Tuesday, June 14, 2011

Kau lelaki, kau hebat???

SK BESERAH, Kuantan, Pahang
2002 : Peperiksaan percubaan UPSR



Keadaan dewan  sangat bingit. Riuh rendah. Meja berterabur. Kerusi tunggang langgang. Kanak kanak yang pelbagai saiz, dari badan macam bigfoot dan sekecik kecik alam berlari keliling dewan yang sebenarnya adalah 3 buah kelas. Ada yang main baling baling jet kertas sebab tak mampu beli jet mainan, ada yang main tarik tarik tudung. Ada yang main main mata sambil tangan tulis surat cinta guna pensil 2B. Dan ada jugak yang macam kerang busuk tersengih sorang sorang.

Aku?

Tersadai atas kerusi sudut paling hujung sekali sambil memerhati kanak kanak darjah enam ni yang rata rata belum baligh lagi. Mulut aku keriut keriut merungut sendirian. Bukan kerana tak dapat jawab trial exam tadi, *kacang je* tapi, dek kerana sendirian dan keseorangan tanpa seketul rakan pon disisi.

Biasalah, bila waktu exam besar, dia akan susun ikut alphabet. Disebabkan nama aku bermula dengan I, so, aku akan ditempatkan di dewan. Kawan kawan aku rata rata nya start dengan huruf N. Time tu kan semua parents sibuk nak letak nama anak Nur, Noor. Tak pun Nurul. Nur Iffah Nabilah. Ooh. sungguh tak masuk. Nasib baik tak letak :)

Tengah sedap sedap  lepak lepak sorang sorang, tiba tiba ade suara halus jerit. 

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah... Awak ni jahat lah! Jahat jahat!". 
(dengan suare yang agak gedik)
Aku nampak, ada sorang mamat, badan boleh tahan besar, sedikit bulat, mulut yang kecik tanpa misai, dan kaki yang tak seimbang dengan badan, tengah sibuk lari lari kacau budak perempuan. Sungguh gatal ye kawan kawan. Sebab mamat tuh, habes semua budak perempuan lari terkedek kedek. Lari takpe lagi, jerit jerit ni yang aku tak tahan. Sangat menambahkan tahap emosi aku ke arah maksimum.

Tak sampai 10 minit, aku nampak mamat tuh jalan terkedek kedek sambil ketawa terkekek kekek datang ke arah aku. Agaknya, sebab semua perempuan dia dah kacau, tinggal aku je belum. Saat tuh, aku nak sangat tunjuk cermin depan muka dia. Biar dia tahu betapa 'comel' dan 'cute' nye dia buat muka macam tuh.
"Heee... Anak teacher laaaa... Hehehe" - Mamat badan besar kaki kecik
"Badan besar, kaki kecik, muka tak hensem, perangai jahat. Cukup 4. " -  aku *dalam hati je*
 Dia berdiri tepat tepat depan badan aku. Jarak cuma dalam 15 cm je. Sambil pandang muka aku, dia angkat tangan. Goyang kan tangan sambil :

"Aaaaaaaeeeeeeaaaaaeeeeeeee. Pon. Pon." 
*gaya pegang stereng sambil tekan hon*


maaf gambar tak bertapis. Google tak kasi


"Bodoh! Badan besar, kaki kecik, otak lagii kecik. Kau. Tunggu sini!" - aku
Tak sampai 5 minit, datang sorang cikgu bawak rotan.

"Mana budak yang kacau anak saya tuh? Mana? Mana?" *sambil tangan melibas libaskan rotan* kah kah kah:)

**********************************************************************************
Hey budak. Ada tiga benda aku nak cakap.

1. Kau. Kaki kecik tapi badan kau besar. So, tak guna kau pergi menyorok bawah meja. Lain kali pergi menyorok dalam almari sebelah kau tuh. Tu baru seswai. Paham?!

2. Jangan sesekali usik anak cikgu. Kau usik, kau kena.

3. Ape yang kau cuba buat adalah sangat sensitif kepada kaum wanita. Mak kau pon sensitif. Mujur aku tak tahu hak asasi wanita time tuh. Kalau tak, aku dah heret kau masuk mahkamah. :)

Gua tak main lah nangis nangis neyh. Gua pergi bilik guru je terus. Takde mak, kawan mak pon jadi :)

Lepas je tragedi tuh, budak tuh pandang semacam je kat aku. Slekk habes lah. Tapi, kau ingat aku takut ke? hahahaha. TAK!

0 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?: