Monday, June 6, 2011

Aku dan kucing - musuh gelap

assalamualaikum semua.


Cat atau dalam bahasa melayunya si kucing. Makhluk Allah yang seekor neyh sangatlah comel dan mampu membuatkan seseorang berhabis ribuan ringgit semata mata untuk si comel neyh. Nak nak yang bulu putih lebat dan bermata biru tu. Ye dak? Hmm. 
Kucing dan manusia ni boleh di ibaratkan macam sepasang suami isteri. 
OMG SUAMI ISTERI? Gila ke hape aku neyh? Sape. SAPE. yang rela kawen ngan kucing? Aku rasa cuma sorang je. Yang pernah keluar Harian Metro dulu tuh. Apetah name dia. Okay. Back to the topic. Kenapa aku cakap kucing dan manusia ni ibarat suami isteri? Sebabnya senang je. Sebab kucing ni suka tidur dengan tuan dia. Kalau waktu kita nak tidur, sebok jelah dia nak naek sekali. Ha. Takke suami isteri namanya tu. So, sape sape yang lepas ni cakap kucing dan manusia tu ibarat kawan karib salah ye. Ade ke orang bawak kawan karib dia tidur sekali? Kalau same jantina oke lah jugak kan. Kalau laen? Ha. Terlebih karib namanya tuh. :)


Dan. Aku rasa ramai kat dunia ni yang jadikan kucing sebagai pets diorang. So, kirenye kucing ni artis lah kan kalau nak compare dengan haiwan- haiwan yang lain kan. Bravo. Bravo. :) Member-member aku ramai sangat yang cat lover. Aku? Kah.Kah.Kah. Gelak dulu. Kalau orang lain nampak kucing, diorang akan datang usap usap kepala kucing tu sambil cakap 
" Aloolololo, comelnye musyuk masyam ni". 
Tapi aku, bila nampak je kucing ade dalam kawasan 5m dari tempat aku berdiri, aku akan secara automatiknya berhenti jalan dan berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negara ku. Dan biasanya ayat mcam ni akan keluar dari mulut aku yang comel neyh:
"Ala. Kucing. AAAaaaaaaa."
Mesti korang pelikkan. Tapi kawan kawan aku, kekasih kekasih gelap aku, family aku dah biasa dah nampak situasi macam ni. Diorang dah cukup paham dah. Kalau makan dekat foodcourt tu, memang dah biasa aku makan sambil duduk bersila atas kerusi tuh. Gangster kan.? Ha. Lantak. Janji aku tak terganggu emosi sebab binatang berbulu tuh.  Dan disebabkan kucing jugak, dah banyak perkara perkara yang memalukan aku yang tersedia pemalu neyh. Agh!. Sampai hati ko kucing. -.- 

Pernah je satu ketika tuh, waktu pegi kenduri kawen, aku rasa ade benda berbulu menyendeng2 kat kaki aku. Ape lagi, terus aku terloncat bangun dari kerusi tuh dengan mulut yang penuh dan tangan yang bersaki bakikan nasik. Mujur je nasik tak tersembur keluar. Jatuh saham aku waktu tu beb. Pakcik makcik, abang kakak semua dok pandang bila dengar aku jerit. Peak hour plak tuh. Tau tau jelah cane keadaan kenduri kawen waktu peak hour kan.  Aku dapat rasa pakcik makcik yang sebelum tuh usha usha aku nak buat menantu terus batalkan niat diorang lepas tengok ketidak senonohan aku yang bagi aku equal to tragedi berdarah. Tssk. 

Kadang kadang, disebabkan aura binatang berbulu neyh terlalu kuat, imaginasi aku sangatlah tinggi dan tahap ketakukan aku mencapai maksimum yang mungkin. Kalau waktu tengah makan tuh, ade rasa pergerakan dekat kaki je aku dah start jerit dan terjentak. Terjentak tu ape? Hmm. Kaki aku bergerak dengan lajunya sambil kepala aku tengok bawah meja. Last last sekali geselan yang tak berapa manja tu datangnya dari kaki kawan aku. Apekah? -.- 
aku dah cakap, kucing neyh GANAS - ilusi 

Dan disebabkan kelemahan aku ni, encik kesayangan aku selalu buli aku waktu keluar makan sama. Kitorang biasa makan kat luar. Tak main lah makan kat foodcourt je kan. hahahaha. Dia tuh sangat berbeza dengan aku. Kalau aku si penakot kucing, dia si penyayang kucing. Segala jenis kucing semua dia nak pegang. Biasalah, kalau makan kat luar, mesti banyak kucing kan. Aku makan kat restoran atau kedai kedai biase je. Bukanlah kat hotel 5 bintang pon. So, normal lah kalau ade kucing kan. Dan. Bila ada kucing, hati aku akan jadi tak senang. Sebab aku tau, tak lame lagi mesti ade something yang tak kena. Tak sampai panas punggung duduk, datanglah si binatang berbulu ni terkedek kedek dekat meja kitorang. Dia akan datang menyendeng dekat encik kesayangan aku. Pusing pusing meja. Aku ape lagi, aku akan terus angkat kaki, lantaklah orang nak tengok pon janji aku tak memalukan diri aku terjerit jerit nanti. 

Spesis apelah aku nih, Takot kat haiwan comel macam ni.

Kucing ni pandai tau. Dia macam tahu je aku takot dia, so, dia akan datang dekat dengan kerusi aku. Landing pulak kat situ sambil buat muka comel. -.- Time tuh, aku dah rasa lain macam. Badan aku rasa panas, tapi tangan aku sejuk. Dada aku berdebar debar dengan kencang. Sebab aku takot. Aku rasa macam dia akan lompat atas riba aku bila bila masa je. Lain pulak dengan encik kesayangan. Dia makin suka bila tengok aku macam tuh. Maybe sebab aku nampak macam badut sarkas kot terkebil kebil takot kat kucing. Ada satu part tuh, bila keadaan dah nampak macam selamat jeee, aku turunkan kaki. Lenguh beb duduk bersila lama lama. Dan dan je landingkan kaki, ada macam benda jalan atas kaki aku. Terjentak lagi aku. Tapi aku tengok muka encik kesayangan aku rilek je. Aku dah dapat detect  dah. Semua tuh keje dia. Ada ke patut guna selipar baling kat kaki aku? 

Time tuh, aku rasa nak je selingkupkan mangkuk tomyam yang berasap asap lagi atas kepala dia. Gangster kan. :) Tapi aku tak buat lah. Kang tak pasal pasal ade orang tidur kat tepi jalan malam - malam sebab tak dapat balik kolej.  
Kadang kadang, aku rela tak beli kuih makcik dekat blok kerana kehadiran seekor kucing. Apekah? -.-

Bila nak mandi lagi satu hal. Time aku nak mandi ni la diorang rajin la nak follow. Sebok betul. Bunyi meaw. meaw. Aku nak mandi pon tak senang. Selalu je aku bayangkan, yang kucing ni akan masuk dalam toilet dan pastu masuk dalam shower ekot bawah pintu. (Pintu toilet K2 ney terbukak kat bawah dan atas.) Kalau lah jadi camtu, aku tak tahulah ape akan jadi. Mau sawan aku sebab kucing sekor ni. Tapi, setakat neyh, tak ada lagi kes kucing masuk shower waktu orang mandi. 
Sebab kucing tak gila **** kot.
 Kah.kah.kah.


0 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?: