Thursday, June 9, 2011

Aku yang gangster. (part II)

Aku dah tahu nama budak cun tuh weyh! 
Eyh. salah. Assalamualaikum. Maaf la, gelojoh sangat sampai lupa nak bagi salam. Semalam aku tidur petang. Aku bukan suka suka weyh. Aku tidur sebab aku desperate nak gemukkan badan. *kesian kan* Kalau aku jogging, nanti lemak aku hilang. Aku sayaaang lemak aku. *AMARAN: bukan fakta* Tambah tambah lagi, ramai sangat mamat tak hensem pergi jogging petang petang. Jadi, aku rasa sia sia je jogging. Ye  dak? *memang bukan fakta

Saat aku tidur dengan nyenyaknya, aku mimpi budak cun. Aku nampak muka dia. Cun oi dia pakai tudung sekolah. Elok je, tak senget senget. Aku? Mak aku pakaikan. Bulat. Sungguh bulat sampai aku boleh tengok 180* tanpa menoleh. Hebat kan? -.- 

Bila dia muncul, aku terus pergi dekat dekat dengan dia. Bukan nak cubit oi. Aku dah insaf. :) Aku nak tanya nama je. Sebab nanti, aku boleh share dengan korang. Tak gitu? Hehe. 

"Awak awak, nama awak sape?" - aku
"Hmmm (sambil kelip kelip mata) Nama? Aaaaaa.....M....." - Budak cun


"Ketakkk." Mata aku terbukak, bayang dia hilang, yang aku nampak cuma kipas dinding yang dah tertanggal penutup dia. Aku toleh kanan.

"Aaaaa. sory faraah. Kena kaki awak tadi kan?" -aku

Maaf rakan rakan. Tu je aku mampu cuba. Malam ni aku cuba lagi ye. :) Walaupun aku tak tahu nama dia, bukan bermaksud entry ni dah nak habes ye. Belum belum. Kita sambung okay! 

Esoknya, aku pergi kelas macam biasa. Jalan kaki terkedek kedek dengan beg besar. Aku kasi beg tu jalan sendiri. Sebab dia ada kaki. :) 

Hari di sekolah berlalu macam biasa. Aku sibuk kira bintang, dia sibuk kelip kelip mata. Sampailah waktu nak balik. Waktu nak balik pon berjalan macam biasa. Takde ape ape yang pelik. Aku balik jalan kaki dengan along aku. Sambil sambil jalan, along aku tanya:

"Semalam, kau buat ape dekat budak cun?" - along 
"Mana buat pape. Tengok dia kelip kelip mata jelah. Buat apa lagi?" - aku
"Kenapa kakak dia kata kau cubit dia?" - along
"Hebat? Bercakap jugak rupa rupanya dia kat rumah." - aku
Aku memang cakap terus terang lah. Masa kecik kecik dulu, aku memang takde rasa bersalah langsung. Hehe

" Dia bagitahu kat mak dia. Kakak dia cerita." - along
Kakak dia kawan dengan kakak aku. Sebab sama umur dengan along aku. Kakak dia pun cun jugak. Tapi, takde lah suka kelip kelip mata macam dia. Sebab kakak dia reti bercakap dengan orang kot. So, dia tak main lah aktiviti kelip kelip mata ni. Ye dak?

"Kat mak dia pon?" - aku 
"Mestilah. Kat rumah, macam macam dia cerita. Semua jadi kat kelas dia cerita. Cerita dekat mak dengan kakak dia. Sape usik dia pon dia cerita. Bla bla bla bla....(ngumpat)" - along
"ooo. aaaa. ooooo.. yeke...?? aaaa... oooo.." - aku

Sambil cakap benda alah tu banyak banyak kali *supaya kakak aku tak rasa membazir mengumpat* aku dah pikir siap siap nak duduk sebelah sape esok pagi.  Hehehe. :)

Esoknya, aku tak jadi pindah pon. Cikgu tak kasi. Terpaksa la aku main kelip kelip mata lagi dengan dia. Budak cun, kau baek, aku suka la sikit sikit kawan dengan kau.  Tapi kau sangat ngade ngade! *waktu tu tak tau lagi perkataan jengkel2 neyh. Annoying lagilah tak tau kan. :)* Budak cun, dah umur 21 ni, kau tak macam dulu dah kan? Aku harap harap tak. Dan, aku harap, sekarang aku lagi cun dari kau. Hahaha. Moga kita berjumpa satu hari nanti budak cun!. Sebab aku nak mintak maaf

aku kecik kecik lebih kurang macam ni la

Yang benar,
Si gangster tapi comel.

Assalamulaikum. Thx for reading.
Next entry - edisi gangster aku terhadap lelaki. :)

1 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?:

BLADE EDGE said... [Reply]

Assalamualaikum...


saya just blogwalking kat sini. baru tahu pasal blog ni..

anyway kalau ada masa, silalah berkunjung ke blog saya.

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE