Monday, July 4, 2011

Si gadis berbaju kurung

Assalamualaikum.

Ah. Aku suka usha usha gadis pakai baju kurung. Cantik. Sopan. Ayu. Cukup lah tiga perkataan je kan. Cakap banyak banyak nampak macam les pulak. Tapi betul, bagi aku perempuan akan nampak sangat cantik saat dia berbaju kurung. Memang kalah lah saat pakai skirt ke, jeans ke, ntah benda alah pape lagi lah. Baju kurung jugak boleh buat saham kita naik depan mak mentua. Banyak lagi lah kebaikan baju kurung neyh. Tapi, kalau nak fikir fikir balik, kalau kita pandang kiri kanan depan dan belakang, makin kurang insan insan spesis aku pakai baju kurung UNLESS kau dekat kenduri kawen. Tapi pernah jugak aku nampak ade pakai jeans gi kenduri kawen. Sangat EROPAH okay! 

Aku actually kurang suka juga pakai baju kurung. Bukan sebab lupa asal usul. No no no. Aku tak pernah lupa. Cuma aku ada sebab tersendiri. Yelah, aku sedar. Rambut memang sedia hitam, makan pulak sambal belacan, tabur bedak lima puloh kati, tuka mata kaler biru laut pon nampak jugak melayunye. Tak gitu? :)


So, bawah ni adalah sebab sebab kenapa aku kurang suka berbaju kurung, nak nak sewaktu bergelar seorang student :)

1.  Selalu kena kejar bas saat nak pergi kelas pukul 8 pg. Mane boleh lari pakai baju kurung oii!! Aku dari kolej tu, kena turun tangga 2 tingkat, lepastu turun bukit pulak. Mak ai, kalau aku lari pakai baju kurung, memang sebijik macam seekor penyu lari pakai kaki penguin. -.- Pakcik bas pulak sibuk dok hon hon, takpun keluarkan kentut asap hitam. Cis!

2. Kain baju kurung yang sangat sempit buatkan aku nampak macam anak itik. Dan kadang kadang buatkan aku tertinggal di belakang keseorangan. Oh ye. Semua ni gara gara baju kurung aku yang kebanyakkannya kain dia jenis 'lipat batik' dan kain 'kipas belakang'. Memang seksa!

3. Hanya ada setengah jam je untuk bersiap. Ah. Nak iron baju kurung je dah makan masa 15 minit! Dan baju aku semua spesis kena iron. 

4. Pakai baju kurung sehari ibarat pakai baju untuk tiga hari. Kalau lima hari pakai baju kurung, tak ke mampus nak basuh baju? 

5. Tudung kena nak matching. Tak matching, memang nampak macam makcik nak pergi pasar beli ikan.

6. Nampak orang pakai baju sebijik waktu dalam bas. Cis! Memang aku sumbat terus baju tuh masuk luggage. Kalau boleh, dengan orang  orang tu sekali aku nak sumbat. 

7. Tak boleh main mix and match macam t shirt and blouse. 

8. Kaki kejang kesejukan akibat tak dapat duduk bersila time lecture.

9. Ruang angin keluar dan masuk yang kurang mencukupi. Aku rasa kalau pakai baju kelawar pergi kelas lagi best! 

10. Terpaksa berkelakuan ayu sepanjang hari. Tiada aksi tendang kaki orang dan sebagainya. :(

11. Snickers dan baju kurung? Oh. Tidak. Aku belum gila. :)

12. Kain selalu dipijak orang waktu naik bas. Ah. Yang ni memang aku fobia. Kalau tertanggal kain? OMG!

13. Boleh pakai tshirt lengan pendek dengan cardigan. *Part yang paling aku suka* Pakai tshirt tidur pon orang tak tahu kan. *Kah kah kah* Tapi, aku tak pernah try okay!

14. Bangla cair tengok gadis macam aku pakai baju kurung buat aku rasa nak muntah. Okay. Yang ni aku tipuu. :)

Em. aku pasti ada antara korang yang sama macam aku. Kita bukan tak suka kan? Kurang suka je. yelah, tengok keadaan lah. Tak delah aku tak pakai langsung kan. Adelah 5 6 kali dalam sebulan tuh. Kalau waktu hujung hujung sem, memang straight seminggu aku pakai. Sibuk nak present lah katekan. Hehe. 

Em. Ada lelaki yang complain perempuan sekarang ni bla bla bla, sekian dan sekian. Aku ada sesuatu nak beritahu dekat spesis spesis nih.
Aku, bukan rasa cun pakai blouse, bukan rasa hot pakai jeans dengan tshirt, bukan rasa up to date pakai cardigan je, tapi aku rasa selesa. Bagi aku, baju kurung sesuai untuk aktiviti yang kurang aktif. Means, memang tak sesuai untuk  aktiviti kejar kejar bas. Nak nak waktu hujan. Aku ni si pejalan kaki dan si penaik bas. Terselak dek angin lah, Macam macam. Dan aku rasa tak salah berseluar selagi tak melampau dari sudut berpakaian. Paham paham sendiri lah kan. :) So, yang duduk bising bising sangat kata tak memartabatkan baju kurung, tapi mereka golongan yang memakai seluar pon nampak boxer kaler kuning dan merah, baek kau pikir sepuluh kali sebelum sambung ayat kau tuh. Takpun, kau try pakai baju kurung sehari pergi kelas. Then, pergi lah kejar bas macam aku selalu buat bila ada kelas pukul 8 pg. OR, kau pakai baju melayu. tak yah samping pon tak pe. Jomlah sama sama memartabatkan. hehe. :) 

Tapak kaki : Aku pernah pergi pasar pakai baju kurung, pernah pergi mall pakai baju kurung, pernah jalan tepi pantai pakai baju kurung, dan pernah main badminton pakai baju kurung. :) Adakah aku kategori perempuan melayu separuh akhir? KAh kah kah.

And, aku rasa ramai jugak gadis gadis kat luar sana tu ada alasan mereka sendiri. Tapi, aku tak tahulah alasan aku sama tak dengan korang semua. Dan. aku memang salute dengan mereka yang sentiasa berbaju kurung. :) Korang memang cun, cantik dan ayu! Oh. dan tak lupa, aku bangga tiap kali pakai baju kurung pergi kelas. Rasa kemelayuan tuh sangat tinggi :)

Thx for reading. Assalamualaikum.

6 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?:

Rafidah Farhana said... [Reply]

Hahaah! Sama je kita.. Konon baju kurung nampak sopan tapi tak sopa jugak :P

Maizatul said... [Reply]

haha nice! weh ade je dak fak aku pakai baju kurung ngan sneakers! cun2.

Liyana said... [Reply]

cik pah. cool hape pakai sneakers ngan baju kurung. hahaha. len r kalo pka high top ke. tu baru betol gila. haha

cik ifah said... [Reply]

@liyan: hahaha. orang lain pakai memang cool. Aku tak. Snickers aku kaler ijau kotak terang kan. stokin pulak belang belang. Kasut kau xpe. putih cool :)

@cikkurekure : ehehe. ah ramai pulak cakap cun. adekah aku patot cube?? ehehe :)

@Rafidah ferhana: Aaa. sebab memang bukan jenis ayu nak buat cane. hehe :)

Liyana said... [Reply]

eheh.malula pulak u puji kasut putih i cool...hahaha. nati sem dpan aku try pakai kasut merah aku ngan baju kurung lak. kite tgok cane. haha

cik ifah said... [Reply]

@LeeyanaTheKim : kah kah kah. okay! we'll see. tapi, aku cukup bangga dah kalau kau pakai baju kurung. :)