Friday, July 27, 2012

Review



NAH. Review sket :P

Makan makanan masakan vs memasak.

Assalamualaikum


Da lame tak singgah kat sini. Kesian you mr.bloggy, i memang pemalas. Takpe. Besabar je dapat tuan yang macam i ni eh? At least i mengaku i ni pemalas :P


********************************************************************************************************************

Cuti kali ni gue rasa paling bermakna berbanding dengan cuti cuti yang sebelumnya. Masa dihabeskan dengan agak sewajarnya. Tido maken kurang, produktiviti maken tinggi. Cuma yang sama, mandi lewat tengahari :P Ye, gue mengaku. Mandi bile dah tengahari. Tu tabiat paleng wangi kalau duduk kat rumah. Ala bukan sebab apa, saja nak bagi laluan kat orang lain. Buat apa kita nak berebut rebut. Ye dak? 








----------------------PEGI MAKAN SEKEJAP------------------------



Oh ye. Bulan bulan puasa ni, ada satu benda yang aku tak biasa buat tapi kali ni maintain buat. Just straight to the point lah. Aku malas nak taip banyk banyak. Ehehe. MEMASAK. Seriously, aku jarang masak wahai mek mek sekalian kampung weyh. Sila lah buat I jadi bini kalau rasa nak badan tu slim melim. InsyaAllah dengan tiada bakat dalam bidang masakan,  aku dapat bantu korang. Kalau yang perempuan, jangan risau. Jom lah kawan dgn aku. Aku ni raksasa. Boleh makan makanan korang. Cuma yang sedak sedak jelah. Gue ni demand sket. :P


Aku bukan malas masak, tapi apakan daya, tiada bakat, menyekat segalanya. Nak nak masak lauk pauk bagai. Seriuosly, aku cuma pandai masak ape yang aku suka makan je. Ayam masak kicap, ikan masak merah. Kicap merah kicap merah kicap merah. Due bende alah tu jelah aku pandai. T___T Mungkin yang terbaru ni, kari. Ye. Aku dah move one step ahead. Cuba belajar masak kari. Kesian kan gue. Ibaratnya, kawan kawan yang lahir tahun yang sama ngan aku dah masuk universiti, aku tenga terkial kial jawab latih tubi PMR. Tolonglah kesian kan aku. Tolong lah. :(


Aku tahu, masak bukan susah pun. Tengok abah masak. Fuyyo. Macam chef. Dah la siap pakai apron bagai. Takpe lah. Buat bakal suami I, tolong bace blog I ni dulu ye. Bukan ape, I tak nak you kena serangan saket jantung lepas kawen nanti. Tu nak pesan siap siap ni. :P

Tak pun tak pun tak pun. Tolonglah jadi macam abah? Boleh? Ehehehe. Abah boleh buat semua bende I guess. Masak lemak cili api, sup, mee besar, mee kecik mee kurus. Semua dia boleh. Tak pun tak pun tak pun. Jom jadi chef same same. :) Lu pakai apron, gua pakai apron, kita goyang goyangkan kuali, buat bunyi dung dang dung dang sket, dah jadi lah chef :) Walaupun hakikinye, kite je yang tau. :P 

Tapi takpe. Takpe. Takpe. Dengan kuasa google dan jugak buku 365 hari blablablabla tu, aku pasti aku boleh masak standard macam kawan kawan yang laen. Biar merangkak tergolek jatuh gaung bagai, satu hari aku akan sampai jugak. Omo. sedihnya. T___T


Eh. Sebenarnya aku nak upload ape yang aku dah masak sepanjang kat umah ni. Tapi entry ni dah jadi gini pulak. Bakpe tah. Takpe. Kita buat entry baru ye? :P 


Bagi salam dulu. 
Assalamualaikum. Thank you sudi baca ! 

Sunday, May 20, 2012

Capital R

19th May 2012

Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥



- to be continued 

BUSY BUSY BUSY BANYAK KEJE. MAAF BABY BLOGG
Y :(

Saturday, April 28, 2012

Hawaii. I LOVE YOU.

Assalamualaikum








HAAAA. MENANGIS KAU!

Sejak hidung berhingus, sejak aku tahu ape tu 'island', aku dah start  pasang angan angan nak jejakkan kaki dekat sini. Jejakkan kaki aku sendiri dekat debu debu pasir yang putih mulus tu. Selama ni, cuma jari aku je yang terjejak. T___T

Untuk sape sape yang fail geography macam aku, jangan risau. Mr. Google ade segalanya. Aku cuma tahu brief info je pasal Hawaii ni since aku dah teraddict sejak kecil. So, sejak aku kenal ape itu Mr. Google, aku tak tunggu lame. Google google tengok gambar. Tulis I <3 you Hawaii besar besar dalam diari. Luahkan rasa cinta. Tapi masa tu tak buat simbol <3.  Eja betul betul. L.O.V.E Biasalah skema. Tambah tambah lagi facebook tak wujud lagi time tu. So, mana aku tau simbol simbol tu sume. (^^^) = jerung haruslah lagi tak tauu :)

Okay, sambung. Hawaii adelah salah satu state dekat US. And, satu satunya state yang terbentuk oleh semua island. Maui, Lanai, Kahoolawe, Hawaii and Kauai (tempat asal usul kuih Kasui) adalah main island yang terdapat dekat Hawaii. Antara 5 island ni, Hawaii island adelah yang paliiiing besar gedabak, so, name manja dia ialah the big island. Seriuosly, aku rasa nama manja dia tak cool -.- And yang lain lain ade nama manja dia jugak. Macam Maui = The Valley Isle, Kauai = The Garden Isle. Yang lain lain pegi google sendiri. Dari segi suhu pulak, dia antara 17C - 30C.  Comel comel je suhunyaa. :) 

Expenses -- Perkara yang paling aku tak suka tapi paling penting. Bermakna, kalau aku abaikan, memang aku cuma mampu travel guna mata je seumur hidup, ataupun, sempat sampai kat sana tapi tak sempat balik.

Hm Hm Hm.

Cost untuk pergi ni boleh tahan mahal. Mahal hoi. Mahal. Dari Malaysia, tak boleh direct terus ke Hawaii unless kau ada private jet. Hihi. So, the best way is either Mal-Tokyo-Hawaii or Mal-Taiwan-Hawaii. From Mal - Tokyo = approximately RM700++ (current price, air asia)
Tokyo  - Honolulu International Airport (HNL) = $800-900++ ($ USD okay)
So, katelah dari Honolulu, Oahu nak pergi pulak island laen contoh ke Halului, Malui still kene naek flight. Cost = < $100.
*semua ni cost for one passenger*
Tapi jangan risau. Air asia slalu buat promotion. So, rajen rajen laaah bukak. Mana tau dapat fly ke Tokyo half price keee. :) Kalau book untuk the next year pon jadi murah. Yang penting, duit dalam poket kena tebal lah bro. Bro okay bro. Girls takpe. Kite sengih je. HEHEHE

So, cane? Belum menanges? Okay takpe. Ada banyak sebab lagi untuk menanges. Antaranya, dari segi accomodation.   Aku ada survey and mostly cost within $1++k *moderate hotel* for 7 nights, 2 people. And second, makanan dekat sana agak mahal. So, untuk reason tu, ada yang suggest stay dekat condo hotel, boleh lah masak sendiri dari makan makanan hotel yang trang tang tang mahal. Makan lah kau maggi seminggu. Hehehe.  Then, dari segi activities, of course lah kene bayar. Kecuali tengok scenery. Hamboi melampau tak henggat lah kalau tgk sunset pon kena charge kan? Tapi ada satu island yang kena bayar kalau nak masuk. Aku tak sure apa nama dia. So, abaikan jeeee. :) Tiba tiba aku rasa alangkah bagusnya kalau aku ada sedara kat sana. Kan semua ni jadi freee. hm hm hm. Kalau bukan sedara pon, aku mengaku gak sedara. Akan ku terbitkan asal usul nenek tokwan semua sampai dia percaya. 

Okaylah. Aku dah penat. Sampai sini jelah. Maaf takde closing. Naseb lah bace blog aku memang camni. Intro tah kemana. Closing tah kemana. Niat aku bangun sebenarnya nak study. Tapi benda alah ni pulak yan g terbit. Haa. Cakap pasal terbit bit bit nih, perkara paling wajib ialah tengok sunset iaitu abang kepada si terbit. 

Argh. Stress. Kepala dah pening tak dapat taip.
Okay. Assalamualaikum







Saturday, April 21, 2012

PTPTN. You buat I merana!

Assalamualaikum

Demonstrasi ptptn dah lame berlalu. Takde lah lame sangat actually. Saje nak kasi effect retro. mueh mueh mueh. Anyway, dari apa yang aku perhatikan, bahang dari demonstrasi tu bolehlah tahan punya panas. Mungkin bisa buat  orang atas panas punggung, tak senang duduk. And, mungkin sama keadaanya bagi student yang berpeluh peluh nak bayar balik hutang tu. Hoi Hoi Hoi. <--------- Tak tahu kenapa hoi hoi hoi

Aku bukan ptptn holder. Mungkin sesetengah akan fikir.
Eh, eh  kau nak sibuk sibuk ni apasal?

Akn ku jawab :
Suka hati i laaaaa
Yang you tak puas hati ni kenapa haaa

*Sambil buat kening ziana zain.

Okay. Jujur aku cakap. Kalau nak fikir fikirkan balek, kalau aku tak care pon okay. Sebab aku bukan pinjam pt pon. Buat apa nak sibuk sibuk peningkan kepala. Makan abc sambil tengok tv lagi best.  Kan kan kan?

Tapi, aku ada adik yang pinjam pt, kawan kawan yang pinjam pt, and mungkin satu hari nanti aku keje dekat ptptn? Tapi, memang macam tak lah kan. Luar bidang sangat dah tu. Or mybe aku takot, jiran sebelah rumah aku datang serang:

Oi  semah, kau keja kat pt kan? Ni aku nak tanya ni. Asal hutang anak aku bertambah jadi billion billion sen ni haa?

Bedah oi. I tak salah bedah oi. I tak salah. I datang keje pukul 8 balik keje pukul 5. Cukup bulan i amek gaji. Gaji i pun tak cukup nak bayar pt anak i ney bedah oi. Jangan lah buat i macam ni. Kite senasiiiib bedah oii.

--------------------------------------------------------------------------------------------------Okay, back to reality.-------------------------------------

Honestly, aku bangga dengan orang yang berdemo. Yelah, at least mereka tu berani luahkan rasa hati. Dari kita ni haaa, yang tak puas hati tapi dok cakap cakap belakang. Or carut carut belakang. Haa. Terasa? KEH KEH KEH.

Tapi, berdemo of course lah kena ada adabnya. Jangan sampai TERletakkan taraf kita di tempat yang rendah. Aku cakap TER sebab kadang kadang kita tak sedar. And, tak payah la kot nak masukkan unsur unsur politik dalam demo. Mungkin mereka ada agenda. Yelah. Mana ada orang buat keje freee kat dunia ni bedah oi. Dan agenda tu kadang kadang akhirnya buat kita tersepit.

Ibaratnya, macam roti telur yang sepatutnya ada telur dan roti SAHAJA tapi tiba tiba ada  bulu tangan terselit. Bulu tangan tu mungkin tak nampak pada awalnya. Tapi bila saat dah hampir habes makan, haaaa. Nak menangis you bila nampak. And, tahukah kau bulu tangan yang sehelai tu akan beri impak yang besar kepada kita? Kalau aku YA. Sebab sampai sekarang aku tak pergi makan mamak dah. I taubat yoouuu. T____T

Hm Hm Hm.

Aku tak tahu real situation orang yang dah kerja tapi still kena bayar hutang ptptn. Mybe orang orang terdekat aku belum lagi kot. So, memang ilmu aku pasal ptptn ni sangat low. Cuma apa yang aku tahu, jumlahnye boleh tahan banyak.  Bukan sikit mak jemah oi. Kalau di darab bahagi kan mungkin boleh buat kenduri kawen + honeymoon dekat bali. 
See, dapat bini siap dapat cuti bersama lagi. Hoi hoi hoi lagi sekali.

So, Aku turut bersimpati dengan kawan kawan yang terpaksa bayar hutang ptptn. Dah la kerja pon sekarang ni susah nak dapat. Nak bayar hutang lagi. Tapi, nak tak nak itulah dunia. Dunia yang penuh dengan kebocoran.


Tapi bila kita selidik balik kehidupan sebagai student, kita pon ada salah. Aku cakap diri aku sendiri lah. Aku dapat scholar. Waktu scholar masuk, mak ai. Joli katak youu. Kalah katak. Bila saaat hujung sem, barulah kesedaran tu timbul. Mana lah duit i pergi tak kembali lagi. Menangis air mata susu pun tiada guna. Time tu, mulalah start buat kira kira. Kalau lah aku tak guna sekian sekian, skang aku dah boleh dapat sekian sekian. Then simpan sikit lagi, HAH lepas buat kawen. Tapi tu semua harapan palsu. Realitinya duit dalam akaun hanya cukup untuk tak bagi aku kebuluran. Dan aku still bersyukur. Alhamdulillah sempat sedar sebelum kebulur. Hihihihi.


So, selidik sendiri lah salah kita. Ptptn dah kate, dia akan convert ke scholar kalau grad with dean kan? So, kenapa tak grab peluang tu? Aku tahu memang susah. Sebab aku pun tak dapat nak grad dengan first class degree. Tapi aku nak tanya koraang. *Sambil tenung tajam*. Ada tak kau, ye kau. Cuba tanamkan azam untuk dapat first class supaya nanti tak payah nak susahkan diri sendiri, susahkan mak bapak, nak bayar hutang.  Ada tak? Kalau ada. Okay. Tahniah. Kalau tak. Sendiri faham.


Kalau lah sekarang, dia kata dia akan convertkan scholar if dapat dekan pon ramai macam buat dono jee. Cuba bayangkan, kalau ptptn kata. "Okay. Ambik lah duit ni ambik lah. Tak payah bayar. Freeeeee. " Agak agak nya apa yang berlaku? Mungkin sesetengah akan rasa bersyukur dan terus belajar betul betul tapi golongan kita ni? Golongan yang malas ni? Agak  agak macam tu ke? Sendiri faham kan? :)

Tak siapa akan dapat ubah nasib kita kalau bukan diri kita sendiri.
Thx for reading.
Assalamualaikum

Wednesday, March 21, 2012

My baby

Assalamulaikum. 



Sorry baby, aku lupa dengan janji janji manisku. Aku pinggirkan kau. Kesian kau baby. Waktu aku susah, waktu aku sedih, aku carik kau. Waktu aku senang, happppppy jangan harap aku nak pandang. Jeling pon tak. Aku tahuuu susah untuk kau terima. Tapi, nak buat macam mana. Sila terima okay? :)


Baby, urgh urgh urgh. Sedih. Baby tahu tak sedih tu apa? Tak tahu? 

Baby memang bendul kan. Baby gila. Baby buta. Sedih pun tak tahu. -.-

Baby, aku rasa sedih ni. Rasa macam ada something yang tak terluah. Rasa macam ada paku tengah bergolek golek dalam hati. Tersusuk sana sini. Baby dapat bayangkan tak? TAK? 
Urgh. Baby gila. 

