Saturday, April 21, 2012

PTPTN. You buat I merana!

Assalamualaikum

Demonstrasi ptptn dah lame berlalu. Takde lah lame sangat actually. Saje nak kasi effect retro. mueh mueh mueh. Anyway, dari apa yang aku perhatikan, bahang dari demonstrasi tu bolehlah tahan punya panas. Mungkin bisa buat  orang atas panas punggung, tak senang duduk. And, mungkin sama keadaanya bagi student yang berpeluh peluh nak bayar balik hutang tu. Hoi Hoi Hoi. <--------- Tak tahu kenapa hoi hoi hoi

Aku bukan ptptn holder. Mungkin sesetengah akan fikir.
Eh, eh  kau nak sibuk sibuk ni apasal?

Akn ku jawab :
Suka hati i laaaaa
Yang you tak puas hati ni kenapa haaa

*Sambil buat kening ziana zain.

Okay. Jujur aku cakap. Kalau nak fikir fikirkan balek, kalau aku tak care pon okay. Sebab aku bukan pinjam pt pon. Buat apa nak sibuk sibuk peningkan kepala. Makan abc sambil tengok tv lagi best.  Kan kan kan?

Tapi, aku ada adik yang pinjam pt, kawan kawan yang pinjam pt, and mungkin satu hari nanti aku keje dekat ptptn? Tapi, memang macam tak lah kan. Luar bidang sangat dah tu. Or mybe aku takot, jiran sebelah rumah aku datang serang:

Oi  semah, kau keja kat pt kan? Ni aku nak tanya ni. Asal hutang anak aku bertambah jadi billion billion sen ni haa?

Bedah oi. I tak salah bedah oi. I tak salah. I datang keje pukul 8 balik keje pukul 5. Cukup bulan i amek gaji. Gaji i pun tak cukup nak bayar pt anak i ney bedah oi. Jangan lah buat i macam ni. Kite senasiiiib bedah oii.

--------------------------------------------------------------------------------------------------Okay, back to reality.-------------------------------------

Honestly, aku bangga dengan orang yang berdemo. Yelah, at least mereka tu berani luahkan rasa hati. Dari kita ni haaa, yang tak puas hati tapi dok cakap cakap belakang. Or carut carut belakang. Haa. Terasa? KEH KEH KEH.

Tapi, berdemo of course lah kena ada adabnya. Jangan sampai TERletakkan taraf kita di tempat yang rendah. Aku cakap TER sebab kadang kadang kita tak sedar. And, tak payah la kot nak masukkan unsur unsur politik dalam demo. Mungkin mereka ada agenda. Yelah. Mana ada orang buat keje freee kat dunia ni bedah oi. Dan agenda tu kadang kadang akhirnya buat kita tersepit.

Ibaratnya, macam roti telur yang sepatutnya ada telur dan roti SAHAJA tapi tiba tiba ada  bulu tangan terselit. Bulu tangan tu mungkin tak nampak pada awalnya. Tapi bila saat dah hampir habes makan, haaaa. Nak menangis you bila nampak. And, tahukah kau bulu tangan yang sehelai tu akan beri impak yang besar kepada kita? Kalau aku YA. Sebab sampai sekarang aku tak pergi makan mamak dah. I taubat yoouuu. T____T

Hm Hm Hm.

Aku tak tahu real situation orang yang dah kerja tapi still kena bayar hutang ptptn. Mybe orang orang terdekat aku belum lagi kot. So, memang ilmu aku pasal ptptn ni sangat low. Cuma apa yang aku tahu, jumlahnye boleh tahan banyak.  Bukan sikit mak jemah oi. Kalau di darab bahagi kan mungkin boleh buat kenduri kawen + honeymoon dekat bali. 
See, dapat bini siap dapat cuti bersama lagi. Hoi hoi hoi lagi sekali.

So, Aku turut bersimpati dengan kawan kawan yang terpaksa bayar hutang ptptn. Dah la kerja pon sekarang ni susah nak dapat. Nak bayar hutang lagi. Tapi, nak tak nak itulah dunia. Dunia yang penuh dengan kebocoran.


Tapi bila kita selidik balik kehidupan sebagai student, kita pon ada salah. Aku cakap diri aku sendiri lah. Aku dapat scholar. Waktu scholar masuk, mak ai. Joli katak youu. Kalah katak. Bila saaat hujung sem, barulah kesedaran tu timbul. Mana lah duit i pergi tak kembali lagi. Menangis air mata susu pun tiada guna. Time tu, mulalah start buat kira kira. Kalau lah aku tak guna sekian sekian, skang aku dah boleh dapat sekian sekian. Then simpan sikit lagi, HAH lepas buat kawen. Tapi tu semua harapan palsu. Realitinya duit dalam akaun hanya cukup untuk tak bagi aku kebuluran. Dan aku still bersyukur. Alhamdulillah sempat sedar sebelum kebulur. Hihihihi.


So, selidik sendiri lah salah kita. Ptptn dah kate, dia akan convert ke scholar kalau grad with dean kan? So, kenapa tak grab peluang tu? Aku tahu memang susah. Sebab aku pun tak dapat nak grad dengan first class degree. Tapi aku nak tanya koraang. *Sambil tenung tajam*. Ada tak kau, ye kau. Cuba tanamkan azam untuk dapat first class supaya nanti tak payah nak susahkan diri sendiri, susahkan mak bapak, nak bayar hutang.  Ada tak? Kalau ada. Okay. Tahniah. Kalau tak. Sendiri faham.


Kalau lah sekarang, dia kata dia akan convertkan scholar if dapat dekan pon ramai macam buat dono jee. Cuba bayangkan, kalau ptptn kata. "Okay. Ambik lah duit ni ambik lah. Tak payah bayar. Freeeeee. " Agak agak nya apa yang berlaku? Mungkin sesetengah akan rasa bersyukur dan terus belajar betul betul tapi golongan kita ni? Golongan yang malas ni? Agak  agak macam tu ke? Sendiri faham kan? :)

Tak siapa akan dapat ubah nasib kita kalau bukan diri kita sendiri.
Thx for reading.
Assalamualaikum

0 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?: