Monday, June 6, 2011

Aku dan kucing - musuh gelap

assalamualaikum semua.


Cat atau dalam bahasa melayunya si kucing. Makhluk Allah yang seekor neyh sangatlah comel dan mampu membuatkan seseorang berhabis ribuan ringgit semata mata untuk si comel neyh. Nak nak yang bulu putih lebat dan bermata biru tu. Ye dak? Hmm. 
Kucing dan manusia ni boleh di ibaratkan macam sepasang suami isteri. 
OMG SUAMI ISTERI? Gila ke hape aku neyh? Sape. SAPE. yang rela kawen ngan kucing? Aku rasa cuma sorang je. Yang pernah keluar Harian Metro dulu tuh. Apetah name dia. Okay. Back to the topic. Kenapa aku cakap kucing dan manusia ni ibarat suami isteri? Sebabnya senang je. Sebab kucing ni suka tidur dengan tuan dia. Kalau waktu kita nak tidur, sebok jelah dia nak naek sekali. Ha. Takke suami isteri namanya tu. So, sape sape yang lepas ni cakap kucing dan manusia tu ibarat kawan karib salah ye. Ade ke orang bawak kawan karib dia tidur sekali? Kalau same jantina oke lah jugak kan. Kalau laen? Ha. Terlebih karib namanya tuh. :)


Dan. Aku rasa ramai kat dunia ni yang jadikan kucing sebagai pets diorang. So, kirenye kucing ni artis lah kan kalau nak compare dengan haiwan- haiwan yang lain kan. Bravo. Bravo. :) Member-member aku ramai sangat yang cat lover. Aku? Kah.Kah.Kah. Gelak dulu. Kalau orang lain nampak kucing, diorang akan datang usap usap kepala kucing tu sambil cakap 
" Aloolololo, comelnye musyuk masyam ni". 
Tapi aku, bila nampak je kucing ade dalam kawasan 5m dari tempat aku berdiri, aku akan secara automatiknya berhenti jalan dan berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negara ku. Dan biasanya ayat mcam ni akan keluar dari mulut aku yang comel neyh:
"Ala. Kucing. AAAaaaaaaa."
Mesti korang pelikkan. Tapi kawan kawan aku, kekasih kekasih gelap aku, family aku dah biasa dah nampak situasi macam ni. Diorang dah cukup paham dah. Kalau makan dekat foodcourt tu, memang dah biasa aku makan sambil duduk bersila atas kerusi tuh. Gangster kan.? Ha. Lantak. Janji aku tak terganggu emosi sebab binatang berbulu tuh.  Dan disebabkan kucing jugak, dah banyak perkara perkara yang memalukan aku yang tersedia pemalu neyh. Agh!. Sampai hati ko kucing. -.- 

Pernah je satu ketika tuh, waktu pegi kenduri kawen, aku rasa ade benda berbulu menyendeng2 kat kaki aku. Ape lagi, terus aku terloncat bangun dari kerusi tuh dengan mulut yang penuh dan tangan yang bersaki bakikan nasik. Mujur je nasik tak tersembur keluar. Jatuh saham aku waktu tu beb. Pakcik makcik, abang kakak semua dok pandang bila dengar aku jerit. Peak hour plak tuh. Tau tau jelah cane keadaan kenduri kawen waktu peak hour kan.  Aku dapat rasa pakcik makcik yang sebelum tuh usha usha aku nak buat menantu terus batalkan niat diorang lepas tengok ketidak senonohan aku yang bagi aku equal to tragedi berdarah. Tssk. 

Kadang kadang, disebabkan aura binatang berbulu neyh terlalu kuat, imaginasi aku sangatlah tinggi dan tahap ketakukan aku mencapai maksimum yang mungkin. Kalau waktu tengah makan tuh, ade rasa pergerakan dekat kaki je aku dah start jerit dan terjentak. Terjentak tu ape? Hmm. Kaki aku bergerak dengan lajunya sambil kepala aku tengok bawah meja. Last last sekali geselan yang tak berapa manja tu datangnya dari kaki kawan aku. Apekah? -.- 
aku dah cakap, kucing neyh GANAS - ilusi 

Dan disebabkan kelemahan aku ni, encik kesayangan aku selalu buli aku waktu keluar makan sama. Kitorang biasa makan kat luar. Tak main lah makan kat foodcourt je kan. hahahaha. Dia tuh sangat berbeza dengan aku. Kalau aku si penakot kucing, dia si penyayang kucing. Segala jenis kucing semua dia nak pegang. Biasalah, kalau makan kat luar, mesti banyak kucing kan. Aku makan kat restoran atau kedai kedai biase je. Bukanlah kat hotel 5 bintang pon. So, normal lah kalau ade kucing kan. Dan. Bila ada kucing, hati aku akan jadi tak senang. Sebab aku tau, tak lame lagi mesti ade something yang tak kena. Tak sampai panas punggung duduk, datanglah si binatang berbulu ni terkedek kedek dekat meja kitorang. Dia akan datang menyendeng dekat encik kesayangan aku. Pusing pusing meja. Aku ape lagi, aku akan terus angkat kaki, lantaklah orang nak tengok pon janji aku tak memalukan diri aku terjerit jerit nanti. 

Spesis apelah aku nih, Takot kat haiwan comel macam ni.

Kucing ni pandai tau. Dia macam tahu je aku takot dia, so, dia akan datang dekat dengan kerusi aku. Landing pulak kat situ sambil buat muka comel. -.- Time tuh, aku dah rasa lain macam. Badan aku rasa panas, tapi tangan aku sejuk. Dada aku berdebar debar dengan kencang. Sebab aku takot. Aku rasa macam dia akan lompat atas riba aku bila bila masa je. Lain pulak dengan encik kesayangan. Dia makin suka bila tengok aku macam tuh. Maybe sebab aku nampak macam badut sarkas kot terkebil kebil takot kat kucing. Ada satu part tuh, bila keadaan dah nampak macam selamat jeee, aku turunkan kaki. Lenguh beb duduk bersila lama lama. Dan dan je landingkan kaki, ada macam benda jalan atas kaki aku. Terjentak lagi aku. Tapi aku tengok muka encik kesayangan aku rilek je. Aku dah dapat detect  dah. Semua tuh keje dia. Ada ke patut guna selipar baling kat kaki aku? 

Time tuh, aku rasa nak je selingkupkan mangkuk tomyam yang berasap asap lagi atas kepala dia. Gangster kan. :) Tapi aku tak buat lah. Kang tak pasal pasal ade orang tidur kat tepi jalan malam - malam sebab tak dapat balik kolej.  
Kadang kadang, aku rela tak beli kuih makcik dekat blok kerana kehadiran seekor kucing. Apekah? -.-

Bila nak mandi lagi satu hal. Time aku nak mandi ni la diorang rajin la nak follow. Sebok betul. Bunyi meaw. meaw. Aku nak mandi pon tak senang. Selalu je aku bayangkan, yang kucing ni akan masuk dalam toilet dan pastu masuk dalam shower ekot bawah pintu. (Pintu toilet K2 ney terbukak kat bawah dan atas.) Kalau lah jadi camtu, aku tak tahulah ape akan jadi. Mau sawan aku sebab kucing sekor ni. Tapi, setakat neyh, tak ada lagi kes kucing masuk shower waktu orang mandi. 
Sebab kucing tak gila **** kot.
 Kah.kah.kah.


Friday, June 3, 2011

derita si pejalan kaki

RBC: rogol bunuh cabul rogol bunuh cabul. bukan RED BLOOD CELL. 3 perkataan yang perempuan sangat fobia termasuk aku. sebab aku pon perempuan jugak bukan jantan. :) tapi, bila selalu dengar perkataan ni, aku rasa nak tukar jantina pulak. ha, biar aku pulak yang RBC kau, wahai si pe-RBC! (er. taknak lah. aku geli. yekk!) okay. cakap pasal RBC ni, kes - kes RBC ni biasanya terjadi kepada si kaum hawa. tak kesah lah umur berapa sekalipun, nenek tua pon diorang sapu janji puas. tak ke spesis orang utan geng pe-RBC tuh! dan target utama mereka adalah spesis si pejalan kaki. dan aku adalah salah satu koloni si pejalan kaki. ini bermakna, aku adalah salah satu dari target mereka. erk! -.- okay, ramai- ramai jom baca: "Ya. Allah ya tuhanku, lindungilah iffah nabilah dari segala ancaman spesis orang utan ni." amin. 

Ye. aku si pejalan kaki. Tapi pejalan kaki dekat UMP jelah. so, aku agak selamat lah kan. :) hehe. tapi ada satu masalah lain yang timbul. Apekah? Okay. Mari datang dekat-dekat, aku nak share. Walaupun aku berjalan kaki selama hanya 15 minit untuk pergi ke tempat kerja, aku sentiasa dibuli sepanjang masa tersebut. Dan hampir tiap-tiap hari aku kena. Boleh sakit mental aku macam ni. Okay, aku bagi satu situasi ye. 

Situasinya begini: 

Satu hari after pukul 5pm, aku pon keluar dari lab (tempat kerja). Balik macam biasa, jalan dengan girang sambil nyanyi nyanyi dalam hati, sebab suara tak sedap. hehe. Masa on the way nak balik, aku kena lintas banyak jalan. (sebab UMP ni banyak simpang -.-) So, aku lintas lah dengan berhemahnya. Maksudnya, bila nampak takde kereta baru aku lintas sebab aku faham dan cukup sedar akan kekuatan badanku yang cukup kerdil berbanding kekuatan makhluk bekulit besi tu. Walaupun anak makhluk besi, (kancil nama dia, selalu aku jumpa warna oren muda) dan aku lebih tinggi dari dia, aku akan tetap kemek kepala kalau bersondol dengan dia. Aku tak tahu lah dia makan ape sampai kuat sangat. Okay, Back to the story. Sampai satu simpang, aku nampak ada sebuah makhluk besi berwarna putih sedang menuju betul betul ke arah aku. So, demi keselamatan, aku nak kasi la dia jalan dulu. Aku pon berhenti dekat simpang tuh betul betul dekat zebra cross. Tunggu punya tunggu, aku nampak makhluk tu pusing masuk simpang kanan. Apekah???? Macam mana dia boleh ade lesen memandu neyh? Sapekah pegawai JPJ yang uji dia waktu amek lesen neyh? Bagi signal pon tak reti ke? grrr. Korang rasa tak ape aku rasa? Aku terasa seperti diperbodohkan. Penat je tunggu.

Dengan perasaan kecewa, aku pon lintas lah jalan tu, sambung balik perjalanan yang berbaki 10 minit lagi. Turun tangga, kena lintas jalan balik. Pandang kanan, pandang kiri, okay! takde kereta, aku nak jalan dah. Tiba tiba aku ingat pesan nyayiee aku, 
 " kalau nak lintas jalan, kena pandangn kanan, pandang kiri, pandang kanan balik, baru lintas" 
(nyayiee tu = nenek, biaselah, orang johor banyak panggil nyayie, jawalah katekan) 
So, aku pon pandanglah kanan. Ops. Ada kereta lah! Honda civic kaler grey. Nasib baik aku ekot cakap nenek aku, kalau tak mungkin aku tak boleh post entry neyh. T__T. Kereta tu laju gilerr sioot! (sioot aku gunakan untuk menunjukkan kereta tersebut sangat lah lajunye.) Saat kereta tu lintas betul-betul depan aku, aku senyum bagi menunjukkan aku seorang pejalan kaki yang berhemah walaupun aku tahu si pemandu takkan pandang aku, si pejalan kaki ni. Tapi, korang tahu apa yang dia balas? Debu debu dan daun kering yang bersebah atas jalan tu, dia bagi aku sebagai hadiah. Saat tuh, aku rasa muka aku bertukar macam Shrek. Hidung kembang dengan mulut yang besar. Apa salah aku? Makin aku benci makhluk besi tu. Tak kesah lah warna ape, badan tuff macam mane pon. Aku benci selagi aku bergelar si pejalan kaki.

Tu tak masuk lagi yang bawak kereta macam pelesit lepas tu sebok nak dekat dekat. Buat gugur jantung aku je. Aku tahulah jalan UMP ni luas, 3 trak boleh jalan serentak, tapi bagi lah ruang sikit kat aku yang kecik neyh. Aku kecik je, bukan besar pon. Nak jugak jalan dekat dekat. ._. Kalau jalan sekali sama laju dengan aku takpelah jugak. Boleh lah buat teman jalan. Siap main hon hon lagi. Bagi aku kasi hon tu dah tahap menganjing dah tuh. Aku tahu aku takde hon, tapi aku still boleh buat okay! Cuma mungkin tak sekuat hon kau, sebab aku hon ekot belakang je. Kadang kadang takde bunyi langsung. Do u got me? *laugh*


Dan pernah jugak satu hari, saat aku nak pegi kerja, dalam pukul 7.55am macam tu. Ada satu kereta kancil laju je lintas tepi aku, tiba tiba dia berhenti dekat simpang depan sebelum parking antara lab aku dengan lab kejuruteaan awam. Kereta dia tinted gelap tapi still boleh nampak pemandu dia. Yang aku pasti, lelaki. Tapi, tak penah la pulak aku nampak kereta tu sebelum ni. Sebab  tempat tu, staf je yang boleh masuk. Aku rasa pelik bin hairan. Apa motif dia berhenti kat situ? Nak kate parking tak jugak. Parking depan sket. Nak kate nak buang air mengejut tak jugak. Kat situ sangat open dan takde pokok. Hmm. So, aku dengan hati yang berdebar debar dan cemas teruskan jugak perjalanan. Sebab kalau tak, aku tak dapat pegi keje. Tulah satu satunye jalan nak pegi lab. Aku jalan laju laju. Langkah besar besar dengan kain baju kurung yang sempit. Sampai betul betul dekat tepi kereta dia, tiba- tiba, tingkap kereta diturunkan. Slow je. Aku pandang tepat ke arah tingkap tu. Nampak wajah seorang lelaki yang tak pernah aku nampak. Dia sengih kat aku. Aku tambah cemas.  
Apekah? Spray lada takde lah pulak dalam bag. AGh.! 
Aku terus pandang dia. Bukan ape, kalau dia bukak pintu kereta, aku dah nekad. Aku akan pecut dengan baju kurung ni sambil memegan laptop yang berat di sisi tangan kananku. Tiba tiba dia gelak kuat kuat dan tangan kanan dia bergerak. Aku dah ready nak pecut. Then:

Aku nampak phone dekat tangan kanan. Apekah? -.- 

Argh. aku terasa dibuli oleh perasaan sendiri. Maaflah encik, saya berprasangka buruk sekejap. Teruskanlah bercakap dan saya nasihatkan pakcik park kereta dekat depan tu agar takde orang spesis macam saya ni akan salah anggap. Doakan saya pulang hari ni dengan selamat  tanpa dibuli oleh makhluk besi lagi ye encik. 
Sambil bermonolog, aku teruskan sisa sisa perjalanan dengan degupan jantung yang makin turun kencangannya. 

Sekian. Thx for reading :)

P/s: Korang tau tak kat mana nak beli spray lada tu? Tiba tiba aku rasa nak beli. hehe

tekan dan shoot! haha. comel kan. :) sape nak volunteer? anyone?

Thursday, June 2, 2011

korang sweet sangat ke??? ._.

salam. hi peeps. :)
i just have one question. korang sweet tak? sweet??? oke fine ._. aku tak sweet. muke macam balang kaca yang berderai. so, ada hal? susahkan korang? tak kan. oke. kalau tak. jom. duduk diam diam. meyh aku sambung cerita.

aku suka  bukak facebook. hari hari aku akan bukak facebook. nak nak waktu kat ump neyh. bosan kan. so, ape lagi kalau bosan. bukak la facebooook. pagi bukak mata bukak facebook. after balik keje bukak lagi. malam nak tido, sebelum baca doa tido, bukak dulu. cuma kalau aku tertidur je aku tak bukak facebook. tak penah la pulak aku ngingau bukak facebook kan. hehe 

facebook ni bagus sebenarnya. banyak info yang akan kita dapat dalam masa yang seeekeeejapp. nak nak waktu final hari tu. adela pulak soalan bocor pasal SAK3002. hahaha. tak ke rugi orang yang takde facebook tu. haa. padan muke korang. hahaha. selain dari mendapatkan maklumat yang sugguh pantas, facebook jugak dapat membantu kita mengeratkan hubungan dengan yang tersayang ye adik adik. bukan mengeratkan hubungan dengan laki mahupun bini orang. -.- 


tapi ada satu benda yang sering kali buat aku panassss je tiap kali bukak facebook. bukan sebab aku nampak gambar encik kesayangan aku dengan perempuan yang cuuun. bukan bukan. bukan jugak sebab ex aku dapat makwe yang jauh lagi cun dan hot. yang ni paling aku tak kesah. ko nak dapat janda bergetah pun aku tak kesah sebab aku takde ex. (setakat nilah) hahahaha. tapi aku panas dan mendidih didih bila wujudnya page page yang aku rasa tak patut wujud dekat facebook tuh. grr. yes. memang takde kena mengena dengan aku, tapi selaku penggguna facebook ni aku rasa amat terganggu. menyampah dan tersampah.  


korang rasa patut ke wujudnya page " sweet couple" lah, page perempuan cun laki jambu lah, gadis manis laki masam lah. ntah ape ape lagi lah. serabut kepala otak aku tengok. ape motif tah. dah la page mengarut, hadiahnya pun alahai. hmm korang tengok lah sendiri. aku malas nak tulis. tapi sesuailah dengan tahap page tu. takkan nak dapat kete sebijik kan. hahaha. 


yang paling menyemakkan kepala otak aku tu page sweet couple tuh. ish. sweet sangat la tuh. dah terang lagi bersuluh nak terapkan budaya negatif kat anak anak muda kita yang negara islam neyh. ada gambar nak cium cium lagi. adakah mak ayah korang akan bangga anak dia masuk constest tu? er. facebook je pon. setakat dapat jadi profile pic page sebulan buat ape. tunjuk lah sweet korang tu satu dunia. :)


ha.. aku rasa lebih better kau letak buat profile pic masing masing. letak tak payah tuka tukar pon takpe. takde orang nak marah. 


okay! ni just pendapat aku. korang punya pendapat lain lain kan? so, tak payah banyak cerita. kita kena terima pendapat orang lain. :)


hah. aku letak gambar ni agak agak menag tak? -.-



psssst. pasal adinda evans tu, aku malas nak tulis. name dia pon da tengah naik. kalau letak nuffnang kat blog dy tuh, boleyh kalah cik epal. hehehe.