Friday, June 3, 2011

derita si pejalan kaki

RBC: rogol bunuh cabul rogol bunuh cabul. bukan RED BLOOD CELL. 3 perkataan yang perempuan sangat fobia termasuk aku. sebab aku pon perempuan jugak bukan jantan. :) tapi, bila selalu dengar perkataan ni, aku rasa nak tukar jantina pulak. ha, biar aku pulak yang RBC kau, wahai si pe-RBC! (er. taknak lah. aku geli. yekk!) okay. cakap pasal RBC ni, kes - kes RBC ni biasanya terjadi kepada si kaum hawa. tak kesah lah umur berapa sekalipun, nenek tua pon diorang sapu janji puas. tak ke spesis orang utan geng pe-RBC tuh! dan target utama mereka adalah spesis si pejalan kaki. dan aku adalah salah satu koloni si pejalan kaki. ini bermakna, aku adalah salah satu dari target mereka. erk! -.- okay, ramai- ramai jom baca: "Ya. Allah ya tuhanku, lindungilah iffah nabilah dari segala ancaman spesis orang utan ni." amin. 

Ye. aku si pejalan kaki. Tapi pejalan kaki dekat UMP jelah. so, aku agak selamat lah kan. :) hehe. tapi ada satu masalah lain yang timbul. Apekah? Okay. Mari datang dekat-dekat, aku nak share. Walaupun aku berjalan kaki selama hanya 15 minit untuk pergi ke tempat kerja, aku sentiasa dibuli sepanjang masa tersebut. Dan hampir tiap-tiap hari aku kena. Boleh sakit mental aku macam ni. Okay, aku bagi satu situasi ye. 

Situasinya begini: 

Satu hari after pukul 5pm, aku pon keluar dari lab (tempat kerja). Balik macam biasa, jalan dengan girang sambil nyanyi nyanyi dalam hati, sebab suara tak sedap. hehe. Masa on the way nak balik, aku kena lintas banyak jalan. (sebab UMP ni banyak simpang -.-) So, aku lintas lah dengan berhemahnya. Maksudnya, bila nampak takde kereta baru aku lintas sebab aku faham dan cukup sedar akan kekuatan badanku yang cukup kerdil berbanding kekuatan makhluk bekulit besi tu. Walaupun anak makhluk besi, (kancil nama dia, selalu aku jumpa warna oren muda) dan aku lebih tinggi dari dia, aku akan tetap kemek kepala kalau bersondol dengan dia. Aku tak tahu lah dia makan ape sampai kuat sangat. Okay, Back to the story. Sampai satu simpang, aku nampak ada sebuah makhluk besi berwarna putih sedang menuju betul betul ke arah aku. So, demi keselamatan, aku nak kasi la dia jalan dulu. Aku pon berhenti dekat simpang tuh betul betul dekat zebra cross. Tunggu punya tunggu, aku nampak makhluk tu pusing masuk simpang kanan. Apekah???? Macam mana dia boleh ade lesen memandu neyh? Sapekah pegawai JPJ yang uji dia waktu amek lesen neyh? Bagi signal pon tak reti ke? grrr. Korang rasa tak ape aku rasa? Aku terasa seperti diperbodohkan. Penat je tunggu.

Dengan perasaan kecewa, aku pon lintas lah jalan tu, sambung balik perjalanan yang berbaki 10 minit lagi. Turun tangga, kena lintas jalan balik. Pandang kanan, pandang kiri, okay! takde kereta, aku nak jalan dah. Tiba tiba aku ingat pesan nyayiee aku, 
 " kalau nak lintas jalan, kena pandangn kanan, pandang kiri, pandang kanan balik, baru lintas" 
(nyayiee tu = nenek, biaselah, orang johor banyak panggil nyayie, jawalah katekan) 
So, aku pon pandanglah kanan. Ops. Ada kereta lah! Honda civic kaler grey. Nasib baik aku ekot cakap nenek aku, kalau tak mungkin aku tak boleh post entry neyh. T__T. Kereta tu laju gilerr sioot! (sioot aku gunakan untuk menunjukkan kereta tersebut sangat lah lajunye.) Saat kereta tu lintas betul-betul depan aku, aku senyum bagi menunjukkan aku seorang pejalan kaki yang berhemah walaupun aku tahu si pemandu takkan pandang aku, si pejalan kaki ni. Tapi, korang tahu apa yang dia balas? Debu debu dan daun kering yang bersebah atas jalan tu, dia bagi aku sebagai hadiah. Saat tuh, aku rasa muka aku bertukar macam Shrek. Hidung kembang dengan mulut yang besar. Apa salah aku? Makin aku benci makhluk besi tu. Tak kesah lah warna ape, badan tuff macam mane pon. Aku benci selagi aku bergelar si pejalan kaki.

