Kan kan kan? Okay! Selamat membaca.

1. Jangan gatal gatal makan makanan berat berat after 6.30 pm! 

Sebabnya, kita memerlukan 4 jam untuk proses penghadaman yang selengkapnya. Jangan biarkan perut anda bekerja samentara anda tidur. Oh! sungguh tidak adil ye rakan rakan. Kau rehat, perut kau kerja. Ko ade bayar gaji lebih ke untuk dia OT? Tak kan? So, stop it please.... Oh ye.. Mungkin ada yang berpendapat: 

"Ala. aku makan pukul 9.30 pm, aku tidur lah pukul 1.30pm" Cukup je 4 jam. 
No. no. no Okay! Ada sebabnya. Kalau nak tahu. Please stay tune~~~ :)

2.  Berhenti makan bila terasa HAMPIR NAK kenyang. UNLESS kau kuat bersukan.*baru kau boleh teruskan*

Sejak 21 tahun hidup neyh, aku suka makan sampai aku kenyang. Bila terlebih kenyang baru aku berhenti. Tapi, aku menten kurus. Bukan aku bela saka. *Ayat orang yang selalu jeles aku kurus* Nononono. Tapi maybe sebab metabolisme aku terlalu tinggi. okay. Sila jangan kesah pasal aku. Jom kita teruskan. 

3. Suka makan daging? Makan waktu pagi sahaja ye rakan rakan. :)

Ini kerana, daging memerlukan 36 jam untuk dihadamkan! OMG. Lame bebenau kan. So, lepas ni kalau sape sape nak buat kenduri kahwen tu, sila tukar lauk ye. Buat la lauk ikan ke, lauk ayam ke. Kesian tetamu yang datang. You will make them more fattter. :) Nak nak yang suka datang waktu petang tuh. :)

4. Say hi to POTATO! 

Yup. Kentang dalam bahasa melayunya. Ini petua dari abah yang sangat mementingkan kekempisan perutnya bagi memastikan mak sentiasa sayang. ._. Korang silalah makan kentang banyak banyak untuk gantikan nasi. Sebab kentang mengenyangkan. *Abah kate. Aku tak pernah try pulak* Jangan tanya aku nak buat macam mana dengan kentang tu. Of course lah rebuskan! Kau goreng, maksudnya kau mintak combo set. Kentang + minyak. Bila minyak ade, lemak pon mestilah ade kan. :) 

5.  Sila minum 30 minit atau selewat lewatnya 2 jam selepas makan. 

Tak nak buncit sebelum masanya? Okay! Ni petua yang bagus untuk elak  buncit. InsyaAllah korang akan buncit waktu pregnant dan waktu period sahaja.*Khusus untuk perempuan* Waktu period, memang akan buncit, so, jangan risau. It's normal okay! Dan sila elakkan minuman berais waktu makan! Sape budak yang belajar biologi tapi still buat jugak, aku memang cepuk kepala korang. *Tapi, aku kena cepuk kepala aku dulu.* Oh ye. Minuman berais sangat membantu untuk membekukan makanan kita yang berminyak dan menyebabkan saluran tersumbat selain dapat membantu menghasilkan perkara yang paling kita anti : LEMAK. Oh. kalau takot lemak, so silalah membenci minum ais selepas makan ye. :)

Yang ikhlas,
Si kurus yang terlebih kurus


Ada lagi tipsnya. Nanti aku sambung. Semoga korang berjaya kurus ye. Aku gembira bila ramai orang kurus.  Nanti kita boleh share baju. Kan kan kan. :) Emm Ada sape sape tahu tips untuk gemuk tak? Share dengan aku okay?

0 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?: