Tuesday, June 7, 2011

Carutan yang dimestikan

assalamualaikum.

Jom terus baca. 
Carut. Maksud carut yang sebenar aku sendiri pon kurang pasti. Dan kategori kategori carutan pon aku kurang tahu. Kalau buat test pasal carutan, aku rasa susah untuk aku A. Susahnya sama macam nak kasi A jawab final exam untuk paper Fermentation. tehee. Bukan bermaksud aku perempuan melayu yang free 100% dari carutan. Pernah lah sekali sekala. Sebab aku pon manusia.  Tapi takde lah aku buat jadi macam rutin harian kan. Sebab aku rasa mencarut ni buruk dan menampakkan kelemahan diri sendiri selain dapat menggelapkan hati. Bila hati dah gelap, semua benda pon jadi susah kan. :)

Tapi, carutan ni dah jadi habit rakyat Malaysia. Dan khususnya kaum Melayu. Kaum aku tuh. Oh. Aku tak kata kaum lain tak mencarut. Tak. Tapi, aku tak tahu bila diorang mencarut. Bukan kau faham pon dia cakap ape. Kena kat batang hidung sendiri pon kita tak dapat notice unless ko amek Kelas Mandarin dan Tamil -.-

Kalau nak compare kan antara dua jantina, lelaki dan perempuan, kaum lelaki memang juara bab bab mencarut neyh. Tapi kalau ikot purata, aku tak berani jamin. Sebabnya simple. Satu, kaum perempuan dah ramai yang mencarut. Dua. Kaum perempuan lebih ramai dari lelaki. So, bila keadaan macam ni, mungkin purata kaum perempuan mencarut lebih tinggi dari kaum lelaki. Ah. Boleh masuk Malaysia's Book Of Records macam neh. 


Setuju tak kalau aku cakap, mencarut ni boleh buat kita ketagih? Once kita dah mencarut, esok lusa kita rasa nak mencarut jugak. Lame lame jadi habit. Waktu bercakap pon mencarut, waktu jatuh barang pon mencarut, waktu bergurau bersenda pon nak mencarut. Waktu drive pon nak mencarut. 
Nanti, waktu nak angkat nikah, kalau tak pass sekali, ko mencarutlah kat tok kadi tuh. Barulah style kan.! 
Kalau yang perempuan pulak, ko mencarutlah waktu nak bersalin tuh. Waktu teran teran nak kasi baby keluar. Barulah senang nak deliver baby kan. -.-
Aku tabik orang Melayu kita ni, prihatin orangnya. Rajin memberi nasihat. Saat si Adinda Evans buat hal, ramai yang datang menjengah. Tak penat penat jari bagi nasihat. Tapi kalau aku jad adinda evans tu, aku pon tak lembut hati nak berubah. Tengok cara lu nasihatlah der. Sama je lelaki ke perempuan. Kau carut dia macam macam, lepas tu ko expect dia nak berubah? HAHAHA. Memang tak lah kan. Kadang kadang aku rasa ape yang ko taip tu dah melampau. Sampai nak rasa rasa plak. Kang dia offer betol betol kang. Kalau kau terima, kau same jelah kan. Kalau yang perempuan pulak, kau caci dia macam macam. Kadang kadang sampai aku tak paham ape makian tu. Kau tulis macam tu, kau fikirlah orang pandang kau ape.  Mungkin bawah sikit je dari adinda evans tu. 

Lelaki tak suka perempuan yang mencarut, tapi perempuan suka ke lelaki yang mencarut? So, aku nasihatkan, sape sape yang belum kahwin tu, slow slow kan lah aktiviti mecarut anda. Nanti dah dapat baby, takkan still di takuk yang lame kot? Jangan berlawan carut dengan bini sudahlah. Nauzubillah. Yang perempuan lagi kesian. Kalau nampak si cantik mencarut, orang akan cakap :
" Nampak je cantik, tapi..........."
Kalau yang kurang cantik lagi kesian, 
" Hm. Muka dah lah tak cantik, perangai........... Memang padan lah dengan muka tu"
Tak kesah lah laki ke perempuan. Sape mencarut, tetap nampak buruk. Cuma, tahap buruk seseorang mungkin tampak berbeza disebabkan tahap carutan yang berbeza.U got me? Em. Lagi satu, aku tak kata kau si pencarut ni totally buruk. Bukan okay! Cuma dia bagi first impression yang buruk. Bak kata orang, first impression sangat penting. 
Jangan sampai depan bakal mak mertua kau TERcarut sudah. Sebab aku pernah nampak okay! :)
Sape sape yang jenis carut melatah tu, aku tak tau ape ubatnya. Aku bayangkan macam cancer. Kalau kita biar, dia akan melarat. Memang kita tak sengaja. Tapi kita patut cari jalan penyelesaian kan. :) Mungkin korang patut try tukar latahan korang jadi 'Allahuakbar' ke, 'Subhanallah' ke. Alah bisa, tegal biasa kan. :) Lama lama, InsyaAllah, semua tu akan hilang.  Aku pon insan biasa.  Tapi, tak salah kan kita saling ingat mengingati. Ingatan untuk diri sendiri juga. :) Nak cakap pasal ilmu agama, ilmu aku tak tinggi mane, cetek saja. Jadi, pendapat aku jelah yang dapat aku kongsi

Janganlah kita terkejar kejar kan yang sempurna andai diri belum cukup sempurna. Peace :)

0 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?: