Tuesday, June 14, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Entry ni berunsurkan personal dan tak penting sangat untuk dibaca. Kalau nak baca, bacalah. Kalau tak nak tak pe. :)

10 June 2011: Result dah keluar!! - Sumber: Hasif

Aku check. Log in dengan password yang hampir hampir lupa. Sambil sambil tu, perut dah rasa semacam. Hati dah bergendang kencang. Cuma muka je yang toye. *tak tau perkataan ni wujud ke tak.*

Tak ada ape yang menggembirakan kita sebagai student selain dari result yang baik kan. :) Same goes to me. Alhamdulillah. Kali ni mungkin rezeki aku. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih rakan rakan yang banyak membantu. Sanggup ajar aku. Terima kasih mak ayah yang selalu mendoakan. Terima kasih en kesayangan yang selalu marah aku saat aku malas belajar. Terima kasih Prof, Dr. tak jemu jemu ajar kami bagi paham. Dan terima kasih diri sendiri kerana sanggup berkorban masa dan tenaga untuk belajar.

Alhamdulillah. . Dah lama sangat rasanya tak nampak result yang cantik.  Aku tak pernah sangka akan dapat dekan sebagai student biotech. Terima kasih Ya Allah kerana bagi aku peluang ni.  Terima kasih Dr. Hidayah sebab paper ferment aku A-. Aku target paling tinggi pon B.

Kenapa aku post di sini? Bukan niat aku nak membangga diri. Tak. Sebab aku tahu apa itu Karma. Entry ni sekadar berkongsi rasa gembira. Dan ucapan terima kasih untuk rakan rakan.

Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya. Aku paham perasaan korang. Sebab aku pernah rasa. Teruskan mencuba. Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba hambanya.
Kejayaan takkan dapat dicapai sendirian walaupun kita jawab sendirian. - iffah nabilah.

0 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?: