Wednesday, June 8, 2011

Aku yang gangster. (part I)

Assalamualaikum.

Imbau masa lalu jom. Saat kita sedut hingus sendiri. Saat tidur air liur basi bertepek. Dan saat be*** dalam seluar. Ataupun untuk panggilan yang lagi mesra : Zaman kecik kecik dulu kala. Kalau aku, aku kena flashback 13 or 14 tahun yang lepas. Kalau kau, pandai pandai la kau kira. :) 

Aku masa kecik dulu suka pakai gaun. Baju aku semua paras paras lutut dan banyak yang takde lengan. i seksa taw kecik kecik. Kah kah kah. Sebab tulah sekarang aku dah tak hingin nak pakai baju macam tuh. Dah puas dah pakai waktu muda muda. Jadi, aku memang kesian benor lah dengan gadis gadis yang still pakai macam tuh even dah besar panjang. Korang tak rasa kesian ke? 
Memang kuno giler lah dia kan. Aku 13 tahun yang lepas dah merasa pakaian macam tu.  Kau baru nak pakai sekarang. Kah kah kah. Kesian.
Maaflah. Terkutuk sekejap. :) 

Walaupun pemakaian aku ala ala pink, tapi jiwa aku tak pink taw!  *Pink sikit sikit je* Kecik kecik dulu aku gangster. Memang sape carik pasal dengan aku, memang siap la kau, aku kerjakan. Kalau kau tak carik pasal dengan aku, aku yang akan carik pasal dengan kau. Tak ke gangster namenye tuh. :)

Dulu waktu kecik kecik, darjah satu sampai tiga, aku sekolah dekat SK Jaya Gading. Dekat Kuantan jugak, area area nak ke Gambang. Seronok sekolah sana, sebab ada ramai kawan dan kekasih kekasih gelap. Aku time kecik kecik memang becok habis lah. Ada je yang aku nak cakap. Tapi, waktu darjah berapa tah, darjah tiga kot *aku dah tak ingat*, aku duduk sebelah budak cun. Benci aku duduk sebelah dia, sebab dia cun, aku tak. Tapi aku comel. Gagagaga. Budak cun ni spesis senyap. Aku tanya sepatah, dia cakap sepatah. Tu pun bagus dia jawab. Kalau tak, dia pandang aku, kelip kelip mata dua tiga kali, pandang depan balik.
 *Lu memang buat gua panasss je kan* 
Walaupun dah kawan lama, tapi dia tetap macam tuh. Nak nampak gigi pon susah. Memang tension lah duduk sebelah dia neyh. Dahlah nak tiru keje sekolah pon tak boleh. Lama aku tahan. Lammmaaaa. Tapi, ada satu hari tuh, kesabaran aku teruji. *Teruji la sangat kan*. Aku tanya dia something, tak ingat dah pasal apa. Aku tanya sekali, dia tak jawab. Oke, takpe. Dia tak dengar kot. So, aku tanya sekali lagi. Tak jawab jugak. Aku dah panas dah nih. Aku tanya lagi sekali. Still sama. Panas punya pasal, aku terus mulakan langkah. 

Aku cuuuuubiiiiiiit dia kuat kuat kat lengan. Mulut aku sampai berkeriuk keriuk. 
Punyalah semangat aku cubit. Tiba tiba aku nampak mata dia merah. 
" Nak nanges lah tuu..."
Lepas je aku cakap macam tu, terus dia nanges. Nasib baek slow dan keadaan kelas waktu tu bising. Ada yang main kahwin kahwin, ada yang main monopoli dan sewaktu dengannya. So, sebab bising, takde sape sape dengar dia nanges. Dan yang paling penting:

Tak de sape akan tahu aku cubit dia. Kah kah kah.
Tiba tiba, ada sorang cikgu masuk kelas. Satu kelas senyap. Budak tadi pon senyap. Tak nanges dah. Lepas ketua darjah bagi salam dan baca doa, kitorang duduk. Cikgu pon pergi lah duduk kat meja dia. Betol betol kat depan meja aku.

Dulu waktu kecik kecik, aku memang suka duduk depan. Bila dah siap homework, senang nak tunjuk kat cikgu. Cikgu puji, satu kelas boleh dengar. 
*saat yang aku tungguu selain kira bilangan bintang dalam buku latihan.
Tapi, sekarang aku dah tobat dah. Sejak sekolah menengah meja aku antara yang terkebelakang atau pun yang paling belakang. Aku akan duduk belakang jugak walaupun orang depan aku gemuk, kepala besar, dan badan macam bigfoot. Aku dah tak heran dah dengan bintang bintang. Boleh lukis sendiri lagipun :)

Okay. Sambung cerita. 

Aku dengan budak tu, bukak buku macam biasa. Buat latihan. Tiba tiba cikgu tanya:

"XXXXXXX, awak nangis ke?"
 Aku tak ingat nama dia, teruk giler ingatan aku kan. hehehe. Benda jahat je aku ingat. :) Bila cikgu tanya, dia macam biasa. Senyap. Part ni aku tak kesah dia senyap. HAHAHA. Memang confirm aku selamat lah kan. *Rupa rupanya, ada hikmah jugak aku duduk sebelah dia neyh*. Cikgu tanya lagi. Banyak kali lah jugak. Cikgu tanya dia, sama ada dia ada masalah ke, sakit ke, rasa nak muntah ke. Tapi dia senyap jugak. Cuma, sekali dua je dia geleng geleng kepala. 

Dia reti geleng kepala jugak rupanya. Ingatkan reti kelip kelip mata je.

Sebab dia 'bisu', cikgu pon fed up. Cikgu tanya aku:

"Iffah, kenapa dengan kawan awak ni?"
Aku, waktu tu, dengan muka yang selamba dan takde perasaan bersalah, terus geleng kepala.

"Ntah lah cikgu. Tak tau. Tiba tiba je nanges. Nanges sebab mak dia tak datang tengok dia kot. eeeee. Manja betul."
 Cikgu pon angguk angguk. Cikgu tak tanya dah. Cikgu susuh kitorang buat sambung keje masing masing. Bila cikgu pergi kat tempat lain, budak tu terus pandang aku. Aku pandang lah dia balik. Sambil mata bertentang mata. Aku cakap:
"Apa pandang pandang? Kalau kau berani kau cakap lah kat cikgu aku cubit kau. Aku tak takot!. Wek."
Tapi, aku cakap dalam hati jelah. :) Sat gi nanges pulak. 

Gangster aku akan bersambung untuk next entry :)

Thx for reading. Assalamualaikum



2 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?:

tAsHa said... [Reply]

gila la ko...xsangka aku...tp ak jahat jgk dlu....cuma ngn budak laki jela..wahahah

cik ifah nabilah said... [Reply]

kah kah kah. Aku pon tak sangka aku gila. -.-
aku tibai je laki ke perempuan. Lepas ni aku cite yang laki plak. Lagi dahsyat aku kerjakan. :)