Friday, July 22, 2011

Sampai hati kau simbah aku.

Assalamualaikum


uh. lame rasenyee tak update belog. Tak payah cakap kenapa pon orang dah tahu. Haruslah malas kan. :) Part intro neyh yang paling malas. Same seperti saat form five dulu. Kalau buat karangan, setengah jam untuk intro sajee. Lepas intro siap, fuh ayat yang seterusnye macam air terjuun je keluar. *Maaf intro tiade kena mengena*


Hari ni baca paper. Haruslah Berita Harian kan. Walaupun orang label BH sebagai akhbar putar belit alam gara gara bersih, tapi at least tak selucaah Metro. Aku memang menyampah dengan Metro neyh. Kalau tak melucah, die sibuk nak bukak aib orang. Suami pondan lah. Nenek gersang laah. Ayat  nak high class je. -.-'

Eyh. Aku bukan nak bebel sal metro. Bukan. Bukan. Tadi, aku tersentap kejap bace paper. Lame lah jugak tersentapnyee.  Aku ingat benda alah ni dah ketinggalan zaman dah. Rupanya ade lagi. Bapak simbah anak lah, jiran simbah jiran lah. Memang gila! Serius aku rasa nak simbah balik asid kat muka penyimbah asid tuh.

Bagi aku, isu simbah asid neyh sangat serius. Mangsa tu memang tetap akan hidup. TAPI JIWA DIA MATI BEB! Kau simbah dekat muka. MUKA. Atau dalam bahasa inggerisnya, FACE. Bahasa arab nak jugak? Okay, dalam arabic kita sebut Wajhun ye adik adik. :) Muka tuh aset paling berharga. Kita kalau nak kawen pon, tengok jugak waktu merisik. Bukan ape, nanti salah orang pulaak. Ye daak??

Aku tak tahulah nape manusia ney kreatif sangat. Susah jugak kalau bijak bijak belaka neyh. Orang guna asid buat kerja kerja luntur cat, lunturkan kekotoran. Depa buat pi simbah atas muka orang. Kau nak tolong cuci bekas jerawat die ke wei?? Ke nak cuci bekas jeragat? Tapi maaflah sedara, cara kau yang kurang berpelajaran tu telah cucikan semua sel sel muka dia. -.-' Aku rasa jerawat pon takot nak hinggap dah. 

Aku paling tersentuh yang ayah dia simbah dekat anak perempuan dia tuh. Serius aku tersentuh. Walaupun ayah dia dah menyesal. Tapi, nasi dah jadi bubur wei. Bukan bubur dah ha. Dah basi dah pun. Kalau bubur  boleh makan lagi. Budak tuh mungkin belum kenal lagi bedak compact, mungkin jugak belum pernah calitkan lip balm lagi dekat bibir dia, apatah lagi pergi saloon buat facial seperti kebanyakan perempuan buat semata mata nak jaga muka. Tapi pakcik, selaku ayahnya telah rosakkan segalanya.

Kita mungkin nampak kesan luaran je. Tapi mangsa mangsa tuuh? Rasa sedih, rasa kecewa setiap kali pandang cermin kita tau? Tak kan? So, Kepada mereka yang pernah terlintas nak simbah asid, aku ada sedikit idea untuk kau melunaskan segala kemarahan kau. Tapi mungkin idea aku neyh kurang bernas sebab aku memang bengap bab bab nak kenekan orang neyh. :P

Apakata, kau simbah je air lebihan mop tuh.  Takpun tenggelamkan je dalam longkang. *jangan lame sangat, nanti mati pulak. Lagi berat
AMARAN: Mangsa mungkin alami sedikit kesan iritasi gara gara air kotor. 
Tapi don't worry. Mereka akan rujuk doktor. :)

Tindakan ketika marah adalah tindakan yang paling dikesali kerana itulah tindakan paling bodoh. Serius aku cakap. Kau akan menyesal lepas kau buat sesuatuu tuh. Dah pernah dengar dah kan kes anak menyesal sebab bunuh mak, suami menyesal sebab bunuh bini yang main kayu tiga.? Dah kan? 

So, jangan jadikan anda sebahagian dari mereka. :)

Ni lah bapak segala asid. 
Pencetus idea yang sangat BERNAS. 
Dulu kau tak belajar sains ke weyh? 

Tapak tangan : Sila jangan bagitahu  orang akulah dalang yang bagi idea kurang bernas tuuh yee :) 

Thx for reading.
Assalamualaikum

2 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?:

Maizatul said... [Reply]

Susah jugak kalau bijak bijak belaka
aku suke ayt kau nih :)
tulah seriau aku nk tego2 jiran ke. org lalu lalang ke. kang tak pasai2.
tapi ade gak kes org bukan simbah tapi sembur air liur.

cik ifah said... [Reply]

belum kes nak usha laki orang kan. hahaha.
mampus pulak kena sembur.
sembur air liur adek aku slalu buat kot. ciss, budak kecik memang gituuh