Baby, baby pernah rasa tak satu keadaan yang mana tiba tiba je rasa nak sumbangkan air hujan. Ye baby, air hujan. Air hujan yang renyai renyai rasa masin masin sikit. Walaupun guruh tak terbatuk batuk, petir tak kelip kelip, air hujan tu tiba tiba turun. Pernah rasa macam tu tak baby? TAK? 
Baby bosan. Shuuh kau dari sini. Shuuh.


Baby, tolong jaga aku. Aku tahu kau tak boleh harap. Kau macam tunggul. 
Tapi still, aku perlukan tunggul seperti kau. Thank you baby. 


tapak tangan:

Thank you sudi membaca baby aku. Jangan pedulikan aku. Aku gila. 

Wednesday, February 1, 2012

My Abah. My Only Abah.

Siapa sangka seorang budak lelaki kurus tak berapa nak tinggi, hidung berhingus suatu masa dulu dah jadi seorang suami, seorang ayah. Dan lebih membanggakan beliau seorang suami yang dibanggakan oleh isterinya. Seorang ayah yang dibanggakan oleh anak anaknya. He is My Abah. My Only Abah. :)



Semua manusia tak sempurna. Sama jugak dengan abah. Abah tak sempurna. Abah tak ada duit juta juta. Abah takde banglo 5 tingkat. Muka abah tak macam Aaron Aziz. Suara abah langsung tak sama macam arwah Surdirman. Bila abah nyanyi semua orang tutup telinga. Tapi, walaupun abah tak sempurna, semua sayang kan abah. Semua.  Hebat kan abah? Tak perlu sempurna untuk orang sayangkan dia. 




Entry ni paling susah untuk aku tulis. Tiap kali nak pecet pecet keyboard, tiba tiba ade air hujan turun dari mana pon tak tahu. Lebatnya boleh tahan jugak. So, sebab tak nak basah lencun, nanti demam dah tak boleh buat fyp, aku terpaksa stop. 


Untuk abah,

Abah, abah tahu tak bahawasanya anak abah yang gedik ni, yang  selalu back up mak nak nak waktu shopping, sayang abah dari saat Allah pinjam kan nyawa dan InsyaAllah sampai ke akhir hayat. Ye, anak abah ni degil, selalu tak dengar cakap, bangun bila dah kena percik dengan air, tapi anak abah ni selalu cuba untuk jadi yang terbaik untuk abah. Abah jangan risau eh? Anak abah ni takkan pernah berhenti mencuba selagi dia terdaya. Sama jugak dengan anak anak abah yang lain. :)


Selamat Hari Lahir yang ke 49 Abah. 

Next year dah 50. 


promote abah sket. :)
|
|
|
|
|

 gambar mak pon kena letak jugaaa. Nanti mereka kata tak fair :)
Ye. mereka memang macam budak budak. Ish ish ish. :D


Harap harap abah dapat terima hakikat. Jangan buat muka pelik lagi kalau uban yang ditarik makin hari makin banyak. Sedarlaah abah dah tua. Sedarlah anak abah tak lama lagi nak kawen. HAHAHA




tapak tangan: Dulu masa kecik kecik, abah garang. Kitorang masa kecik kecik tak pernah redah hutan, tak pernah panjat pokok,  tak pernah terjun parit. Dulu, tali air pun aku tak tahu ape. Sebab tu dulu, masa orang dok sibuk sibuk cerita ada orang lemas sebab mandi dekat tali air, aku gelak. Aku cuma bayangkan diorang mandi dekat air yang sebesar tali. Mana mungkin nak lemas, ibu jari kaki lemas ada lah. :) 


Aku panggil ayah aku abah. Tak kesah lah abah ke, ayah ke, walid, babah, papa, popo, tak kesah lah semua tu, tapi aku tahu kita sebagai anak, yang sukar sangat nak ucap sayang dekat ayah sendiri, maybe sebab malu, tapi jauh dalam sudut hati, ucapan tu dah berjuta juta kali terucap. :)

Friday, January 27, 2012

Err?

Assalamualaikum

LUNCH

Timah, timah. Kawan kau si Bedah tu dah kawen eh? Gila lah awal kot kawen. Laki dia kaya eh? Untung lah dapat laki kaya Tak kesah lah perut menjulur ke depan. Asal handbag boleh tuka tiap tiap bulan sape tak sanggup oi

DINNER

Serunuk kan kalau dah kawen. Tak payah beli bantal peluk dah. Kan? Kan? Kan? 
*angkat angkat kening*


MALAM BUTA

 Eh. Aku rasa kan si timah tu akan kawen paling awal lah. Tak pun, si Bedah. Bukan takat dah sedia jadi bini. Jadi mak orang pon dah ready.  
*atas alasan si Bedah badan standard macam mak orang*


PAGI BUTA

Tolonglah. Nanti honeymoon aku nak gi Bali. Takpun Hawaii. Takpun Venice. Tak pun New Zealaang lawat lembu. Takpun. Takpun. Takpun. Blablablabla.


ESOKNYA

Eh. Korang, hari ni masuk lab tak? Kena buat profiling tak? Kau overnight tak rini? Teman aku boleh?
*Sambil minum susu ducthlady strawbery, bawak beg belah kiri jalan terkedek kedek nak naek bas*


Hidup dah kembali normal seperti sediakala. Dah lupa topik bincang semalam.



Kami kaum hawa memang suka cakap pasal kawen. Tapi kalau tanya nak kawen ke tak, takde pon yang nak. :) Nak buat macam mana. Maybe side effect bila umur dah start dengan angka 2. Bukan gatal namanya, tapi personally, aku rasa kalau cakap pasal kawen ni ibarat terapi untuk perempuan.  Aku rasa jelah. Hihihi. Mana tak nya, kalau cakap pasal ni senyum sampai telinga kot. Tapi situasi ni TAK MUNGKIN SAMA untuk:

1. kaum adam
2. bila umur dah start dengan angka 3



Kawan kawan. Nanti kawen jangan jadi macam ni ye?

err?



DAN INI

Kalau aku, takde dah sengih sengih. Time tu jugak aku siku -.-



tapak tangan: Cakap pasal honeymoon, tak payah peluk bantal, ada 24h bodyguard memang boleh buat senyum sampai telinga. Ntah ntah sampai kaki pon boleh. Tapi cuba kalau cakap pasal kena bangun before 6am tiap tiap pagi nak masak breakfast, cuci baju, cuci pinggan. Maybe nak sampai nampak gigi pun susah. Teehee :)

Wednesday, January 25, 2012

KAU. Datang kembali.

Assalamualaikum.

AMARAN: Tolong baca laju laju. Aku malu. Sekian.






Aku sayang kau. Walaupun aku kalau dengan kau, aku kau aku kau je. Tak macam orang lain. 

YOU I BABY SAYANG BUSUK MUCUK BUSUT. 

Tapi aku sayang kau. Aku sayang. Aku sayang.  Aku janji akan jaga kau baek baek. Aku tahu selama ni hubungan kita macam ribut. Kalau aku rasa nak kau. Aku datang. Kalau aku rasa aku jemu dengan kau, aku blah. Sejak kau pergi, aku selalu menilai diri. Maafkan aku. Aku janji takkan buat macam tu dah. Aku janji akan setia dengan kau. Janji. 




Aku tahu, aku tak sempurna mana. Tak payah lah banding dengan orang lain. Memang jauh beza. Nama pun manusia. Mana pernah sama. Tengok, Kau dan aku pon berbeza. Kau kaku. Hidup paralysed. Mati tak mau mau. Aku manusia. Aku punya kaki. Punya mata. Banyak benda aku nak teroka. Bukan kau semata. So, tolong fahami aku pleaseee. Aku akan cuba fahami kau. Tapi aku janji. Kita akan hidup bahagia. Jadi tolonglaah. Jangan hilangkan diri lagi. Aku janji akan tengok kau hari hari walaupun aku tak update. 


Okay. Gembira dah? Gembira kan? Gembira kan? teeheee
Senyum sikit pleaseeee :)






sayang,
tuan blog. 



tapak tangan: this one for my blog actually. ehe. :) kesian blog aku. hilang dua minggu. Ntah makan apa pun aku tak tahu. Duit pun manalah ada. IC apatah lagi. Tenkiu youu, bagi peluang kat i. *eh tetibe i youu ape jadah?*

Friday, January 13, 2012

Warkah Buat Geng

Assalamualaikum.

Anak itik berlari lari
Dengan lembu bertarik tarik tali

Aku baru lepas exam tadi
Sampai stress tak sedar ke diri.


....................................................................................................................................................................
Ape kejadah itik maen tarik tarik tali dengan lembu. Berlari lari pulak tu. -.-' Fine. Tak reti buat pantun. Kau memang loser. Kau. KAU. Bukan aku. Hihi

So geng, cane exam? *tetibe jadi geng*
Tertunggeng? Same lah kita. Sebab tu lah kita geng. High five siket! 
Geng, jangan risau sangat lah. Dah jawab pon kan? Nanges keluar taik mata pon tiada bergunaa kawan. Aku baru lepas 2 paper. Tinggal lagi 3 paper. Ye. Ye. Aku tahu korang tak tanya. Tapi saje nak bagitahu.  :)


Huargh. Agak agak bape meter lah diameter 
perut ibu dia masa pregnant.  :)

Sejak aku masuk U ni, aku sedar dan tersedar bahawasanya final exam ni adalah perkara yang paling menakutkan bagi student selain  makan maggi 3 bulan straight sebab duit scholar/PT habes. Duit telah jatuh nombor 2 sebab aku tak mata duitan macam kau. Ye. Kau. :D


Dan disebabkan final exam sangat menakutkan kalah dari takut hantu, akan ada segolongan student yang akan tiba tiba bertukar watak. Dari normal kepada gila. Ataupun dari gila kepada normal. Korang pilih lah korang nak yang mana. Pilih. pilih. Tak perlu bayar seseeeeng pon. Dan aku pilih untuk jadi gila. Ye. Gila. Gila study. Sebab tetibe bukak notes, scan scan siket, then gelabah sensorang lompat turun naik katil sebab macam tak pernah belajar. Exam  tinggal dua jam lagi dah nih. T__T


Tapi ada dua perkara penting yang aku nak highlightkan. Tahap gila aku cuma jadi bila tinggal <2 hari lagi nak exam. Dan aku takut hantu dari final. Buktinya, aku takkan stay up sampai ke pagi even tak habes lagi study. Sebabnyaa, nanti ada makcik jual nasi lemak mahupun karipap muncul ketuk tingkap. -.-' - zaman sekolah yang ajar aku bende alah ni.


DAH. Jangan hiraukan aku. Jangan. Jangan.


Em. If tak salah aku, setiap U skop pembahagian markah subjek subjek yang ditawarkan berbeza beza. I mean, kalau dekat UPM biasanya final 40% and carry mark 60%. Paling sikit pon final 30%. And ada sesetengah U yang final dia banyak melambung lambung. Maybe around 70% ataupun 60%. So kiranya kalau kau ke laut waktu jawab final, kau tak kan ke darat dah. Selamat tinggal sayang. 


And bagi aku, skop pembahagian markah ni kalau kita tambah, tolak dan bahagi antara dua dua cara ni, boleh dikatakan lebih kurang sama je kot. Maybe ada student yang U diorang markah finalnya banyak akan kata: 


Ala korang senanglah dapat A. Sebab final siket je. Tak macam kitorang.. Bla bla bla.




Tapi suka aku nak bagitahu, percentage carry mark lebih besar dari  final tak semestinya senang nak dapat A. Buktinya, dah 4 sem berlalu, subjek yang aku dapat A tak terkira sikitnya. Nak cakap aku kurang pandai lah tuuu. Cis. CILI NAK? 


Tapi seriously, tak senang beb. Tak senang. Sebabnya je yang senang. 

Baru baru ni aku dengan membe aku gedik kira carry mark. And fortunately, ada satu subjek tu, kalau nak dapat A,  final haruslah dapat 31 over 30. Dalam erti kata yang mudah, kau kena dapat >100 markah untuk paper final. So, cane tuh? Kalau aku, aku buat soalan esei sendiri yang aku memang konfiden betul. Then, letak  markah 10. Hihi Well, kalau korang alami ni, maksudnya korang dah ke laut tak timbul timbul sebelum jawab final lagi. :)



Anyway. Tak kesah lah kiraannya macam mana. Yang penting, diri kita sendiri. Kalau kau nak A, kau pandai pandai lah susun strategi. DAN. Anggaplah final tu sebagai satu titik permulaan. Kalau final kau kena dapat 40/30 sekalipun, jangan pernah putus harapan dekat final. :)




AND. Study study jugaak. Tapi jangan jadi macam ni. :)

|

|

|
|
|
|

|

|
|
|















Tapak tangan: Tadi paper final aku total markah 40. Percentage untuk final pon 40% jugak. Kalau tak dapat jawab satu esei, kau pikirlah sendiri gila tak gila. And dengan bangganya aku cakap, aku tak dapat jawab satu soalan esei yang paling banyak markah. Bagi tepukan siket pleasee. T__T


Thank you for reading :) Assalamualaikum.

Sunday, January 8, 2012

Permulaan hidup aku lambang cinta mereka.

Assalamualaikum.


 Okay. Ini entry yang ringkas. Aku janji. Aku janji. :)


Takkan lahir  seseorang manusia itu ke dunia tanpa ibu bapanya.

Aku tahu tak semua orang tahu asal usul hidup dia. Dan tak semua orang bernasib baik macam aku. Macam kau. Kau. Dan kau. Yang tahu siapa ayahnya. Yang tahu siapa ibu nya. Mungkin sesetengah dari kita hanya tahu tempat lahirnya. Hanya tahu nama penjaganya. Itu pun tak tahu sejauh mana kebenarannya. Jadi bersyukurlah. Bersyukurlah kau wahai manusia. 


Kalau lah masa tu boleh diputarkan. Kalau lah masa tu boleh diundurkan. Kalau lah masa tu macam mesin masa Doraemon, aku rasa semua ibu bapa kat dunia ni nak putarkan masa kembali. Undur balek masa zaman kita kecik kecik. Nak tahu kenapa? Bukan sebab rindu nak tengok muka kita yang comel. Bukan sebab nak dapat baby baru tapi dah tak boleh sebab dah menopause. NO. NO NO. 

Tapi masa tu kita tak macam sekarang. Tak pernah tinggikan suara. Tak pernah tipu. Dan tak pernah kata 'tak' pon dekat mereka. Kan? Kan? Kan?


Okay.  Aku tahu korang terasa. Aku pun terasa jugak. Sendiri tulis. Sendiri terasa. Fine. Aku gila. -.-'

Sendiri pikir balek seteruk mana kita selama ni. Setakat mana je kita pernah puaskan hati ibu bapa. Tapi takpe. Dont too sad. Selagi ibu bapa kita hidup di dunia ni. Selagi mereka hirup udara yang sama. Fine. Maybe tak sama sangat. Sebab aku kat KL tercemar. Mak aku kat Kuantan kurang sikit. :) TAPI.

Berbuat baiklah pada mereka

 Berbuat baiklah pada mereka. 

Berbuat baiklah pada mereka. 

Semangat aku copy paste 3 kali nak kasi korang, and AKU paham siket. Hihihi. Harap harap kita sama sama faham. Amin. Okay. sebenarnya ada sebab kenapa aku buat entry ni. *Baru nak masuk isi karangan.* Sorry. Aku tipu korang kat atas tadi. :)


Pagi tadi, masa nak check out dari hotel, abah dengan mak aku cerita pasal seorang perempuan tua ni. Aku rasa sape sape yang duduk kat Kuantan mesti selalu tengok biasanya ada makcik/pakcik/ yang tengah mintak sedekah dekat bank. Mintak sedekah kat bank youuu. Bukan kat tempat lain. Yelah kalau mintak kat pasar malam serdang ni dapat duit singgit singgit je. Kalau kat bank manalah tahu tiba tiba melayang 50 hengget masuk balang. Kan kan? Jangan ingat kau je ade business minded. Mereka pun ada. 

                                                              Okay okay okay. Aku dah ke laut. -.-'


Nak dipanjangkan cerita,  dengan izin Allah, parents aku nampak la akhirnya penghantar yang gigih duduk menghantar perempuan tua nak mintak sedekah dekat bank. Yelah. Selama ni kitorang pon wonder kot, sape lah yang anta dia. Takkan lah makcik tu gigih nak naek bas duk ulang alik ke bandar kan? haish. Bazir duit bas je. Dapat sedekah pun tak tahu banyak mana. 


Makcik tu dihantar naek kereta okay. Kereta. Bukan beca mahupun basikal. Okay. Fine. Dia ada kereta. So, takpelah. Takkan nak jeles pulak kan? Tapi, parents aku cakap yang hantar tu 2 orang, lelaki dan perempuan. Muda. Parents aku cakap tu maybe anak dia. Maybe okay. Maybe. Sebab Allah je tahu sejauh mana kebenarannya tu. 

Aku senyap. Abah aku  pandang mata mak aku. Then dia cakap:

 Nanti mak dia dah balek rumah, anak dia ambik lah duet tu. Senang.

Aku senyap. Aku malu. Malu sebab parents aku yang nampak. Parents aku yang cerita. Malu sebab yang buat tu golongan kita. Golongan anak. 

Korang, 

Jujur aku cakap, aku rasa anak yang buang parents dia dekat rumah orang tua tua tak pernah nak jengukjenguk, yang paksa mak dia mintak sedekah, yang tinggalkan mak bapak dia mati terbiar sorang sorang, lagi teruk dari mak bapak yang buang bayi. Tahu kenapa?


Parents yang buang bayi dia sendiri biasanya kurang matang, tapi orang yang buang parents ni terlebih matang sampai sanggup buang orang yang pernah basuh berak dia. Basuh kencing dia. Kau dah hidup makan free minum free, kau buat macam tu kan? 




And, betullah manusia ni payah nak bersyukur. Dah ada parents, tak reti nak hargai. Orang yang hidup tanpa parents disisi, anak anak yatim tu, pernah ke kita terbayang perasaan dia takde parents? Hidup tak pernah rasa pelukan ibu. Tak pernah rasa suapan ibu. Tapi kita? Sendiri fikir lah kawan kawan. Semoga kita tak termasuk dalam golongan orang orang macam tu.

Tetibe aku emo sendiri. HIHIHIHI. Okay. Nak buat tutor statistik.
Thank you for reading. Assalamualaikum :)



Tapak tangan: If ibu bapa kita dah meninggal dunia sekalipun, bukan bermakna kita dah tak dapat nak berbakti pada mereka. Bukan.  Parents korang hidup. Tapi hidup di alam sana. Menunggu masa anaknya di dunia sedekahkah Al-fatihah. Sedekah kan Yassin. So, stop cakap untungla parents hidup lagi, untungla ape ape. Berbaktilah selagi terdaya.
Ingatan untuk aku juga. :)

To my future baby, nanti jangan buat ibu macam tu eh?
Okay. Aku gila :)
Boleh abaikan gambar di atas. Aku memang macam ni. -.-' Hidup bersama bayang bayang baby. Tanpa memikirkan calon suami. Dah. Jangan mencemuh. Suka ati aku lah kan. Dah blog aku. Shuh shuh. 

Wednesday, January 4, 2012

Tak rasa macam bahagia. Dah rasa macam ??



Lupe email. Lupe password. Cukup sebab dah kan kalau nak cakap dah lame gila tak update blog. Biasalah. Sekarang aku dah rajen. Tak main lah blog blog bagai neyh. Teman aku notes je 24 hours. Makanan aku pensil pecet je. Gigit gigit belakang dia sampai puas hati. Tak kenyang pun. Tak payah lah cuba. Pecet? Ah. Lantak. Anyway, rajen kan aku? Terima kasih lah kerana percaya. Korang memang bendul. Sama macam aku :)

Okay. Main topic please.

Tak rasa macam bahagia. Dah rasa macam ??

Actually ?? = celaka. Tapi since aku rasa celaka tu macam rude sangat. So, aku remove. Tapi orang melaka macam biasa je gune word tu. So, mybe tak rude sangat kot. KOT la. :)

 Okay okay okay. 

