Tuesday, June 7, 2011

Honeymoon. Kita kita aje

Assalamualaikum. 


Suasana pagi yang sangat sejuk. Tangan aku macam biasa menaip sampai terketaq ketaq. Google sane google sini sambil tersengih sorang sorang. Bukan layan blue okay! (tak kuasa aku, kalau tapit ye. Kah kah Kah) Tapi, aku pegi survey tempat-tempat yang menarik dan ummph untuk honeymoon. Aku bukan buang tebiat weyh, tapi InsyaAllah, tak lama lagi aku bakal tamatkan zaman andartu aku. Maknanya aku bakal jadi bini orang tahun depan Tehee. :) Cepatla wish tahniah, ape lagi!  

Okay! Aku tipu. -.-
Sebenarnya aku memang buang tebiat. Biarlah. Nanti aku kawen senang, aku bukak balik entry neyh, recall je ape yang patut. Tak payah penat penat pikir dah. Ye dak? *Genius kan aku. Aku target aku kawen umur 25, takpun 26. Moga moga tak lebih dari 27. Nanti kalau kawen lambat lambat,  tak dapat banyak anak, tak tercapai lah pulak hajat nak buat team bola. :) Okay. Berhenti. Out of topic.

Seriously, aku tak tahu lagi nak pergi honeymoon dekat mane. Tapi, dengan siapa, aku tahu la. Kah kah kah. Cuma aku dah siap siap pikir segala aktiviti yang aku nak buat waktu honeymoon. Okay, aku nampak ade yang dah ke laut. Meyh aku pancing korang balik meyh. Kalau, tali pancing putus, aku pakai jala. Untuk tapit, sangat sesuai pakai jala. -.- Segala aktiviti yang aku rancangkan adalah aktiviti outdoor ye, bukan indoor. Indoor tak payar pikir pon takpe. Gagaga :) Okay, let's check it out. Aku tak ikot susunan taw. :)

Scuba diving- Ala yang menyelam pakai kaki itik tu. Pastu letak botol air besar kat belakang. Sambil sedut air, sambil tengok ikan dan kaum kerabatnya. Best oi. Siap ade sepek mata besar lagi. Tak paham lagi? Slow benor kau neyh. Tengok gambar jelah!

tibe tibe teringat kat karim gonjol - hahaha

Suwwweeet kan. ;)

Subhanallah. :)


Parasailing-  Parasailing ni, kita akan naek satu balloon sambil ditarik oleh jetski. Gagagaga. Bestnye! Tak payah naek hot air ballon pon takpe kan. Ni lagi kelazzzz :) Jom layan.

Ada yang single seat or double seat. Kalau takot, naek yang double seat.
Tapi. aku nak yang single seat. heheehe. *berlagak berlagak.
tapi encik K mesti nak duduk sekali ngn aku, penakot betol :
)
Gagagaga, terujjjaaa!
Kite surfing/ Kite boarding - Ni lebih kurang macam parasailing. Cuma dia terbalik je. Kalau tadi, kau kat atas, kali ni kau kat bawah pulak. Kalau tadi, orang bawak kau, yang ni, kau pulak bawak kite tuh!. Eyh tak, dia tetap bawak kau, tapi kau surfiiing beb. Waaaaa.

Er. Waktu naek ni nak request B.A boleyh?

Cayalah mat salleh ni. Agak agak en.K boleh buat macam ni tak?
Meleleh air liuq kalau mampu. *Hik hik hik
Water skiing dan Jet skiing - Dua dua ni pon aku nak cuba. Penat lah tulis. Korang layan jelah gamba.

Aku harap aku lagi terer.
"En. K, u duduk belakang jelah. biar i yang bawak." gaga
u? i? eeewww. tak oke. :)

Add caption - korang letak lah sniri


fulamak aii. Nak saiiinnnn. :)

eyh eyh eyh? Ni apa pulak?
Aku rasa yang ni aku tak berani.
Nanti dia bawak aku berlumba. Kalau mati nanti.
Sian suami aku. Dah jadi duda :)

Kalau korang perasan, aktiviti2 kat atas ni semua jenis yang lasak kan. Water sport belaka. Sebab aku tomboi, tak maen lah aktiviti pink pink neyh. suka aktiviti yang lasak sket. Mujur je aku tak letak bungee jumping dengan water rafting dalam wish list kan. Takpun game yang kita duduk dalam benda alah bulat, pastu maen terpelanting terpelanting. Ala, yang macam maen lastik lastik tuh. Kat sunway lagoon ada benda alah tuh. Aku tak tahu pe name dia. Tak nak lah game yang lasak lasak sangat. Sat gi malam malam penat. Lepas tuh korang pandai pandai lah pikir sendiri. Tehee. :)

Sebenarnya, bukan ni je aktiviti yang aku nak buat. Sat gi ada yang cop aku tom tom boi kang. Orang nak honeymoon, kau macam nak beriadah dengan kawan kawan. haha. Tak okay!. Tapi, takkan aku nak cita benda benda yang suweet ala ala pink tu kan. Sat gi korang muntah hijau pulak. Aku yang geli tengok muntah kau nanti. Jangan risau, aku akan pastikan aku ada candle light dinner kat tepi pandai. gagagaga. Jalan jalan tepi pantai tengok sunset, Tak pun, kayaking berdua keliling pantai. :) Dating paling sweet okay! Selama ni kayak dengan kawan kawan je. Tu pun lumba keliling pulau. Saket tangan aku!

Tapi takde lah sampai naik helikopter, pastu tengok bentuk love dari atas macam cerita Boys Over Flower kan. Aku tak kaya weyh, nak sewa heli. Pastu nak tarah bukit orang buat bentuk love. Laen ah kalau kau support. Bagi as hadiah kawen ke. ye dak?

Okay. Sampai sini jelah. Kepada mereka mereka yang nak kahwin tu, aku ada satu saranan. Korang pikir lah dulu aktiviti ape yang korang nak buat, then, baru choose tempat. :) Banyak tempat yang menarik kat keliling dunia neyh. Cuma, pastikan duet dalam poket cukup ye. Kalau tak, honeymoon dalam mimpi jelah. Tapi, jangan  honeymoon sampai tak ingat dunia. Aku takot nanti balik balik honeymoon, terpaksa makan nasik kosong. naseb baek ade duet lagi nak beli nasik. Kalau takde? Tak ke terpaksa makan pasir. :)

Lepas aku tulis entry neyh, baru aku tau nak pergi mane. Bali or hawaii mungkin. Phuket pon not bad jugak. Takpe, yang penting kumpul duit dulu. :) Aku pernah main kira kira ngan wawa pasal simpan duit nak pergi honeymoon neyh. Lepas tu aku ada bagi dia satu cadangan. Memang konfiden gila lah aku cakap:

Wawa, kau simpan lah duit seposen sari. Sikit sikit lama lama jadi bukit.
 Lepas bagi cadangan tu, aku pun buat la kira kira sikit. Aku guna calculator dekat laptop, sebab kalau guna otak, lembab siket. Dah lama aku tinggal math. So, nilah calculation yang aku dapat:

Seminggu ada tujuh hari, sebulan ada empat minggu, setahun ada dua belas bulan. So:

= RM0.10 X 7 X 4 X 12
=  RM 33. 60

untuk jawapan yang lebih tepat, sebab februari kadang kadang ada 28 hari je, so total nye adalah = RM 33.40

APEKAH? ._. Terus aku dengan si wawa gelak kuat kuat tapi control *nanti staf lain dengar*. Terasa sangat malu kerana bagi cadangan tersebut. Tshirt sehelai pon banyak yang lebih mahal dari tuh. Tapi, wawa cakap, naekkan lah jadi 20 posen. Tu pun tak cukup wahai cik wawa. T__T

Sambil perasaan malu masih menebal. tiba tiba aku terpikir:

setahun ada 365 hari. Habes tuh?

Darab jelah 365 X RM 0.10. Memang terbukti otak aku terhadap math sangat lemmm.

Okay. sekian. Thx for reading :)

4 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?:

falia shazana said... [Reply]

wah..bukan main lagi cakap pasal honeymoon... dah rasa nak kawen ke??? hahahah.. en.k tu sape??????

cik ifah nabilah said... [Reply]

kah kah kah. en.K suami siti la. tanye lagi. :)

naim said... [Reply]

weyh, kt lab wt kje la, jgn nk taip tuk blog plak, ak rport kt en jo bru tw, ak rpat ngn dy... hahahaha

cik ifah nabilah said... [Reply]

kah kah kah. padan lah tadi dy check aku buat ape. hahaha.
eyh. en anuar kate dia selalu consider kitorang buat report. gagaga :)