Friday, January 13, 2012

Warkah Buat Geng

Assalamualaikum.

Anak itik berlari lari
Dengan lembu bertarik tarik tali

Aku baru lepas exam tadi
Sampai stress tak sedar ke diri.


....................................................................................................................................................................
Ape kejadah itik maen tarik tarik tali dengan lembu. Berlari lari pulak tu. -.-' Fine. Tak reti buat pantun. Kau memang loser. Kau. KAU. Bukan aku. Hihi

So geng, cane exam? *tetibe jadi geng*
Tertunggeng? Same lah kita. Sebab tu lah kita geng. High five siket! 
Geng, jangan risau sangat lah. Dah jawab pon kan? Nanges keluar taik mata pon tiada bergunaa kawan. Aku baru lepas 2 paper. Tinggal lagi 3 paper. Ye. Ye. Aku tahu korang tak tanya. Tapi saje nak bagitahu.  :)


Huargh. Agak agak bape meter lah diameter 
perut ibu dia masa pregnant.  :)

Sejak aku masuk U ni, aku sedar dan tersedar bahawasanya final exam ni adalah perkara yang paling menakutkan bagi student selain  makan maggi 3 bulan straight sebab duit scholar/PT habes. Duit telah jatuh nombor 2 sebab aku tak mata duitan macam kau. Ye. Kau. :D


Dan disebabkan final exam sangat menakutkan kalah dari takut hantu, akan ada segolongan student yang akan tiba tiba bertukar watak. Dari normal kepada gila. Ataupun dari gila kepada normal. Korang pilih lah korang nak yang mana. Pilih. pilih. Tak perlu bayar seseeeeng pon. Dan aku pilih untuk jadi gila. Ye. Gila. Gila study. Sebab tetibe bukak notes, scan scan siket, then gelabah sensorang lompat turun naik katil sebab macam tak pernah belajar. Exam  tinggal dua jam lagi dah nih. T__T


Tapi ada dua perkara penting yang aku nak highlightkan. Tahap gila aku cuma jadi bila tinggal <2 hari lagi nak exam. Dan aku takut hantu dari final. Buktinya, aku takkan stay up sampai ke pagi even tak habes lagi study. Sebabnyaa, nanti ada makcik jual nasi lemak mahupun karipap muncul ketuk tingkap. -.-' - zaman sekolah yang ajar aku bende alah ni.


DAH. Jangan hiraukan aku. Jangan. Jangan.


Em. If tak salah aku, setiap U skop pembahagian markah subjek subjek yang ditawarkan berbeza beza. I mean, kalau dekat UPM biasanya final 40% and carry mark 60%. Paling sikit pon final 30%. And ada sesetengah U yang final dia banyak melambung lambung. Maybe around 70% ataupun 60%. So kiranya kalau kau ke laut waktu jawab final, kau tak kan ke darat dah. Selamat tinggal sayang. 


And bagi aku, skop pembahagian markah ni kalau kita tambah, tolak dan bahagi antara dua dua cara ni, boleh dikatakan lebih kurang sama je kot. Maybe ada student yang U diorang markah finalnya banyak akan kata: 


Ala korang senanglah dapat A. Sebab final siket je. Tak macam kitorang.. Bla bla bla.




Tapi suka aku nak bagitahu, percentage carry mark lebih besar dari  final tak semestinya senang nak dapat A. Buktinya, dah 4 sem berlalu, subjek yang aku dapat A tak terkira sikitnya. Nak cakap aku kurang pandai lah tuuu. Cis. CILI NAK? 


Tapi seriously, tak senang beb. Tak senang. Sebabnya je yang senang. 

Baru baru ni aku dengan membe aku gedik kira carry mark. And fortunately, ada satu subjek tu, kalau nak dapat A,  final haruslah dapat 31 over 30. Dalam erti kata yang mudah, kau kena dapat >100 markah untuk paper final. So, cane tuh? Kalau aku, aku buat soalan esei sendiri yang aku memang konfiden betul. Then, letak  markah 10. Hihi Well, kalau korang alami ni, maksudnya korang dah ke laut tak timbul timbul sebelum jawab final lagi. :)



Anyway. Tak kesah lah kiraannya macam mana. Yang penting, diri kita sendiri. Kalau kau nak A, kau pandai pandai lah susun strategi. DAN. Anggaplah final tu sebagai satu titik permulaan. Kalau final kau kena dapat 40/30 sekalipun, jangan pernah putus harapan dekat final. :)




AND. Study study jugaak. Tapi jangan jadi macam ni. :)

|

|

|
|
|
|

|

|
|
|















Tapak tangan: Tadi paper final aku total markah 40. Percentage untuk final pon 40% jugak. Kalau tak dapat jawab satu esei, kau pikirlah sendiri gila tak gila. And dengan bangganya aku cakap, aku tak dapat jawab satu soalan esei yang paling banyak markah. Bagi tepukan siket pleasee. T__T


Thank you for reading :) Assalamualaikum.

2 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?:

miela_kerk said... [Reply]

jangan pernah berhenti berharap pada peperiksaan akhir kan...haha...

cikkurekure said... [Reply]

sabr cik ipah. aku shock paper final korang bnyak

anyway gud luck!
aku tggal se je paper. -saje nk bg kau stress! :p