Saturday, July 23, 2011

Ini bukan entry keputusan perlawanan bola.

Assalamualaikum.

Kabare wak? Paham tak? Aku hentam je neyh. 
Sedang aku pegang bekas parut jerawat yang bikin aku didih, jantung aku tiba tiba berhenti sekejap bila dengar suara jerit GOOOLLL!!! Mak aih, kuat nak mampus. Bak kate orang zaman sekarang, kalau taik telinga penuh sekalipun, tetap boleh tembus. Tapi takpe, kita tinggalkan kisah tahik telinga dan adik aku ye. 

Uh. Sekarang Harimau tengah test power kot. Mule mule lawan dengan kolam hati, lepas tu lawan dengan pokok sena, lawan ceksi lah, dengan singa pon lawan. Memang nak test power. Dan dengan kurang bangga nya aku nak cakap, satu habuk pun aku tak tengok. 


"Kau neyh memang boleh buang kerakyatan. Lempar dekat tepi sawah bendang tanam hidup hidup pon takpe. Dahlah scholarship mintak sedekah dengan kerajaan, mak bapak pulak kuli kerajaan, tapi hati tak pernah lekat dengan kerajaan. Ish ish ish" - Kata kata yang terbit dengan ikhlas dari hati aku.


Tapi kejap, ada sebab nape aku tak tengok bola. 

#1 Aku takot kalau aku tengok, tibi rumah aku akan pecah. Biaselah, emosi terlebih.
#2 Aku selalu tanya adik, "eyh no 8 tu sape? yang 9 tu? Penjaga gol die sape? Rooney tu sume oarng sebut   sebut tu ke? Yang mana satu die? " Tapi satu pon adik aku tak jawab. Siap halau lagi. Touching taw!
#3 Tak sampai 5 saat gol, dah ade orang buat status gol dekat fb. Macam orang lain takde tibi je dekat rumah. *Agaknya sapa paling up to date paling gojes kot.*
#4 Perlawanan belum habes, dah ade orang buat entry. Jangan main main. Bukan sebarang manusia. Juruanalisa bola tak bertauliah kau!
#5 Dosa aku bertambah berguni guni dalam masa 90 minit perlawanan gara gara menghentam pemain yang kakinya tak bedung masa kecik kecik. 
#6 Aku tak minat bola. -.-' 


Tapi, walaupun aku tak tengok bola,

#1 Aku tetap tahu bila Malaysia lawan, lawan siapa, dekat mana, dan yang paling penting keputusan perlawanan. *keh keh keh*
#2 Tiap kali dengar adik aku gol, aku steady tepuk tangan dari dalam bilik. 3 4 kali je pun. Tu pun slow slow takot mak aku ingat aku gila meroyan sorang sorang. 
#3 Aku selalu doa Harimau menang sebab yang geng lain tuh set set minum arak. Mulut busuk. 


So, lepas korang baca ni, perlu ke kerakyatan aku dibuang? Tak kan? Haa. Aku ni kalau nyanyi lagu negaraku tak pernah tak berdiri straight taw.! :)

Tapak tangan : Title entry aku tah pape kan? Biase lah. Aku memang slow bab tajuk neyh. :)

thx for reading,
Assalamualaikum

11 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?:

Najlaa 'Aqilah said... [Reply]

kita tak minat bola jugak. tapi minat harimau malaya. hehe

cik ifah said... [Reply]

ehehehe. Tulah. minat memang minat. Tapi, haish. Nak tengok tuh sungguh beremosi. ehehe

LeeyanaTheKim said... [Reply]

aku tak kira apa alasan ko, aku tetap nak buang ko p jauh2. shuh shuh.

little girl said... [Reply]

eyh yeke tak suke..bkn ke kite same2 kena kawad time form 4 sbb tngok fifa..kah3..

cik ifah said... [Reply]

cik liyan : baiklaaah. sob sob sob :(

cik ifah said... [Reply]

Zetty : yelaah. bukan aku terpaksa teman kau ke? Aku masuk terus tido kot. Dah habes je, ade orang gerak. Sambung tido balik dalam bilik. kah kah kah

TisuMedia said... [Reply]

xtengok bola , xbermakna xsayang Malaysia kan ? hehehe

cik ifah said... [Reply]

@TisuMedia : haa. tulah pasal kan?
baek tak tengok bola dari terima rasuah bola. keh keh

little girl said... [Reply]

kah3..alasan..alasan..

fadhdeela said... [Reply]

alasan yg bole diterima..hihi tp try la tgk malaysia lawan singapore nie! best tau tgk bola :)

Singgah sini: Selipartoilet!!

asnizaziz said... [Reply]

x minat bola..xde motif atau sebab2 tertentu nak tgk bola..haha