Bila umur dah meningkat belasan tahun, semua orang sibuk nak carik pasangan hidup kan. Kan kan kan? Konon konon semua tu disebabkan hormon lah. Cess. Dah memang gatal tu buat buat tak mengaku pulak. Menyampah. -.-' Aku tak, okay! Korang je. :D


Time tu, almost semua ade boiperen, gelferen. Ada yang sampai 2 3 kot. Biasalah, mereka stok stok golongan macho/cun/cantik/kacak bergaya. Kalah artis youuuu. *aku tak kata. Diorang sendiri yang kata*. Muntah kongsi baldi jom. :)

Anyway, korang ada berapa? Satu jee? Oh. Faham faham. Tak cantek eh? Tak pe. Cantek tak kan kemana. Kan kan kan? :D


Tapi perasan tak, bila umur dah semakin meningkat, ramai yang kembali normal hormon hormon nye. Tahap kegatalan semakin rendah. Belanjawan tiap tiap bulan turut menurun. Masa dihabes kan 100% bersama rakan rakan. Kalau nak jumpa pun senang je. Tak payah nak buat temu janji bagai. Bila ditanya soal cinta, jawapan mereka semua standard. 


Malaslah. Nak fokus study. Buang masa je semua tu. Lagipun, memang tak kemana semua tu.



UUuuu. Jawapan standard sebijik sama macam kongsi kepala kan. Ala ala kembar siam youu. Well, everything happens must have a reason kan? If tak, motif sangat diorang nak jawab macam tu. Kan kan? Okay this is a serious part. *Eceyh. penah pulak aku serius* 


Manusia ada hati. Of course dalam hati ni ada macam macam. Hati keji, hati batu, busuk hati, hanyir hati. But, apa yang buat hati ni become so special, hati ni tak boleh diganti. Okay okay okay. Maybe boleh. Sekarang dunia sangat moden kan. Everything ada transplant. So, agak agak kalau dah rosak, ganti je dengan yang transplant tu. Tapi, of course yang ori pasti lebih baik dari yang gantian kan? Am i right? 


Sama jugak dengan bende alah ni. Fall in love memang fitrah. Cuma lambat atau cepat je. Sebesi mana pun orang tu, dia still akan terlibat dengan benda benda meleleh macam ni. Guys, macam jijik je guna fall in love. Kita tukar boleh? :) 


So, once kita dah terlibat dengan benda alah meleleh leleh ni, semua orang akan try buat yang terbaik kan? Yelah, for what nak try our best kalau benda tu sia sia. Kan? Tapi sayang, tak semua yang kita rancang akan selalu jadi. Okay. Aku bagi contoh.





- sambung entry bawah. Aku saje poyo buat 2 entry. Tenkiu kerana faham kepoyoan aku. :D


Tak rasa macam bahagia. Dah rasa macam ?? part 2


Mamat:
 You. I sayang you. I sanggup redah lautan api just untuk selamatkan you.
Minah: Oh really? Sweeetnyeee. You lah orang paling sweet i penah jumpe. Jom lah jumpa parents i. Kita kawen malam ni ye.

Tepat pukul 9.00 malam. Pahang dilanda banjir tiba tiba.

Minah: Youu. Selamatkan i. I tak nak mati lagi. I nak kawen dengan you.
Mamat: You. I mintak maaf. I tak sempat belajar berenang lagi. Kita jumpa di alam yang lain ye. Bai!


Okay. Contoh ni memang tak boleh guna pakai. But, the main point is, life is always unpredictable. Unexpected things happen unexpectedly. So, for those yang tengah bercinta, memang susah nak bawak sampai ke jinjang pelamin. Susah. Serius. Bukan aku cakapJiran aku cakap. Aku tak tahu pape pasal ni. Aku innocent. Dia je yang selalu ajar aku pasal ni. Tapi kalau sampai, seriuosly bagus. Jodoh kot. 


But, if jinjangnye tak sampai sampai, dont be sad, bende ni memang lumrah kot. Tapi, bende yang aku nak tekankan, if korang tak pernah terjebak dengan bende bende leleh ni, tak payah terjebak kot. Sebab of course, kalau saket, susah nak baik. Ibarat macam hati ori dengan yang transplant punya. Still boleh guna, tapi rasa dia tu tak sama. 



So now, korang dah tahu kan kenapa kalau kita tanya sumone pasal ni, jawapan diorang lebih kurang macam atas. Sometimes, there are some story better left untold. Tapi paham paham jelah kan. :)


Korang,

Ajal. Maut. Jodoh. Tu semua rahsia Allah. Takkan jadi rahsia bersama jika bukan pada masanya. Tidak juga jika bukan pada tempatnya. Dan of course tidak juga jika bukan pada orangnya. So, Study dulu kot. Enjoy life, prepare diri sendiri untuk hidup akan datang. Baru hidup lebih terjamin kan? Aku tertarik dengan kata kata seorang junior aku waktu Intek dulu. Dia cakap:

ya ALLAH, tdk ku pinta yg menawan, tdk ku harap yg hartawan, bukan jua kerna kedudukkan, cuma ku damba yg sepadan.....

So, best of luck. :)


Tapak kaki: Cerita di atas aku adaptasi dari cerita jiran sebelah rumah aku. Dia memang rajen cerita kat aku. So, jangan pandai pandai kaitkan dengan kisah hidup aku. -.-'


Tapak tangan: Tapi sampai sekarang aku curious kalau orang cakap pasal hati and perasaan, yang mana satu diorang refer actually eh? Liver? Sebab liver = hati. Tapi liver untuk detoxification youu. Er. macam tak sesuai. Ke jantung eh? Okay. Tak kesah lah. Lets imagine hati =     <-----  semangat I copy paste dari facebook :)