Tuesday, May 10, 2011

hari pertama - mesti jadi rajen okeh!

9 mei 2011:

1. 5.45am. bangun pagi gosok gigi mandi pagi. semangat semangat. hari pertama praktikal neyh! di UMP ye kawan kawan :)

2. bertolak : 7.10 pg. sampai : 7.45pg. (puntual kan. kan. kan.)

3.abah kate: selamat tinggal. sila uruskan sendiri. abah nak pegi keje. 
diri sendiri: baek! (dengan sangat yakin mampu buat sendiri dengan lancar)
tapi last last sesat dalam bangunan UMP tu yang seakan akan sama -.- 

4. geledah satu bangunan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli untuk cari : En. Shaiful Zaidi bin Mat Desa. panjat tangga. turun tangga. tak jumpa jumpa jugak. dah habes tanya orang dah. tanya makcik cleaner lah. tanye abang yang tengah angkat barang lah. tanya orang tengah jalan lah. aiisyh.

5. tahan abang berbaju baju UMP.
diri sendiri: "emm. tumpang tanya. kami nak cari bilik En..........". 
abang berbaju biru UMP:  "oooh.....emmmm"
diri sendiri: "eyh. aaa.jumpe da..."(tiba tiba nampak nama En tersebut dekat dinding. siap dengan no bilik lagi)
abang berbaju biru UMP: "-.-"

6. bergegas ke bilik En tersebut dengan cik wawa. ketuk ketuk. bagi salam. senyap je. so, kitorang tunggu jelah. jalan kiri. jalan kanan. duduk kat tangga. bangun balik. ngumpat sana. ngumpat sini. alah. tak datang datang. dah sejam dah ni. tak boleh jadi neyh. 

7. nampak satu bilik lecturer terbukak. so, pegi ketuk bilik lecturer tersebut, En. A.

diri sendiri: "salam. emm tumpang tanya. Kami nak cari En........"
En. A: " ooo... dia tak masuk lagi kot. tak try kol dia?"
wawa : "kami tak ada no dia. kami nak daftar buat praktikal. En.... da bagi confirmation ekot email, then suruh daftar hari ni.....bla bla bla bla."
En. A: " ooo. ekot email tu pon dah oke. kira dah lulus dah. print je. then bagi dekat unit LI"
wawa dan diri sendiri: "unnnniiiitttt LI? eemmmm. kat mane ye"
En. A: "ala.. yang dekat JT....takkan tak tahu. kamu kelas ape?(apetah. aku pon tak engat dia sebut ape)
wawa dan diri sendiri: pending--------------------(lame jugak kami pending)
diri sendiri: " emm. kami bukan student UMP. kami student UPM." (sambil tersengih)
wawa: "aa terbalik sikit je. UPM UMP"
En. A: -.- (sambil tersengih) " padan la. nah amek no neyh.... 013-XXXXXXX. kan senang"

8. tak dan kuar dari bilik EN. A, terus dail no En. Shaiful. "emmm terima kasih ye En. A" sambil phone berbunyi tet.tet.tettt.........

En. S: "assamualaikum.. yee?"
diri sendiri: "waalaikumussalam. En. Shaiful ke ni? eemmm saya student UPM yang nak daftar praktikal hari ni"
En. S: "ooh. ya. ya. emmm hari ni ke? yeh?"
diri sendiri: sambil pandang wawa "-.-. ye. hari ni (sambil senyum paksa)
En. S: "awak kat mana?"
diri sendiri: "emm depan pintu en. Shaiful :) "
En. S: "okeh okeh. saya kat luar ney. kejap ye. tunggu kat situ"

dan bermulalah episod kami berpraktikal. untuk yang seterusnya... tengok lah gambar kat bawah. penat dah tulis. hehehe :)

hehehe malus :)

tengok. kemaskan. cantik kan.
kami la tu yang kemas. :)
abaikan plastik hitam besar neyh. 

kami guna sangat sangat sangat banyak. hehehehe
agak agaknya satu botol ni cukup untuk dua hari je kalau kitorang guna :)

nilah cik wawa

emm. sekian sahaja. mata dah ngantuk. salam. :)
maybe mungkin ada antara dialog tuh yang aku pakai tambah + edit sendiri. tah. aku pon dah tak engat :)

0 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?: