Wednesday, February 1, 2012

My Abah. My Only Abah.

Siapa sangka seorang budak lelaki kurus tak berapa nak tinggi, hidung berhingus suatu masa dulu dah jadi seorang suami, seorang ayah. Dan lebih membanggakan beliau seorang suami yang dibanggakan oleh isterinya. Seorang ayah yang dibanggakan oleh anak anaknya. He is My Abah. My Only Abah. :)



Semua manusia tak sempurna. Sama jugak dengan abah. Abah tak sempurna. Abah tak ada duit juta juta. Abah takde banglo 5 tingkat. Muka abah tak macam Aaron Aziz. Suara abah langsung tak sama macam arwah Surdirman. Bila abah nyanyi semua orang tutup telinga. Tapi, walaupun abah tak sempurna, semua sayang kan abah. Semua.  Hebat kan abah? Tak perlu sempurna untuk orang sayangkan dia. 




Entry ni paling susah untuk aku tulis. Tiap kali nak pecet pecet keyboard, tiba tiba ade air hujan turun dari mana pon tak tahu. Lebatnya boleh tahan jugak. So, sebab tak nak basah lencun, nanti demam dah tak boleh buat fyp, aku terpaksa stop. 


Untuk abah,

Abah, abah tahu tak bahawasanya anak abah yang gedik ni, yang  selalu back up mak nak nak waktu shopping, sayang abah dari saat Allah pinjam kan nyawa dan InsyaAllah sampai ke akhir hayat. Ye, anak abah ni degil, selalu tak dengar cakap, bangun bila dah kena percik dengan air, tapi anak abah ni selalu cuba untuk jadi yang terbaik untuk abah. Abah jangan risau eh? Anak abah ni takkan pernah berhenti mencuba selagi dia terdaya. Sama jugak dengan anak anak abah yang lain. :)


Selamat Hari Lahir yang ke 49 Abah. 

Next year dah 50. 


promote abah sket. :)
|
|
|
|
|

 gambar mak pon kena letak jugaaa. Nanti mereka kata tak fair :)
Ye. mereka memang macam budak budak. Ish ish ish. :D


Harap harap abah dapat terima hakikat. Jangan buat muka pelik lagi kalau uban yang ditarik makin hari makin banyak. Sedarlaah abah dah tua. Sedarlah anak abah tak lama lagi nak kawen. HAHAHA




tapak tangan: Dulu masa kecik kecik, abah garang. Kitorang masa kecik kecik tak pernah redah hutan, tak pernah panjat pokok,  tak pernah terjun parit. Dulu, tali air pun aku tak tahu ape. Sebab tu dulu, masa orang dok sibuk sibuk cerita ada orang lemas sebab mandi dekat tali air, aku gelak. Aku cuma bayangkan diorang mandi dekat air yang sebesar tali. Mana mungkin nak lemas, ibu jari kaki lemas ada lah. :) 


Aku panggil ayah aku abah. Tak kesah lah abah ke, ayah ke, walid, babah, papa, popo, tak kesah lah semua tu, tapi aku tahu kita sebagai anak, yang sukar sangat nak ucap sayang dekat ayah sendiri, maybe sebab malu, tapi jauh dalam sudut hati, ucapan tu dah berjuta juta kali terucap. :)

2 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?:

Leeyana said... [Reply]

selamat hari lahir abah ipa!
eh. kau adik aku kan? kire abah kau = abah aku?
eh dah melalut. ngeee

falia shazana said... [Reply]

happy befday jugak abah! hehehe...