Sunday, January 8, 2012

Permulaan hidup aku lambang cinta mereka.

Assalamualaikum.


 Okay. Ini entry yang ringkas. Aku janji. Aku janji. :)


Takkan lahir  seseorang manusia itu ke dunia tanpa ibu bapanya.

Aku tahu tak semua orang tahu asal usul hidup dia. Dan tak semua orang bernasib baik macam aku. Macam kau. Kau. Dan kau. Yang tahu siapa ayahnya. Yang tahu siapa ibu nya. Mungkin sesetengah dari kita hanya tahu tempat lahirnya. Hanya tahu nama penjaganya. Itu pun tak tahu sejauh mana kebenarannya. Jadi bersyukurlah. Bersyukurlah kau wahai manusia. 


Kalau lah masa tu boleh diputarkan. Kalau lah masa tu boleh diundurkan. Kalau lah masa tu macam mesin masa Doraemon, aku rasa semua ibu bapa kat dunia ni nak putarkan masa kembali. Undur balek masa zaman kita kecik kecik. Nak tahu kenapa? Bukan sebab rindu nak tengok muka kita yang comel. Bukan sebab nak dapat baby baru tapi dah tak boleh sebab dah menopause. NO. NO NO. 

Tapi masa tu kita tak macam sekarang. Tak pernah tinggikan suara. Tak pernah tipu. Dan tak pernah kata 'tak' pon dekat mereka. Kan? Kan? Kan?


Okay.  Aku tahu korang terasa. Aku pun terasa jugak. Sendiri tulis. Sendiri terasa. Fine. Aku gila. -.-'

Sendiri pikir balek seteruk mana kita selama ni. Setakat mana je kita pernah puaskan hati ibu bapa. Tapi takpe. Dont too sad. Selagi ibu bapa kita hidup di dunia ni. Selagi mereka hirup udara yang sama. Fine. Maybe tak sama sangat. Sebab aku kat KL tercemar. Mak aku kat Kuantan kurang sikit. :) TAPI.

Berbuat baiklah pada mereka

 Berbuat baiklah pada mereka. 

Berbuat baiklah pada mereka. 

Semangat aku copy paste 3 kali nak kasi korang, and AKU paham siket. Hihihi. Harap harap kita sama sama faham. Amin. Okay. sebenarnya ada sebab kenapa aku buat entry ni. *Baru nak masuk isi karangan.* Sorry. Aku tipu korang kat atas tadi. :)


Pagi tadi, masa nak check out dari hotel, abah dengan mak aku cerita pasal seorang perempuan tua ni. Aku rasa sape sape yang duduk kat Kuantan mesti selalu tengok biasanya ada makcik/pakcik/ yang tengah mintak sedekah dekat bank. Mintak sedekah kat bank youuu. Bukan kat tempat lain. Yelah kalau mintak kat pasar malam serdang ni dapat duit singgit singgit je. Kalau kat bank manalah tahu tiba tiba melayang 50 hengget masuk balang. Kan kan? Jangan ingat kau je ade business minded. Mereka pun ada. 

                                                              Okay okay okay. Aku dah ke laut. -.-'


Nak dipanjangkan cerita,  dengan izin Allah, parents aku nampak la akhirnya penghantar yang gigih duduk menghantar perempuan tua nak mintak sedekah dekat bank. Yelah. Selama ni kitorang pon wonder kot, sape lah yang anta dia. Takkan lah makcik tu gigih nak naek bas duk ulang alik ke bandar kan? haish. Bazir duit bas je. Dapat sedekah pun tak tahu banyak mana. 


Makcik tu dihantar naek kereta okay. Kereta. Bukan beca mahupun basikal. Okay. Fine. Dia ada kereta. So, takpelah. Takkan nak jeles pulak kan? Tapi, parents aku cakap yang hantar tu 2 orang, lelaki dan perempuan. Muda. Parents aku cakap tu maybe anak dia. Maybe okay. Maybe. Sebab Allah je tahu sejauh mana kebenarannya tu. 

Aku senyap. Abah aku  pandang mata mak aku. Then dia cakap:

 Nanti mak dia dah balek rumah, anak dia ambik lah duet tu. Senang.

Aku senyap. Aku malu. Malu sebab parents aku yang nampak. Parents aku yang cerita. Malu sebab yang buat tu golongan kita. Golongan anak. 

Korang, 

Jujur aku cakap, aku rasa anak yang buang parents dia dekat rumah orang tua tua tak pernah nak jengukjenguk, yang paksa mak dia mintak sedekah, yang tinggalkan mak bapak dia mati terbiar sorang sorang, lagi teruk dari mak bapak yang buang bayi. Tahu kenapa?


Parents yang buang bayi dia sendiri biasanya kurang matang, tapi orang yang buang parents ni terlebih matang sampai sanggup buang orang yang pernah basuh berak dia. Basuh kencing dia. Kau dah hidup makan free minum free, kau buat macam tu kan? 




And, betullah manusia ni payah nak bersyukur. Dah ada parents, tak reti nak hargai. Orang yang hidup tanpa parents disisi, anak anak yatim tu, pernah ke kita terbayang perasaan dia takde parents? Hidup tak pernah rasa pelukan ibu. Tak pernah rasa suapan ibu. Tapi kita? Sendiri fikir lah kawan kawan. Semoga kita tak termasuk dalam golongan orang orang macam tu.

Tetibe aku emo sendiri. HIHIHIHI. Okay. Nak buat tutor statistik.
Thank you for reading. Assalamualaikum :)



Tapak tangan: If ibu bapa kita dah meninggal dunia sekalipun, bukan bermakna kita dah tak dapat nak berbakti pada mereka. Bukan.  Parents korang hidup. Tapi hidup di alam sana. Menunggu masa anaknya di dunia sedekahkah Al-fatihah. Sedekah kan Yassin. So, stop cakap untungla parents hidup lagi, untungla ape ape. Berbaktilah selagi terdaya.
Ingatan untuk aku juga. :)

To my future baby, nanti jangan buat ibu macam tu eh?
Okay. Aku gila :)
Boleh abaikan gambar di atas. Aku memang macam ni. -.-' Hidup bersama bayang bayang baby. Tanpa memikirkan calon suami. Dah. Jangan mencemuh. Suka ati aku lah kan. Dah blog aku. Shuh shuh. 

2 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?:

the dietitian said... [Reply]

ayat ko yang last xleh blah..hahaa

btw rupe2nye wujud manusia cmtu..sgt tak berhati perot..
semoga Allah beri hidayah pada dia dan mereka-mereka

dan semoga Allah sentiasa memperingatkan kita..

falia shazana said... [Reply]

baby baby baby.. adoi.. takde benda lain dah? :p