Tu tak masuk lagi yang bawak kereta macam pelesit lepas tu sebok nak dekat dekat. Buat gugur jantung aku je. Aku tahulah jalan UMP ni luas, 3 trak boleh jalan serentak, tapi bagi lah ruang sikit kat aku yang kecik neyh. Aku kecik je, bukan besar pon. Nak jugak jalan dekat dekat. ._. Kalau jalan sekali sama laju dengan aku takpelah jugak. Boleh lah buat teman jalan. Siap main hon hon lagi. Bagi aku kasi hon tu dah tahap menganjing dah tuh. Aku tahu aku takde hon, tapi aku still boleh buat okay! Cuma mungkin tak sekuat hon kau, sebab aku hon ekot belakang je. Kadang kadang takde bunyi langsung. Do u got me? *laugh*


Dan pernah jugak satu hari, saat aku nak pegi kerja, dalam pukul 7.55am macam tu. Ada satu kereta kancil laju je lintas tepi aku, tiba tiba dia berhenti dekat simpang depan sebelum parking antara lab aku dengan lab kejuruteaan awam. Kereta dia tinted gelap tapi still boleh nampak pemandu dia. Yang aku pasti, lelaki. Tapi, tak penah la pulak aku nampak kereta tu sebelum ni. Sebab  tempat tu, staf je yang boleh masuk. Aku rasa pelik bin hairan. Apa motif dia berhenti kat situ? Nak kate parking tak jugak. Parking depan sket. Nak kate nak buang air mengejut tak jugak. Kat situ sangat open dan takde pokok. Hmm. So, aku dengan hati yang berdebar debar dan cemas teruskan jugak perjalanan. Sebab kalau tak, aku tak dapat pegi keje. Tulah satu satunye jalan nak pegi lab. Aku jalan laju laju. Langkah besar besar dengan kain baju kurung yang sempit. Sampai betul betul dekat tepi kereta dia, tiba- tiba, tingkap kereta diturunkan. Slow je. Aku pandang tepat ke arah tingkap tu. Nampak wajah seorang lelaki yang tak pernah aku nampak. Dia sengih kat aku. Aku tambah cemas.  
Apekah? Spray lada takde lah pulak dalam bag. AGh.! 
Aku terus pandang dia. Bukan ape, kalau dia bukak pintu kereta, aku dah nekad. Aku akan pecut dengan baju kurung ni sambil memegan laptop yang berat di sisi tangan kananku. Tiba tiba dia gelak kuat kuat dan tangan kanan dia bergerak. Aku dah ready nak pecut. Then:

Aku nampak phone dekat tangan kanan. Apekah? -.- 

Argh. aku terasa dibuli oleh perasaan sendiri. Maaflah encik, saya berprasangka buruk sekejap. Teruskanlah bercakap dan saya nasihatkan pakcik park kereta dekat depan tu agar takde orang spesis macam saya ni akan salah anggap. Doakan saya pulang hari ni dengan selamat  tanpa dibuli oleh makhluk besi lagi ye encik. 
Sambil bermonolog, aku teruskan sisa sisa perjalanan dengan degupan jantung yang makin turun kencangannya. 

Sekian. Thx for reading :)

P/s: Korang tau tak kat mana nak beli spray lada tu? Tiba tiba aku rasa nak beli. hehe

tekan dan shoot! haha. comel kan. :) sape nak volunteer? anyone?

1 sedang tinggalkan tapak kaki. Anda bila lagi?:

Anonymous said... [Reply]

VXZBFXNFCMGF